Sunday, August 28, 2016

durian time!

selamat hari ahad!

haha pagi-pagi buta dah blogging.
sy ni sejenis 'orang pagi' (aneh betul bila di-direct translate 'morning person' hahaha)
bangun-tidur-bangun-tidur tengah-tengah malam buta (after midnight), masih bangun pagi lebih kurang waktu yang sama.
biological clock dah set macam tu kot sejak dari dulu.
sy kalau belajar dulu pun, sy prefer belajar waktu pagi.
lepas dah petang-petang tu bukan waktu belajar.
itu waktu main bola, kata lecturer sy (yang buat kelas petang.. HAHA. well  may be he didn't have any other time)

so.
sekarang ni kan musim durian.
heavennessnya musim durian.
for some lah.
ada orang yang tak boleh bau durian.
boleh mengundang pengsan. haha

setakat ni sy banyak beli durian kampung.
tu pun sebab ofis kitorang rajin sungguh buat jualan durian.
rasanya dah tiga kali kot. haha
tiga-tiga kali jualan, ada je la muka ni terpacak depan lori durian tu.
tak de muka lain lagi :P

jumaat hari tu ada beli durian 2 biji.
salah satunya dapat isi yang kuning dengan rasa lemak manis.
banyak isi pulak tu.
tiap satu pangsa tu penuh isi.
baru RM10 sekilo.




isi yang kuning, lemak manis. *mata bersinar-sinar macam dalam komik*

so kepada orang putrajaya yang nak makan durian,
taman warisan pertanian ada buat buffet durian sampai 31 ogos ni, tak silap. 2.30-10.00pm.
RM28 untuk durian kampung, RM45 untuk durian-durian high end, buah-buahan tempatan, cendol durian dan durian crêpe.
hahah, 'durian-durian high end' katanya :P

No comments: