tengah malam semalam pun masa tengah tengok 'sinister' nak dekat-dekat pukul 12midnight tu, kelaparan menjelma. turun bawah makan nasi lagi second round haha. dasar :P
oh ye. semalam nonton 'sinister' sebab terbaca kat blog peej .. dia ada tengok cerita tu. sy memang dari movie ni keluar kat panggung lagi nak tengok.. tapi tak tertengok sebab tak ada orang nak meneman. lepas baca blog tu baru teringat nak tengok HAHA.
ye la, teringat dulu-dulu tengok cerita '28 weeks later'.. sorang-sorang kat klcc. duduk row tengah, tapi dakulah penonton paling depan. orang lain semua pakat duduk belakang. bercouple pulak yang ramai tu. haish. memang la thrill tengok sorang, tapi kejadah tengok cerita seram berseorangan kan. tengok kat laptop tak pe. mah haha.
oh jangan risau kalau sy tengok cerita ketakutan begitu. nenek sy siap pesan, "jangan pergi tengok wayang.." agaknya tak bagi terkejut-terkejut kot.. kiki. tapi sy ni jenis tengok, tengok je. tak ada nak termimpi-mimpi ke apa.. insyaAllah. siap semalam tengok tu tertidur lagi.. boleh? so kalau rasa dah mengantuk tu, terus off laptop and sambung tengok pagi ni :P
so pagi ni lepas subuh, bukak balik laptop sambung tengok. sambil-sambil mendownload 'istanbul aku datang'. nontonnya di panggung udah, tapi sebab cerita super best, nak download bagi my mom tengok (beliau tak sempat tengok hari tu).
basically cerita ni pasal sorang penulis yang nak tulis buku hit baru.. buku thriller la. so dia nak menyiasat tragedi satu family ni mati kena gantung ramai-ramai kat pokok. hoi ai nak bagi spoiler ni, kalau rasa-rasa belum tengok and tak nak baca spoiler, bolehlah buat roti bakar kat dapur sekarang.. haha. sambung. dia pun bawak la family dia pindah ke rumah kejadian.. without his family know anything about it.
dia start la projek buku dia tu. then masa move in tu, dia ada jumpa satu box ni.. kat loteng. di dalam box ni ada macam filem-filem 8mm (filem zaman dulu yang pakai negatif bergulung tu.. tapi version kecik) dengan player dia sekali la. eh orang panggil player ke? haha.
ni la playernya.. if tak boleh nak visualized dengan imaginasi :P |
dah kalau korang jumpa filem gitu korang nak buat apa? penulis ni kan semangat ingin tahu dia tinggi, so dia play kan filem-filem tu. rupanya semua tu snuff films.. (snuff=filem daripada pembunuhan yang betul-betul dibuat.. bukan lakonan). ada 5 families.. semua kena bunuh dalam filem-filem tu. yang latest adalah family yang dulunya duduk kat rumah dia tu la.. yang mati kena gantung di backyard. yang lain tu ada kena bakar la, slit throat, lemas dalam pool dan kena gelek dengan mesin rumput. yang peliknya, salah sorang anak dalam families tu mesti hilang. the whole family members yang lain, kena bunuh. pastu ada imej boogeyman dengan logo pelik dalam setiap filem. so dia pun nak menyiasat kenapa ada filem tu kat rumah dia and apa dah berlaku. so dia start kaji.. and transfer filem-filem tu dalam bentuk digital. so boleh zoom in, high contrast la apa semua untuk tengok imej tu dengan lebih awesome kan.
sambil-sambil tu dia ada anak lelaki sorang, anak perempuan sorang. anak lelaki dia ni sleepwalking ke apa. selalu la tetiba ada dalam kotak la, kat semak luar la time malam. tapi wife dia cakap lepas pindah rumah baru ni, dia punya ala ala sleepwalking tu makin menjadi-jadi. pastu siap lukis kat sekolah gambar family kena gantung. whatev la kan. haha
then penulis ni ada jumpa dengan polis desa kat situ. (desa la kot??) ke polis daerah.. hehe. polis ni macam fan dia la.. so nak tolong anything. penulis ni minta tolong polis tu cari maklumat pasal families yang mati dalam filem tu.. tapi tak beritahu la yang dia jumpa filem-filem tu. dia just beritahu dia ada buat research untuk tulis buku. and ada jugak contact dengan prof yang kaji benda-benda ni. prof cakap tu macam upacara sacrifice ke apa yadayada. those pemujaan crap stuff. and benda ni makan budak-budak untuk terus hidup.
cut short, penulis ni nampak benda-benda pelik la kat rumah dia. mulanya dia ni tak percayakan hantu etc. dia percaya ni perbuatan pembunuh. tapi semakin lama semakin pelik. sampailah dia naik loteng nampak budak-budak missing dalam families yang kena bunuh tu tengah menonton 8mm film pasal family kena gantung tu. pastu siap video penulis tu sendiri jatuh dari attic (sebab terkejut) pun ada sama dalam filem. bongek tak. dia terus bawak keluar filem-filem tu semua, bakar kat pemanggang BBQ. terus ajak wife dengan anak-anak dia pack and pindah. malam tu jugak.
penulis ni pun tak jadi dah nak buat buku sebab seram sangat.
tak habis lagi ok. lepas tu diorang pindah rumah baru. tapi masa angkat kotak tu dia terjumpa lagi kotak filem yang sama kat attic!! gilelah. dalam tu ada extended version. dia pun sambung gulungan extended tu dengan filem asal. time tu polis daerah yang selalu tolong dia tu ada call. sebenarnya dia dah try call dari pagi, tapi penulis tu tak jawab.
polis ni habaq, "awat hang pindah cepat sangat?!" sebab daripada penyiasatan yang dia buat, kejadian semua lima families yang kena bunuh tu ada rantaian dia. family 1 pindah rumah. then kena bunuh. family 2 masuk ke rumah family 1, lepas tu diorang pindah rumah baru.. kena bunuh. dan begitulah seterusnya. kesimpulannya ko jangan pindah, tu je. so penulis ni terkejut. dia terus mainkan filem extended tu. nampaklah lassst sekali dalam filem.. siapa dalang di sebalik semua pembunuhan. rupanya macam family yang mati gantung tu kan.. last sekali nampaklah anak perempuan family tu turun dari pokok.. rupanya dia yang gantung family dia sendiri (posessed). yang lain semua sama. anak-anak dalam families tu sendiri yang bunuh mak+bapak+adik-beradik masing-masing.
dan dan lepas tu, penulis tu rasa berpinar. dia tengok mug dia.. lepas tu bawah mug ada kertas tulis.. 'good night, daddy'. anak dia buatkan air untuk dia la tu kan. terus pengsan mulut berbuih. bangun-bangun je tengah terbaring.. tangan berikat. wife dengan anak lelaki dia pun pengsan terbaring kat area situ. pastu datang anak pompuan dia bawak kapak. the hell. siap rakam and bunuh diorang semua. last sekali filem tu terpasang kat dinding.. ada gambar budak-budak lima orang yang bunuh families masing-masing tu kan. anak perempuan penulis ni tengah berdiri tengok. then boogeyman datang dukung dia bawak masuk dalam filem tu. tamat. sebelum tamat kepala boogeyman tiba-tiba muncul kat skrin dari tepi. sila jerit. hahaha
kesimpulannya cerita ni memang seram lah. my friend cakap 'insidious' lagi seram, pun tak tengok lagi tu. tak pe lah, kita tengok cerita gembira la pulak ye. hahaha.
selamat hari sabtu!! :)
No comments:
Post a Comment