Friday, December 14, 2012

perihal nasi beriyani (sebab hari jumaat) dan touch up gambar

tengah-tengah hari yang kelaparan ni berjaya ditangkis dengan kewujudan... cang!!

hidangan tengah hari yang awesome; nasi beriyani + jus guava. kekeke



ok memang sedap ni. RM7 sahaja.

nasi beriyani ni beli dengan kak zai kat ofis.. sebab abangnya buat katering, kebetulan hantar tempahan nasi beriyani kat building sebelah. sy pun tumpang kirim. hehe. thank, kak zai! :)
tapi kalau nak banding harga nasi beriyani zaman dulu (ok tak la dulu sangat.. dalam tahun-tahun lepas la) dengan sekarang.. memang jauhnya macam langit dengan dasar laut. dulu, nasi beriyani mamak tu RM6 pun dapat. sekarang standard nasi beriyani dalam RM10 lebih kurang. belas-belas pun ada.

tapi kalau harga belas-belas dan sedap, sy tak kisah pun nak beli.
contohnya nasi beriyani insaf (jalan TAR).
yaAllah sedapnya ayam goreng dia! (abaikan gosip yang cakap diorang letak spender dalam kuah tu. hahaha) yang sedap tu ayam goreng dia ok, bukan kuah! hentikan kekufuran ini plz! :P

lagi. nasi beriyani JM.
tu kalau NB ayam dia dah dalam RM15.90 kan.
belum kambing. belum tambah ini itu.
tapi sebab sedap, beli jugakk.

kat pasar malam kitorang je nasi beriyani boleh dapat dengan harga RM5.50 dan sedap.
tapi tu pun, gerai tu dah tak de.
berniaga ada la dalam 3 minggu or so.
pergi mana, tidak kutahu.
mungkin menyewa sementara daripada tuan punya tapak yang bercuti.
ataupun tak untung jual nasi beriyani RM5.50.. haha.

yang ultimatenya; saya memang pencinta nasi beriyani. HAHAHA
ye nasi beriyani banyak kolesterol.
jadi jangan makan hari-hari.
makan hari ini tak pe :P

//

ok cerita lain.

hari tu si haikal emel budak-budak D*PA sidang C (saya la tu termasuk).
oh. haikal ni orang J*PA. kawan kitorang jugak.
nak mintak kenal pasti gambar masing-masing..
untuk masukkan dalam buku konvo.
ye, kami akan konvo pada tahun depan.
may be January. wee hoo!
(ucap tahniah kat ai cepat!!) :P

so dia hantar satu file .zip
dalam tu ada gambar passport (ala passport) semua orang dalam sidang C.
bukak-bukak je fail gambar saya. dang!!

hambik ko cela di muka.

tak boleh buat apa la tu.
kesan D*PA memang jelas nyata di situ.
sy ingat lagi time ambik gambar ni, dah nak dekat-dekat hujung kursus.
time ni la kita dah lepas wataniah, dah lepas program anak angkat.
(time program anak angkat, saya dok kat daerah mersing yang seafood heaven tu. so boleh bayangkan macam mana excessivenya sy makan seafood time tu. lolx!)
wataniah dengan gelap gelemat nya.
pastu gambar ni yang diorang nak masukkan dalam buku konvo?!
yang akan menjadi rujukan junior2 kitorang pada masa akan datang?!
vatt?!!

(hah sekarang bukan la masa nak berinferiority complex segala).
haha sy bukan orang itu.

sy contact haikal, cakap nak tukar gambar. kehkeh.
haikal kata ok, dia try.

malam tu jugak sy touch up gambar ok.
skill touch up gambar sy tak la semeriah mana.
belajar pun sendiri2 je.
(bila cakap 'sendiri2' tu maknanya dulu sy main buat je, tak de rujuk tutorial kat internet ke apa. main taram je. kahaha)

nah, gambar sebelum selepas.

harapnya haikal letak la gambar yang 'selepas' tu.
tidak sanggup daku menonton buku konvo dengan zits penuh di muka (walaupun itu kenyataannya dan time D*PA memang tak de siapa pun yang kisah nak jaga muka ke apa hahaha).

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

'fake sangat'. harus la ni komen yang korang nak cakap kan?!

hahaha tak kisah la pun!
yang pentingnya gambar itu sudah ditouch up. lolx

oh ni tak pakai photoshop.
ai tak pandai pakai photoshop.

sekian.

No comments: