Tuesday, June 19, 2012

family day kami

banyak sungguh gambar. sila tengok sampai mulut berbuih.. hahaha

disclaimer : bagi yang first time tengok blog ni, memang kebiasaannya akan ada popcorn-popcorn muncul dalam photos untuk cover hak asasi manusia. teehee (i love popcorns!)

dahlah. cakap banyak tak guna. start!


16-17 jun hari tu adalah family day BPO (bahagian tempat sy bekerja) kat port dickson. kitorang sewa apartment 3 buah.. 1 apartment ada 3 bilik. bilik pulak kat tingkat 9.. wallah ko tengok je la view paling atas tu kan xD *gambar pemandangan bilik ada dalam hp la pulak*


sweet corns.. will be grilled. yums.



petang sabtu tu kitorang buat BBQ kat tepi pantai. haa siap ada meja ok, jangan main-main :P



itu sy sedang mencucuk sotong. sy suka sotong *sama macam udang*, tapi setakat rasa sikit-sikit bolehlah. kalau lebih-lebih, tau je la zits bodo itu akan muncul T_Tv



ye.. mr isz pun ada sekali! :) dia tengah potong tembikai. dia pandai la bab potong-memotong ni. kalah ai. ye la, orang dah biasa gotong-royong kan.. hihi



hasil potongan. wahh merahnya isi tembikai!



macam pembunuh upahan je gaya pegang pisaunya lolx. both of us <3



daging kambing yang diperap.



daging kambing yang dibakar. sy tak makan kambing. sekian. :P



ni pulak ayam bakar. ayam perapan ala percik. sebab kuning-kuning kan. ada satu lagi set.. ayam perapan sos BBQ/black pepper.



family BPO tengah bergumbira-ria memasak.



kat bawah tu pulak ada tikar untuk budak-budak duduk dan makan. diorang la yang makan dulu.. VIP kan ;)



team bakar-membakar di side hujung. tu husband fiza, husband kak fazidah & husband doc (kiri ke kanan).



encik khidir & wife tengah gigih membakar ayam.



sy pulak tengah gigih makan ayam.. yah haha (eh baru perasan.. baju biru tu rasanya yang sy pakai masa BBQ kat pantai PD time DPA dulu!! lolx!)



my happy husband ^^v



the beach. ramai kan orang. bukan cuti sekolah pun. tetap la ramai xD (credits to husband yang tolong tangkapkan gambar ni sebab tangan sy tengah berminyak makan macam-macam. HAHA)



doc :)



min & syida.



husband tengah main games di tepi pantai *suka betul dia dengan games dinosaur yang dia baru download tu* lolx



sedikit hasil bakaran BBQ untuk menjamu mata :P



balik daripada BBQ tu sempat lagi bergambar dalam lif :P


malam tu kitorang karaoke tapi tak tangkap gambar pun.
bilik karaoke sewa RM100 sejam. mahal kan. hotel katanya.. T_Tv (ehh hotel kat shah alam boleh dapat 2 jam RM20, kata faliq. siap dengan air.. hihi)
sy nyanyi 2 lagu je. husband nyanyi berlagu-lagu. orang suara best la kan ;P


ni gambar keesokan paginya. lepas breakfast, kitorang ada telematch pulak. yahhoo sy memang suka telematch ni.. dari zaman-zaman family day parents sy lagi sy suka masuk telematch lepas tu mesti beriya-iya main nak menang no. 1 (dulu laa.. HAHA)



him, fooling around macam biasa. so cute. haha



hamper yang disediakan oleh orang yang rajin :)



mula-mula games untuk budak-budak ni.. haa tiup tepung katanya.



sila lihat hasil yang berlaku daripada permainan ini. make up original! hihi



ada jugak games untuk kami-kami golongan dewasa ni *ehh i thought i am 15?! AT HEART!! haha* ni games untuk pasangan. yang single singlet tu boleh je berpasangan dengan kawan. so i paired up with my husband yang mulanya cakap tak nak main la apa. last-last main jugak je kan.. lolx.



haa tu dia teknik nak menyambut belon air ok :P (credits to anak doc yang pandai tangkap gambar. sy nampak dia pegang DSLR semalam, sy yakin dia mesti pandai tangkap gambar, lalu sy mintak tolong dia snap masa sy dengan isz main bendalah ni) ^^



itu dia.. belon air di udara. tinggi betul husband ai baling -_-" hahaha.



sy bersama syida :)



ohhey termenang la pulak acara kumpulan dewasa; cari barang tersembunyi. hoahaha



eh. termenanng lagi acara yang baling belon air tadi. pembaling handalan katanya.. ohokk hokkk *tersedak*



lepas berpenat-gembira bermain telematch, kitorang duduk free&easy lepak-lepak sambil makan-makan ringan.



..dan tangkap gambar keluarga BPO. this is my BPO family!! ^^v



and this is my husband di sebalik langsir kat wakaf ala balinese! :)



main lagi games dinosaur tu.. haha



the lovebirds.



sebelum balik tu kitorang lalu kat swimming pool. hambik kau, penuh! lolx (teringat zaman kecik-kecik dulu pun time cuti selalu pergi PD.. haa memang sama la macam ni.. menyesakkan kolam renang la kerja kami! HAHA)



on the way balik tu singgah kedai asam pedas.. sebab time pergi PD tu nampak dah kedai ni.. nampak ramai orang datang makan. so menjangka yang tempat ni asam pedasnya sedap la *sebab ramai orang. doink* jom makan! xD



ni la dia rupa asam pedasnya.. mula-mula tu nak order ikan tenggiri.. tapi tenggiri dah habis. ok ada pari. ambik asam pedas ikan pari! =P~



kuah pekat, rasa berempah. pedas nak mamP. berair hidung makan. rofl.



husband ambik ni.. fave dia.. siput sedut masak lemak. ratah macam tu je. haha


wahh habis dah gambar.
anda berjaya habiskan tengok!! *bukan berjaya skip ye. siapa skip aku rotan nanti. HAHAHA*
begitulah kisah family day ai di PD. best la. had fun.
sambil-sambil tu boleh bercuti dengan isz kan :)
ok lah that's all. cya around!!

No comments: