Thursday, August 25, 2016

ana ikan bakar petai

salam and hi! xD

dari hari tu lagi mama (my mom) ada cakap nak makan kat restoran ana ikan bakar petai.
kepada mereka yang sukakan ikan bakar dan tinggal di sekitar bangi, kajang, putrajaya, cyberjaya dan kawasan berdekatan, bolehlah try makan kat sini.
located in bandar baru bangi, restoran ni dekat jugaklah dengan bangi gateway mall.

so sabtu lepas *haha cerita minggu lepas ye! :P* orang shah alam datang turun putrajaya kejap.
then we went to BBB together, two cars.

konsepnya sama macam kedai ikan bakar lain;
cari meja, pilih seafood, order nak masak apa dan bagi nombor meja.
manakala untuk minuman dan goreng-goreng lain macam sayur ke ayam ke, boleh order kat meja.


pelbagai jenis seafood ada kat sini.



besar-besar ikan! ada juga dipaparkan harga di board hijau tu.



time ni dah rembang petang, that explains the cahaya yang sayup-sayup je dalam gambar ni. hahaha



mama, abah dan anaqi. seriusnya anaqi tengok phonecam! macam guru besar! HAHA



sini pun ada dijual satar. 70 sen sebiji.

satar kat sini memang sedap, macam kat pantai timur punya.
rasa manis ikan dan pedas-pedas sikit.
selain satar, ada konsep gerai-gerai yang jual ayam golek, sate etc.
tak ingat sangat gerai-gerai lain, tapi ada la a few.


satar super sedap! serious tak tipu ni. :D


so ni lah dia makanan yang kitorang order :


sotong goreng tepung. kebiasaannya SGT kat sini lembut. tapi husband kata hari tu tak selembut selalu *dia yang biasanya makan sotong*



ketam goreng kunyit.. harith punya. seekor je dia ambik.



sayur kangkung goreng. sepinggan pun cukup. the guys tak makan sayur pun.



udang bakar kosong dalam daun pisang. ada letak bawang sikit.



ikan siakap 3 rasa.



ikan kerapu bakar (tak ada petai). besar ni.

sila bandingkan dengan saiz pinggan kangkung goreng dalam gambar kat atas ni.
sangat besar ikannya ok!
tapi cukup untuk kitorang semua.
besar macam tu harga RM69 seekor.

verdict ikan bakar kat sini;
sedap dan kena dengan selera.
lepas ni kalau teringin makan ikan bakar, tak payah jauh-jauh drive ke melaka.
drive ke bandar baru bangi je. lolx


meja yang penuh dengan makanan. haha



anaqi menaqi.
macam biasa,
anaqi ni elok je duduknya.
tapi kalau lama sangat duduk, nanti dia boring.
kena bagi apa-apa barang untuk dia main.
tapi kalau dah boring main, kena angkatlah, apa lagi :DDD


ariana bariana.

ini gambar ariana yang sempat tangkap.
hahaha dengan peluhnya, rambut serabai lagi :P
sebenarnya dia pergi main kat playground dalam kedai tu dengan babah dia.
tapi time orang nak makan, dia dok sibuk la ajak main lagi.
lepas tu lari sana sini and tak nak duduk kat meja.
jenuh la mama pujuk baru la nak datang kejap.
kalau tak, dia dok melepak sorang-sorang kat meja sebelah.
amboi, buat macam kedai sendiri nampaknya. hahaha


nampak tu anaqi muka boring. lolx!

sebenarnya time tu anaqi dah macam tak berapa sihat.
batuk-batuk jangkit ariana.
kesian budak berdua ni.
batuk demam.
but now dah ok, tak demam dah.


memang besar kedai ni! customers pun ramai.

ni kitorang datang petang.
kalau malam tak tau la macam mana ramainya manusia.
pernah one weekend datang dalam pukul 8 malam lebih macam tu..
time tu hujan.
kereta berderet beratur nak masuk.
jem kat luar, belah jalan masuk.
terus kitorang pusing balik. haha
ada rasanya cerita kat entry sebelum sebelum ni.





bergambar dulu sebelum masing-masing chalo balik ke rumah. haha

oh faliq, ain and tuah tak de hari tu sebab depa balik kampung kat johor.
jadi sy tolong makan kan lah bagi pihak! lolx

till then! :)

No comments: