Friday, January 11, 2013

the tale of a short PT*D

tak tau nak react macam mana.
sama ada nak pecahkan pinggan, terbalikkan meja atau lontar cokmar berat kat suspek.

semalam pergi meeting.
lepas habis meeting, pergi kat tempat duduk bos sebab sy duduk kat tempat lain.
asalnya sy memang duduk kat sebelah dia,
tapi ada pakcik ni cakap nak duduk sebelah bos ai.
atas dasar hormati orang tua and orang bergred lagi tinggi, sy pun pindah la belah lain. apa ada hal.
sy bagi seat kat pakcik berpangkat dato' ni.
(meeting pun nak berkawan kan. ok fahammmm).

jumpa bos sebab tanya nak apa-apa tak.. nak cari info ke apa.
boleh balik ofis ke tak lepas habis meeting.

then time nak berlalu pergi tu,
pakcik ni panggil. time tu dia dengan bos masih duduk-duduk lagi kat situ.
ramai lagi ahli meeting yang masih duduk untuk menjamu mee goreng mamak dalam pinggan berbalut plastik.
sy pun gostan.
"ye."
dia tanya, "awak ni PT*D ke?"
hah ye lah PT*D. dia tak percaya kot tengok, awat kecik sangat.
time tu pun sy pakai flat shoes, sebab pregnant ni tak de la nak pakai kasut 2, 3 inci.

sy iye kan aje la.
pakcik ni banyak cakap, tau.
ai dah saspek, mesti ada apa-apa dia nak bising ni.

betul punnn.
tetiba dia kata, "ehh kalau sy ni, sy tak ambik awak jadi PT*D tinggi macam gini."
kejadah!!
tau la height sy 151cm je, pulak tu pakai flat shoes lagi la nampak tak berapa tingginya.
tapi apa motif pakcik tu cakap gitu?!
the heck sungguh kan.
"dia ni dulu jaga pengambilan PT*D.." bos sy beritahu. 'dulu' ok. not now.
"ha a kalau sy, sy tak ambik jadi PT*D." ish keji sungguh kau ni, pakcik. dalam hati je la.
kat luar.. 'ok hormati orang tua.. hormati orang tua..' chanting banyak-banyak.
"sy dulu budak-budak ni takut tau. nampak sy je diorang sanggup tak nak lalu jalan tu, diorang patah balik lalu jalan lain."
dah kalau gini perangainya, pakcik.. memang la diorang sanggup patah balik daripada jumpa dengan pakcik!! you think?!
"ooo nasib baik sy tak jumpa dengan dato' ni dulu," kata sy, berseloroh dengan nada keji.
bos sy gelak-gelak je la.

"ok ke dia ni? budak-budak PT*D muda sekarang sombong-sombong dengan senior." (dia la tu senior.. coughcough). aku yg super peramah ni nak disamakan dengan budak-budak yang sombong? what the---
"ehh dia ok.." kata bos.
"kawan-kawan sy pun semua ok, diorang friendly la." kata sy, siap memback up kawan-kawan lain. sepanjang sy kenal budak-budak batch, tak ada pun yang sombong.
kenapa laaa seniors keep on saying juniors sombong. mana adaaaa.
kalau ada pun segelintir je. bukan kitorang, ok!

i was like.. kenapa dengan pakcik ni.
dahlah datang sini kena pool. kena pool, ok.
pastu bagi shallow comment macam tu. kalau kita nampak rendah, tak boleh jadi PT*D.
dah tu yang JP*A pilih sy jadi PT*D asalnya.. ada la sebab-sebabnya. beyond being short la tu kot, pakcik. hahaha
in fact, ada je kawan-kawan sy yang height lebih kurang, berjaya je ok. PT*D jugak. tak de masalah pun.
kalau nak jadi diplomat, ye.
diorang cakap diplomat kena ada certain heights, certain look, even nama pun kena nama yang berbunyi hebat.
tu yang kadang korang dengar ada diplomat nama dia 'tengku' la.. 'syed'.. 'syeikh' ke.. bukan saja-saja tu. terpilih jugak tu sebab nama canggih. lolx

there you go.
my respect for you goes down to the drain.
bukan sebab sy ni junior yang tak respect senior,
tapi sebab to earn others' respect, you yourself must respect others.
tau la kita ni masih belajar, masih baru,
tapi tak perlulah nak kata macam tu.
sy tak sedih sebab dia kata sy tak layak jadi PT*D because of my height.
sy sedih sebab ada lagi orang berfikiran macam tu dalam dunia PT*D ni.

salah silap haraf dimaafkan.
hehe.

end.

9 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

i'm surprised with this entry. tak sangka kalau nak jadi diplomat tengok pada nama jugak. Orang selalu cakap ada apa pada nama. Tapi nama yang gah diambil kira untuk jadi diplomat.
Good tip for the next baby's name :)

Anonymous said...

Aihhh...i pun penah kena masa mula masuk kerja dulu from my HOD. Dia cakap "Kalo saya, saya tak hire awak sebab muda lagi". Mcm la i msuk keje tak payah interview etc kan.

Hang in there!

ann

::zLyNn:: said...

adakah beliau ialah dato' "S"????

wani ezryl * said...

i remember a diplomat told me&my friends that. sebelum ni xtau jugak haha. tp personaliti tu mmg no. 1 ;)

wani ezryl * said...

they're judging ppl only on surface. kenal kita pun tak.. tapi assume macam-macam. you go prove your HOD wrong! be talented and smart! :) thx, ann.

wani ezryl * said...

yg tu off record sini. kena cerita dlm whatsapp. haha. kalau macam tu kena cari PT*D yang tinggi2 je la kerja dengan dia. baru dia senang hati. haha

Anonymous said...

Sabar je. Nampak sangat tak sedar diri. Tuhan dah bagi pinjam nikmat pada dia, lagi mau mengkritik orang lain... Sabar. Aku ada bersama kau WANIIIIII!!!!! Perangi rasuah!!!! *tetibe... ;p

wani ezryl * said...

kikiki. sungguh berintegriti ko. bagus! ^^

Anonymous said...

Salam, xdela...ramai je ambassador Malaysia yg saya kenal tak tinggi dan tak de rupa.
Isteri Diplomat.