Thursday, January 24, 2013

rumah sewa and the hidden purpose

korang buat aktiviti apa cuti-cuti maulud nabi ni?

sy tak buat apa,
hang out kat rumah in laws je.
basuh baju, main internet (yang miraculously tetiba ada connection kat sini hoahaha),
masak, makan.. those stuff.
husband pulak nampaknya tengah gigih bermain dota kat living room.
piung piung piung bunyi sound effect game dia.. haha

parents in law dating kat bandar.
nora, SIL ada kat rumah buat aktiviti dia. kemas rumah etc.

now sy nak cerita pasal rumah sewa.



ni kononnya gambar rumah sewa.. lolx. siap ada burung lagi.

siapa kat sini ada pengalaman duduk kat rumah sewa?
duduk dengan housemates sekali la. yes? no? may be?

dalam hidup sy ni, sekali je pun sy pernah duduk di rumah sewa..
iaitu di sebuah apartment di KTcity. rumah kat tingkat 1.
naik tangga terus nampak pintu rumah.
dan sy dengan hazwani adalah penyewa pertama dalam group kami sebelum kawan-kawan lain keluar masuk berpindah.

believe me or not,
rumah sewa sedikit sebanyak ajar kita tentang KH.
KH=kemahiran hidup.
kalau zaman skool dulu malas nak belajar KH, hah bila ko dah hidup kat rumah sewa, secara tak langsung ko tiba-tiba ter-KH kan diri ko wah haha

rumah sewa jugak ajar ko persediaan esok-esok ko nak getting married, having a family, etc.
sebab apa? ni lah antara apa yang rumah sewa boleh ajar kita :

1. masak
ye. kalau dah duduk sendiri tu, tak larat jugak hari-hari nak menapau makanan kat luar.
secara tak langsung, sikit-sikit ko akan belajar masak untuk diri sendiri.
pastu dah ada housemates, takkan nak makan sorang.
so masak la untuk satu rumah.
day by day bertambah resipi baru, jadi developed la skill memasak itu yang sebelum ni zero (point to myself seraya gelak petir).
masakan pertama yang ai masak bersama hazwani adalah ayam goreng rempah. hazwani masak sayur.
kuakui (lagu hafiz AF), ayam goreng pertamaku rentung! HAHA (rentung serius. tapi makan jugak)
sayur hazwani pulak macam tak de rasa. (komen jujur lolx!)

tapi dah lama-lama tu kita pakat tengok tv rancangan masak la, check internet, tanya mama bagai *technology rocks!*.. so benda-benda ralat kat dapur tu minimalized la sikit.. kehkeh.

plus, KTcity ni kalau hari jumaat (hari minggu),
macam bandar mati je.
nak cari lunch yang ala-ala lauk rumah punyalah hazab.
kalau ada pun, tau je la harga makanan kat KTcity macam mana.
so nak tak nak and lebih awesome kalau kita masak sendiri on weekend.

itulah POINT ONE.
rumah sewa mengajar kita memasak.

so esok-esok ko ada family, or ko baru kahwin ke,
ada la kot basic masak hahaha.

(ini tak applicable kepada yang menumpang makan masakan yang housemate(s) dia masak.. most of the time. kalau yang ini, mungkin ambik masa sikit untuk belajar masak. kohkoh) :P


farah quinn.. chef dari indonesia yang seksi. hihi

2.manage bills
zaman-zaman kat rumah sewa dulu,
urusan bil ni semua under hajar.
so segala mak nenek bil (astro, air, api).. hajar yang bayar.
lepas tu nanti time hujung bulan, dia akan kira semua, totalkan dan bahagi dengan jumlah isi rumah (time tu 4 orang).
and kitorang selesa dengan cara macam tu.
air dengan elektrik tu tak kisah la kalau ada yang pakai air lebih ke, elektrik lebih ke.. kita bayar je sama-sama.

