Friday, December 21, 2012

suamiku sudah pulang! *lompat*

hahaha
apa-apa je tajuk kan.
macam tajuk sinetron pun ada.
kalau bos-bos atasan ni agaknya akan cakap, "tajuk ni tak cukup seksi."
nak kena pakai ayat yang 'seksi'.
mungkin macam.. 'el regreso de mi amor'. hambik. ohok

ye bagi yang tidak tahu,
husband telah berjaya bertukar dari KTcity ke putrajaya *hoorei sikit!*
yeah, of course dia sedih meninggalkan sahabat-sahabat di KTcity yang dah macam family bagi dia.
tapi tak pe, insyaAllah ada waktu boleh jumpa lagi :)

so far husband tengah try fit in kat tempat baru.
i know he can do it.
of course tempat baru tak sama dengan tempat lama,
tapi harapnya dapat bagi pengalaman yang baik untuk dia.
kerja tempat baru ni dapat tambah experience baru woh.

so far sy ada la apply kuarters government kan.
buat rayuan untuk dapatkan kuarters.
(wahai orang BPH kasihanilah kami yang tak de rumah niiii)
so sekarang berulang la.
kadang sy kat shah alam. kadang kat banting (rumah in laws).
tapi nak pindahkan barang pun rasa tak dapat sebab tak cukup ruang.
tengok barang husband pun banyak jugak bawak dari sana.
and kadang sy kat shah alam, dia kat banting. haha
sebab sy tak larat kedratnya nak travel sini sana.
balik ofis lepas makan pun dah boleh terpengsan tidur.
semalam tu balik ofis, pergi sini sana kerja, malam keluar lagi. pastu terus demam.
memang waktu kena rehat je sekarang ni.
tu yang kadang habis ofis sy balik shah alam sebab tak larat.

tak pe lah. hopefully dapatlah cepat kuarters tu.

so. semalam kitorang pergi makan.
makan je la kan, apa lagi si wani ni. hah haha






wah haha sudah lama tidak bersua muka! :P



ada wifi free. cantikk.

kitorang makan kat chawala.
(tempat spaghetti aglio olio tersedap!)
tengok menu dia ada berubah sikit la daripada dulu.
ada tambah-tambah.
tak kisah, janji kitorang dapat makan and kenyang.


roasted chicken. husband punya.



hainanese chicken chop. sy tak suka kuah dia. macam rasa saucy sikit. jadi rasa kemasaman. sy lagi suka kalau kuah blackpepper atau mushroom.

tapi dalam tak suka sos tu, habis jugak la. haha


beli set.. murah sikit. dan dapat sebakul popia.

tu pun kenyang gile, popia tinggal tiga ketul tak habis makan. lolx

pastu kitorang gi shopping baju, cari makanan kucing dan sebagainya.
aktiviti rutin kitorang la.
minus karaoke. HAHA
sekarang lama dah tak karaoke.
kejadah tengah pregnant nak karaoke kan.
nyanyi dalam kereta sambil drive sudah :P

balik rumah kat banting,
mandi-manda, solat, terkelepek tidur. haha

sekian cerita semalam.

3 comments:

dyan said...

chawala ni kat mana? macam menarik je? saya bab bab makan ni memang suka sangat hehehe.. suka cuba tempat2 baru :)

wani ezryl * said...

chawala ni kat bandar banting, selangor. kat blok kedai berdepan dgn mc d.

dyan said...

alamakk..ingatkan chawala ni kat shah alam..hahahha.. terjauh sudahh..nyammmm