Saturday, June 09, 2012

jangan beratur belakang...

huahh baru sempat nak update.
sy kemengantukan. balik-balik rumah kepenatan, terus tertidur tak sempat nak online pun.

lepas tu jadual kat ofis macam packed *seharusnya ke sy letak perkataan 'macam' tu?! scrapped!* menyebabkan kepenatan berganda. jadi bila ai penat ai memerlukan kasih-sayang berganda jugak. sini hugs, korang!! *depang tangan luas-luas* :P

semalam pun meeting sampai tengah hari. nasib baik bos pun jenis yang suka habis cepat. sebelah sy orang I*B, jeling-jeling tengok dia tengah main games bawah meja. hahaha hampeh. lepas tu tiba-tiba pulak dia tanya soalan pasal projek.. nasib baik dulu sy pernah jaga duit, dah dia tanya pasal duit jugak. kalau dia tanya pasal LFA ke apa mau pengsan sy di situ jugak T_Tv *bukak kamus pengurusan projek*

noon pergi lunch kat alamandarian huahua. pergi KFC. beratur panjang nak mamP. tau je la hari jumaat. dah tu salah lorong pulak beraturnyaaaa *lorong?! HAH!* budak kaunter lemah-gemalai satu. lepas tu budak yang beratur depan sy pulak membeli untuk 1 ofis! kejap datang kawan dia. kejap datang sorang lagi. ni ko beratur sorang ke ko beratur 5 orang, dik?! T_T dah la tu, mula-mula mintak bungkus, lepas tu nak makan dine in pulakkk (sebab tengok ada meja kerusi kosong kot). budak kaunter tu dah siap-siap masukkan dalam plastik, kena keluarkan balik. haiya. moral : masa beratur jauhi kumpulan pekerja ofis yang pakai uniform sama. ataupun kumpulan kawan-kawan melebihi 5 orang. ataupun keluarga anak 12. haha. kebulur kami tunggu :B


balik rumah tak akan kebulur hokkay :P nah ni dia my mom masak.. ikan masak lemak sedapnya yaAllah, Allah sahaja yang tahu *mengalir air mata kesedapan. ok. exaggerate* :P tapi memang sedap la. ikan selar kuning goreng. kentang goreng. tu sy buat. lolx



harith masak pizza. sedap jugak. sy rasa 1 slice. chicken blackpepper. wuhou!


honey bunny, i miss you.
cepatlah balik sini :')

2 comments:

Anonymous said...

a ah... kadang-kadang nak marahkan orang yang beratur tu, kaunter pun lemah lembut gadis melayu kesejuta... tapi memang servis di alamandaria most of the francais adalah sedikit slow melainkan Mcd... serius...

wani ezryl * said...

tgk tgk burger king jugak yang tak ramai orang.. adakah masyarakat putrajaya tidak gemar makan burger di tengah hari kala? :P