well i do.
kalau korang tak suka itu korang punya suka. haha
ada gambar-gambar tertunggak yang ntah bila-bila sy snap ni.
baru nak letak kat blog.
untuk melonjakkan semangat hendak makan di pagi hari. mihihi
ok silakan!!
ikan gruk gruk masak pedas by my mom. |
hohh terbaikk la yang ni.
sy baru tau ada ikan gruk gruk ni. (eh betul ke sebut 'gruk gruk'??)
isi dia rasa macam ikan kerapu, senangin semua tu. isi yang tak padat sangat. me loike.
dan harga sederhana, tak mahal sangat macam kerapu.
pulak tu my mom yang masak. fuhh terangkat!
ok next!
tau fu fa beli kat pasar malam. |
hahahah. bukan sy yang beli pun.
pesan kat harith suruh dia beli.
sy ni memang suka bermanja-manja dengan adik-adik.
padahal dia baru balik pasar malam tu.
sebab nak belikan makanan untuk sy, dia keluar lagi kali kedua haha
alah budak lelaki kan memang suka keluar berjalan-jalan :P
thanks, harith!
ni mi hun my mom masak buat breakfast. |
mama cakap nak cari mi hun cap naga tapi macam dah tak de.
so kepada sesapa yang tau mana boleh dapat mi hun cap naga, sila beritahu ye.
mi hun-mi hun yang ada sekarang sama ada keras sangat, tebal sangat, or cepat hancur.
nak cari mi hun yang betul-betul best tu susah.
sy pun tak berapa pandai sangat pasal jenis mi hun ni.
biasa sy beli je apa-apa then goreng.
tu pun jarang sekali la masak mi hun. kekadang je. haha
oh. yang di sebelah mi hun tu, keropok keping pangkalan setar. (terengganu mari)
terbaik dari ladang!
nasi ayam seksyen 19, shah alam. |
yang pada sy merupakan salah satu nasi ayam paling sedap pernah sy makan.
biarlah orang lain nak cakap nasi ayam tempat lain lagi sedap.
yang ni kena dengan selera tekak sy.
sy suka ayam kicap goreng gelap-gelap macam tu.
pulak tu dapat bahagian kepak (mintak je biasanya). fohh!!
haa ni gambar latest jugak la. gambar masa lunch semalam. |
semalam kan jumaat.
kitorang ada discussion sampai pukul 1pm la lebih kurang. ke 1.30 macam tu. forgot.
lepas tu kelaparan.
rush pergi presint 9 cari makan.
ok la presint 9 tak jam.
sebab tak ada surau/masjid.
kalau presint 8, mau jam dengan kereta-kereta kat situ sebab orang solat jumaat kan.
syida. makan menu sama dengan sy :) |
kak fazidah. |
tapi tak leh lawan yang terengganu punya la.
terengganu memang sedap!
lagi satu dulu pernah beli kat seksyen 20.. yang tu pun sedap tapi dah tak de dah *duhh*
tapi kat terengganu memang banyak makanan sedap pun.
eh ntah-ntah kat selangor ni banyak makanan sedap.
cuma belum ketemu je lagi :P
ish ini la akibatnya buat entry makanan pagi-pagi buta ni.
now dah macam nak lapar.
better turun bawah buat sandwich or something.
wah sandwich best jugak kan. yums.
2 comments:
kat manakah nasi ayam yang sedap kat seksyen 19 tu... macam teringin jugak.. hahaha
haa kedai dia kat dalam food court lama tepi flat.. kawasan dia dekat je dengan SRK seksyen 19, pejabat pelajaran negeri semua tu. trylah! :)
Post a Comment