Friday, June 22, 2012

my KTcity visit

hello readers! i'm in KTcity!! *sangat la foursquare kan. yah haha*

touchdown malam semalam.. husband datang ambik kat airport. sekarang menumpang kasih kat rumah husband di KTcity (yang jugak ditumpang. kira tumpangan atas tumpangan la ni lolx). my birthday was A ok. tak de la nak expect birthday parti meriah ala-ala ada buih ataupun ada singa dan zebra serta zirafah *read: parti liar. ROFL* a decent celebration. and that's nice :)
 

ahha before that!! ni hadiah daripada faliq; dia balut pakai kertas domino's pizza je!! haha. tapi ai tak kisah pun yang tu. thanks, faliq! :)



bunga dan handmade card daripada husband tersayang. awww :')



bawak makan kat tepi tasik. mula-mula cakap dah kenyang nak balik rumah terus la. cis. haha. lepas tu belok masuk kedai makan ni. snapped sikit dengan hadiahnya <3



and this is the birthday gift from my husband.. a pair of badminton shoes!! i laik big time!! xD selama ni main badminton pakai kasut biasa, asyik tergelincir je. sekarang tidak lagi! AHAHA. terima kasih, suamiku! me love youuu!



hari ni kami pergi shopping mopping kat mydin; tempat tersesak abad ini. time-time gaji belum keluar pun tempat ni masih sesak. jadi cuba bayangkan esok-esok kalau gaji dah keluar. haha. tengok ni line ai, masing-masing beli stok 3 bulan kot. banyak gile.



kitorang beli barang sebakul je. hahaha



tengok, punya la ramai orang.



membaca amalan mulia :P baru la tau yang wang palsu ni bermula dengan no siri ..530... selama ni tak tau pun. and baru tau yang duit syiling baru yang kita semua pakai sekarang ni adalah siri ketiga. bagus jugak tampal info-info macam ni.



baru-baru ni terpesona dengan junk food ini.. *junk food eh? harga RM4.95 walawei* Tao Kae Noi!! a.k.a rumpai laut rangup. rasa dia? jika tak pernah rasa, sila jangan bayangkan rasa ala-ala rumput ataupun spirulina ye. tidak sama sekali. rasa dia macam.. keropok. tapi super nipis dan super rangup. sedap! ada tiga perisa. sy beli yang ori. hari tu husband beli yang spicy squid ke apa.. yang tu macam masin la. yang ni tak masin. you can eat this with rice, soup, sandwich.. or eat it just like that.



makan mee segera ruski tomyam kaw. memang kaw la. berair hidung makan. walaupun air dah letak lebih dan cair kuahnya, masih berair hidung. lolx



makan dan melepak kat ruang tamu rumah husband sementara husband pergi solat jumaat. rumah ni besar, jauh ok ai nak pergi masak megi, punyalah nun sayup jauh ke belakang. haha



ni rumahnya. ni baru ke tepi. belum ke belakang lagi. besar gile. *exercise, wani.. exercise..*



husband balik solat jumaat, pergi petik buah mangga muda kat tepi rumah. buat mangga petis. haha


tu je cerita setakat ni.
nanti sy bercerita lagi. tata ta! :P

No comments: