Thursday, January 24, 2013

cerita hari rabu saya

ehh bergerak pulak internet connection kt banting ni.. hihi

oleh itu,
tanpa membuang masa,
sy terus memblogging dengan penuh gaya
bertemankan bobby si kucing eksyen warna kelabu
yang duduk melunjur di tepi pintu (hey, it rhymes!)

now hit it!

hasil sisih 5S semalam kat ofis.

ye. niat asal tak ada pun nak buat 5S.
workstation wani e kan workstation contoh tersepah di abad ini.
hahaha
lepas tu kak la (yang jaga filing) datang tanya pasal tagging fail-fail yang banyak kat workstation tu.
sy pun tak tahu nak tag nama apa,
sebab asalnya tu fail-fail syima, officer yang duduk kat tempat sy ni dulu.

so kena la korek satu-satu fail.. check apakebenda yang ada di dalam tu.
turned out banyak benda yang boleh disisih.

so dah alang-alang
kak la bawak plastik hitam tu
ai transfer semua masuk plastiklah. hahaha

kak la keluar sekejap.
lepas dia balik,
terkejut dia tengok punya penuh plastik hitam dia. lolx

puas hati sugguh tengok fail-fail dah kemas sikit (sikit je) hihi


fail-fail yang boleh digunakan oleh wani e. tunggu nak tagging je.



meja pun dah terurus sikit. tak ada la rupa macam orang putus cinta (orang putus cinta agak kurang terurus.. kot??) haha


balik petang tu teringin makan chicken chop.
so ambik husband kat ofis dia..
kitorang pergi umai.

seperti biasa,
meja kat dalam penuh sepenuh-penuhnya.
tak pernah tak penuh umai ni.

so kitorang decided duduk luar.
tengok air tasik.
tengok langit yang dah mendung pekat.

teman dating sy. haha




ni bukan saja-saja buat gaya gitu.
sebenarnya nak tunjuk tengah hujan,
buat gaya jari merintik-rintik macam tu. lolx

time ni drizzle la lagi.
lepas tu, hambik kau!

dengan guruh kilat petir semua ada.
siap air dari atas merembes kat meja macam atap zink rumah bocor.
great.


saat sebelum hujan bertambah lebat.



cantik viewnya.. kat tepi jeti.



my plate of chicken chop.



his plate of chicken grill.


dah habis makan tu kitorang masuk dalam.
bayar. and rupanya dah ada meja kosong! cis.
lepak situ dulu sebab tak ada payung.
tapi lama-lama hujan tak reda-reda.
husband mintak pinjam payung customer lain,
dia pergi kereta ambik dua payung untuk kitorang.

time dia balik ke restoran,
dia berkaki ayam.
pakcik yang pinjamkan payung tu siap tegur la sebab kaki ayam segala kan. haha
rupanya sebab kat luar banjir.
and husband tak tau rupanya ada selipar dia dalam kereta. tersorok sikit.

so sweet dengan kaki ayam tu bawakkan sy payung.
so kitorang meredah banjir pergi kat parking.

sampai rumah dah dekat pukul 8 malam.
terus mandi, maghrib semua.



ini la bobby si kucing kelabu yang eksyen. lolx

kenapa eksyen?
ok sebab kalau orang nak ambik dia, dia lari.
siapa-siapa je la pun.
may be dia takut kena bawak masuk sangkar.
tapi kalau kita diam je buat dekk
macam ni la. panjat katil la, masuk bilik.

ada satu hari tu sy terpengsan atas katil sebab letih.
bobby datang.
jilat kaki kiri, jilat kaki kanan.
gesel sana gesel sini.
orang dah suh dia turun katil pun dia buat tak tahu je sambil sambung jilat-jilat.
dasar kucing eksyen. haha



time ni nak tangkap gambar passport bobby tapi dia pandang tepi la pulak.



ahha, berjaya! xD gambar passport bobby.

sekianlah dulu.
happy maulud nabi.
and happy cuti :)

No comments: