Tuesday, June 12, 2012

dewan kuliah di sebelah klcc

yellow! *bak kata isz. haha*
hari ni hari mendengar lecture. lama ok tak ke kuliah.
lecture yang berunsurkan kenegaraan dan keakedemikan.. lolx *punah perkataan dibuatnya T_T*
 

ohoo tak pergi lecture kat sini. lalu je kat sini.. sebab tempat lecturenya sebelah je dengan klcc.. kat mandarin oriental hotel :)



sarapan pagi kedua. yang pertama tadi makan nasi goreng dalam kereta (ye sambil drive). (ye sy tahu agak kelakar menyuap-nyuap nasi pakai sudu dalam kereta). (ye tak boleh cuba aksi ini di jalan raya. hanya pakar saja boleh buat. okokokes) :DD KAU TENGOK TU KARIPAP DIAAA ALAHAI COMELNESS SANGAT.



ok ni lah dia yang memberi talk untuk kali ni.. DYTM Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah. jadi sila bayangkan ke-awesome-an majlis tersebut. oh. KSN pun ada :) *cameraman itu menghalang gambar KSN!! cis* :P



the crowd. memang penuh la.



from my row.



habis acara mendengar, kita ke acara makan-makan pulak kan xD that's my superior, dr. shahrazat. dia la yang ajak sy datang sini hari ni. *thanks, doc!*


"kita ni salah meja ke?"
"tak mungkin salah meja sebab kita yang duduk kat meja tu dulu! haha"

dialog dengan doc. sebabnya apa. sebabnya kitorang dah terrrduduk dengan puan sri, prof dato' dr., dato'.. err. nasib baik tak tersasul panggil puan! tapi diorang sangat best sebab banyak cerita kan.. haha. yang jadi mangsa harus la fakhrul (yang kebetulan datang jugak ke sini).. iaitu satu-satunya lelaki kat meja tu. lain semua perempuan :P

"umur you berapa?" (prof dato' dr. tanya fakhrul)
"33."
"dah kahwin belum?"
"belum."
"see. sebaya anak i! anak i pun sama umur macam ni, tak nak kahwin jugak. dia cakap.. ma, tunggu sampai umur 35 baru tanya." (ni puan sri cakap) lolx
"kenapa you tak kahwin?" (ni dato' lagi sorang tanya)
"karier."
"then umur berapa you agak-agak akan kahwin?" (macam ni la kalau duduk semeja dengan orang bijak pandai yang suka bertanya ni kan -_-")
"35."
"haa! anak i pun sama!" (puan sri) :P
"ni la generasi sekarang.. yadayada."

..

habis majlis.

doc : fakhrul, betul ke umur 35 nanti nak kahwin?
fakhrul : tak adaaalah dr. sy main cakap je tadi.

haha. boleh? lepas tu kami mengorek la kisah fakhrul itu :P sebab bos beliau memang sayang bangat, tak bagi lepas. ni sy nak tukar suka sama suka dengan dia dulu pun dia cakap memang dia tak dapat nak keluar. tak pe lah, semoga ko dapat balik ke KTcity jugak one day ^^

oh. pasal kahwin kahwin ni.. betul la. atas kajian pendek yang dijalankan di meja makan siang tadi (jugak dalam kereta borak dengan doc), didapati bahawa ramai yang single sebab.. karier. so buatlah pilihan mana yang korang rasa penting. hak masing-masing kan :) now.. photos lagi!! xD


macam biasa.. kalau acara makan-makan yang ada menu, harus la kita tangkap gambar buku menu dulu :P sy rasa sy silap majlis ni. jeling belah sini situ, semua makcik pakcik muka orang-orang atasan. semua bertitle-title. meja berdekatan siap ada sign 'diplomats'. di manakah sy berada sebenarnya ni?!!



dah 3-4 kali nak tangkap.. masih blur jugak macam ni. phonecam mogok lapar time ni -_-" ye. sate. yang rasanya cukup rempah. tapi ambik satu je sebab nak makan nasi. hihi



sup ikan merah. berempah rasanya. nice.



datanglah adik-adik waiters tu letak lauk-pauk atas meja. mula-mula meja bulat ni tak boleh pusing, ok. base rosak. orang-orang kenamaan kat meja kitorang tu pun terus minta budak-budak ni betulkan. ada 2-3 kali jugaklah adik-adik tu dok testing-testing angkat cermin bulat tu.. lolx (akhirnya berjaya dipusingkan!!) xD



'serawa' kot namanya ni. bubur sebenarnya. nama nak gempak habis ok :D bubur nangka dengan jagung rasanya. sedap. first time makan bubur ada nangka di dalam. rasanya.. istimewa :)

lepas tu pilot datang.. ambik kitorang balik ke ofis.
petang tu sambung buat kerja. esok ada meeting.


time nak balik.



main-main kau.. siap tangkap gambar lagi HAHA. ni kereta tengah beratur tunggu line smart tag. tapi tadi terbaca banner kat tol tu.. dia cakap nanti diorang akan tambah lagi lane elektronik. haa tak la kena beratur panjang lagi kan ;)



nak ke lorong smart tag pun kena beratur. what the sungguh :P


oklah tu je.
feel free to comment :)
daa! (mengantuk dah sebenarnya)

2 comments:

MrsNotSoCool said...

hahaha ni tol nk masuk elite dari putrajaya ker? macam tiada makna ok nk tmbh lorong electronic tuh.. tak nmpk gaya pun... tu nk lakukan plusmiles tuh.. huhu.. tiap kali balik mmg stress. dahla smart tag die mcm lmbt nk detect. *stress*

wani ezryl * said...

ahha tepat skali! xD paling menyampah kat lorong smart tag yang selorong tu! hahaha