sampai bila-bila tak berupdate cerita zaman dulu kala ni. HAHA
cerita hari ni tak sempat update lagi.
hari-hari ada cerita baru. lolx
tak pe kita ambik nombor giliran :P
ni cerita semalam.. hari ahad.
hari jalan-jalan kan.
pergi brunch kat restoran hakim (mamak) seksyen 7, shah alam yang ada ayam goreng awesome itu.
ye. baca mulut saya (read my lips). eh patut jadi 'baca bibir sy' kan. hoahaha
..BRUNCH.
sebab pagi-pagi pergi food court kat giant seksyen 13 tu, banyak gerai makan tak bukak.
boleh?! kejadah breakfast namanya kalau pukul 9 kedainya tak bukakkk.
so tak pe.
memang ditakdirkan makan di kedai hakim dengan ayam goreng awesome.
dah beberapa hari teringin nak makan nasi beriyani.
inilah masanya, mari kita ambik kesempatan. HAHAHA
tu diaaa ayam goreng hakim atau HFC (hakim fried chicken) tergolek-golek di dalam tempat makanan. panas lagi ni. garing! |
mintak nasi beriyani, ayam goreng hakim, tuang kuah madu dengan sikit dalca di atas. acar timun. |
dia ambik ayam je.
nasi beriyani kan banyak kalau sepinggan.
so kitorang share.
*menangis* wahhhh sedapnyaaaaa. |
muka bahagia dapat makan nasi beriyani dengan kuah madu. |
muka bahagia no. 2 sebab makan perkara yang sama :P |
lepas tu kitorang jalan-jalan kat subang parade.
tengok movie.
cerita 'parental guidance'.
best la cerita dia. berbentuk kekeluargaan.
pasal nenek and atuk yang datang nak jaga 3 cucu diorang while the parents pergi bercuti+kerja.
selama ni nenek+atuk ni tak rapat pun dengan cucu diorang.
so slowly diorang bonding la macam tu.
walaupun masa awal-awal tu agak disasterous la jugak.
best la. go watch.
husband kat lif transparent. |
colourful snapshot. of cushions! :) |
and plushie! cuteee. |
yang ni bekas masak telur separuh masak. |
sebab sy baru tau bekas camni wujud setelah kewujudan sy di dunia ni selama 28+ tahun!! bahaha!
rupanya letak telur,
tuang air dalam tu ikut garisan yang sesuai..
then biar sampai air tu habis..
lepas tu jadi masaklah telur-telur dalam tu..
menjadi telur separuh masak.
alangkah coolnya!! xD
dan alangkah jahilnya wani selama ni tak tahu!!
HAHAHAHAAAA
ya,
life's a learning process.
lolx.
tamatlah cerita hari ahad sy.
now lepas ni boleh ke cerita hari isnin pulak.
tapi lain kali la type.
penat dah duduk menaip ni.
back ache dibuatnya. haha.
bye!
No comments:
Post a Comment