jadinya bila ko tinggal di rumah sewa,
ko akan belajar tentang basic kewangan dalam hidup. HAHA

dan dalam cerita ni,
hajar la yang dapat advantage sebab dia uruskan bil.

hidup di rumah sewa ajar kita to work on kegunaan air, elektrik..
to pay on time (kalau tak haruslah tertunggak kan. lolx)
and to bahagikan secara sama rata.

jadi sekiranya korang tinggal di rumah sewa,
tolerate la dengan orang yang uruskan bil-bil ni.
sebab nampak senang kan bayar bil.
kadang kena face housemates yang lambat bayar etc. sebab si pengurus bil ni of course akan dahulukan duit dia dulu.
so kalau dapat gaji tu,
memang awal-awal sy put aside untuk bayar bil-bil.. then baru kepada keperluan lain.


3. manage sewa rumah
yang ni sy la tukang bayarnya.
housemates akan bayar kat sy.
part yang pening nak kira tu, bila ada yang pindah keluar pindah masuk..
dan bilangan isi rumah berbeza.
contohnya sebelum ni 4 orang, lepas tu sorang pindah.. so tinggal 3.
jenuh nak calculate berapa nak kena pulangkan deposit..
berapa nak pulangkan bahagian beli mesin basuh selepas susut nilai (ye.. susut nilai ni ai belajar zaman sekolah dulu. mana la nak ingat!!)
hahaha.

so secara tak langsung ko akan memaksa diri ko mendalami maths. kaka
(i loathe maths) :P

hidup di rumah sewa juga mengajar ko untuk communicate dengan tuan rumah, selain membayar sewa.
thankfully tuan rumah kitorang sangat la baik.
kalau ada lampu rosak ke, gas habis,
sy tukang call. kadang hajar. kadang ila call. tengok yang available.
jadi untuk persediaan hari muka,
korang akan tau nak call gas, call plumber ke apa kalau diperlukan kat rumah sendiri satu hari nanti. lolx


4. bertoleransi
dalam banyak-banyak pembelajaran yang korang dapat daripada tinggal di rumah sewa,
yang ini lah paling core.
tanpa toleransi, tanpa sefahaman, susah ko nak duduk dengan housemates yang of course ada macam-macam gaya dan budaya kan.

teringat dulu husband masa bujang duduk tumpang rumah sewa staff ofis sebelum jumpa rumah sewa sendiri.
rumah flat.
duduk 7 orang kot. toilet ada 1.
pastu ada sorang bela hamster dalam rumah.
so benda-benda camni kena tolerate (pada sy la).

tapi rumah sewa yang sy duduk dulu,
toilet ada 2. yang menyewa 4.
so tak de la azab nak menunggu di waktu pagi tu haha

antara yang korang kena tolerate semasa di rumah sewa (ini etika ye. tiada dalam buku tapi perlu faham sendiri),
macam kongsi peralatan.
apa-apa je la. mesin basuh, dapur, peti ais. tv.
contohnya peti ais.
guna sama-sama. bersih sama-sama.
tv. tengok sama-sama. tak boleh conquer sorang walaupun dalam hati dying nak tengok 24/7.
sidai kain. kalau nampak nak hujan, nak tolong angkatkan kain housemate yang tak de kat rumah pun boleh. tolong-menolong.
komputer. kalau ada kat rumah, sharing secara berhemah. kalau ada tuan empunya broadband, apa-apa hal kegunaan, dahulukan dia, jangan buat macam broadband sendiri. haa gitu la :D

sebab nanti bila berfamily of course korang akan tolerate jugak benda-benda ni bila duduk serumah.

may be kita pun ada keperluan masing-masing yang perlu didahulukan.
tak de masalah yang tu.
yang penting bila dah duduk sama,
macam tu la yang biasanya kita buat ^^




so that's about it.
hal rumah sewa and the hidden purpose haha.
lain kali kita borak pasal lain pulak.
toodles!

No comments: