Friday, December 04, 2020

ariana and stomach ache

assalamualaikum and hi!

gambar hiasan :D

 

as usual, i also record health stuff here. family health stuff to be precise.

ariana dok berguling-guling sakit perut dari pagi semalam (khamis, 3 disember 2020).
dia start sakit perut lepas minum susu and makan tembikai pagi tu.
melarat sampai ke malam.
dalam pukul 11 pagi, bagi dia makan nasi, ayam goreng & sup petola.
ada try bagi dia teh O suam dengan madu. sikit je diminumnya.
lepas-lepas tu dia ok lah sikit.
dalam petang macam tu dia minum susu, then sakit perut menjelma kembali.
dok la berguling lagi. lepas sakit2, dia akan tertidur macam tu.
malam tu babahnya dah bawak ke klinik siti dekat2 rumah.
doc bagi ubat sakit perut and air garam.
sempatlah makan ubat sekali malam tu. then tidur.

and today.
sy terjaga pukul 4 pagi macam tu.. tak sure la kalau dia bangun lagi awal.
sebab babahnya terbangun dulu.
tengok-tengok, ariana dah ada kat sebelah, menangis sakit perut lagi.
subuh tu bagi la dia biskut sekeping untuk alas perut, then bagi ubat.
air madu lemon pun bagi jugak.
then i went to work. babahnya jaga.
dah bitau diorang, kalau sakit lagi, bawak la jumpa doktor.
sebab tak de pun dia kerap cirit-birit or whatsnot.

lepas-lepas tu babahnya bawak ke hospital putrajaya.
park at my office, drop anaqi & ambik grab.
yelah tau la parking hospital macam mana.. haha.

rupanya hospital ambik appointment je skang.
diorang suh ke klinik kesihatan presint 9.
naik grab lagi babah & ariana to KK9.

then ambik urin, doktor just suspect gastrik.
next appointment next monday (7 disember 2020).
so we'll see lah.
doakan ariana baik-baik ye.
no more junk food, fast food, sweet treats for the meantime.
makan dan minumlah macam orang tua (i.e: macam mama makan HAHAHA. organics, less/no MSGs & white sugar cut).
dok berguling lagi sakit tu, kata babahnya.
dah dibagi makan ubat.

nanti balik nak cari air kelapa.
air kelapa is always good for detox. gastric too (kalau betul la dia gastrik. harapnya sakit perut biasa je laaa)

till then.

syafakillah, my dear daughter, ariana.

Friday, November 20, 2020

makanan-makanan awesome semasa PKPB

assalamualaikum and hi! :)

alhamdulillah, bersiaran lagi kita.
sepanjang PKPB ni, aktiviti masak-memasak masih berjalan seperti biasa.. ahaha.
tapi as usual la, ikut kerajinan.
time rajin kita masak, time malas kita beli.
simple formula je macam tu. anda fikir sy ada masa utk sakit kepala? (sakit kepala fikir nak masak apa.. haha) *sambil baling panadol ke laut dalam* 

ni lah antara gambar makanan yang telah dimasak sepanjang PKPB.

nak resipi, PM me.
tapi resipi sy macam xde portion biasanya.. haha. tabahlah.

cucur ikan bilis + sayur. krup krap makan. crispy di luar, lembut di dalam.



ikan siakap stim limau dan kangkung goreng.


first time masak siakap stim.
biasanya masak deep fried je. sebab ai suka krup krap. haha
sesaja la try. tengok kat youtube.
kuah limau tu tak yah masak atas kuali pun.
simple rupanya masak stim limau ni, banding dengan 3 rasa.

oh, ikan siakap ni anggaran harga RM8 seekor.
so bayangkan jimat banyak kalau masak sendiri berbanding beli kat kedai harga puluh-puluh (kecuali ikan kat restoran serai la HAHA tu memang ai sanggup bayar sampai RM60 :P)


nah gambar ikan upclose untuk peminat-peminat ikan siakap stim limau :DD
rupa je macam tak semenggah, tapi rasa dia sampai ke cakerawala.. aicewah. hidangan sihat pulak lagi.
tq to tuan resipi. semoga murah rezeki share. (search je kat youtube, ada tu)



ni korang dah biasa makan kan. hidangan bajet yang sedap je makan 10 kali pun. haha
kangkunggggg.



new dishes in my cooking sketch.


yoshh sy treat makanan ni as a part of an art (sebab tu sy panggil cooking sketch. ahaha)
3 hidangan di atas ni kira baru-baru try masak jugak la.
-- kecuali blackpepper chicken. yang tu pernah masak, cuma lama gile tak masak.
nah, tengok gambar upclose jugak :


ayam masak tomato madu kot ni. budak-budak suka la.



ayam blackpepper. nak sedap, pakai serbuk perencah maggi je.
kalau pakai sos lada hitam dalam botol jenama life pun sedap jugak.
tapi ai is jenuh nak korek dalam botol sos tu.. asyik melekat je. hoho



sup tauhu bertelur namanya. total vegan. tapi sedap sampai ke galaksi.
(letak sayur lain jugak tu macam kobis, cendawan dan tomato)



gambar lauk berjemaah.



kwey teow goreng kering, telur. tak de daging dalam ni.
dah bertukar jadi vege ke ai ni?? ahaha tak de la. ni sebab ayam beku lagi dalam fridge.
nak cepat, pakai telur je. sedap jugak. eh silap. sedap sangat :P :DDD



menu sihat sekali sekala; ikan cencaru grill/bakar.
sedap ni, sebab pakai pes ikan bakar yang kawan bagi ^^



cooked this for husband, supporting his diet plan.
this is hearty plus healthy. hihi
ayam grill, scramble egg dan sauteed shrooms.



ayam goreng tepung adabi.


sy memang ada preference jenama untuk beberapa bahan-bahan masakan.
sila patrikan di dada:
(btw ni iklan selingan)

sos tiram - adabi lama. salam. ABC (sebab adabi lama dah xde. boo hoo).
kicap manis - kipas udang
kicap mee - tamin
sos cili - life (tak makan sos cili, tapi ni untuk masak-memasak)
sos tomato - kimball (sama la dengan cerita sos cili ni. ahahaa)
sos lada hitam - maggi serbuk. life botol.
sos cili thai - mae pranom.
pes tomyam - nang fah. + mae pranom roasted chilli.

pada sy, brand yang sy listkan ni semua sedap ikut selera tekak sy. ahaha
korang nak pakai brand lain, suka hati korang :P

dah. sambung! :D


ni lauk legend. ada di setiap isi rumah.. bahaha.
ikan bilis goreng kicap.



singgang ikan, ikan goreng garing (hitam sebab ai punya ikan pakai pupur bawang.. hahaha) & kobis goreng.



lauk-pauk inspired by kedai makan thai. lolx


sorrylah yang ni termasak meriah sikit.
padahal sebelum ni dah berazam nak masak 2 lauk je.
dasarr betul wani e. hihi.
tak pe la, sekali sekala.

kadang kalau sy masak 3 lauk.. maknanya makan 2 lauk je.
sebab lauk ketiga tu biasanya AAs punya. yang version tak pedas.


ni, ikan siakap goreng masak asam.



ayam goreng sos tiram. with sayur.



terung goreng garing.



egg-drop soup.



mi goreng daging basah.. sebab nak habiskan daging korban dalam fridge yang tak habis-habis.


hahaa lamanya kan, baru nak habis daging korban dalam fridge tu.
sebabnya kitorang jarang makan daging lembu.
alhamdulillah habis juga stok daging itu ^^


migoredagbas. lololx



tomyam ayam and cendawan. ayam sikit je, buat syarat nak bagi kuah ada texture lelemak ayam. korang nak tukar to udang or otak udang pun lagi sedap kot. sebab sy allergic udang sikit. ayam je la kita.



tomyam ni kena makan dengan nasi goreng kicap, baru heaven on earth.
(huii sy tak beli ni tahu, sy masak sendiri. kakaka)

 

dah, tu je kisah makan-makan PKPB kita.
nanti sambung lagiiiii.
toodles!

Friday, November 13, 2020

perihal november (sobre noviembre)

 assalamualaikum and hi! :)

post ni tak de gambar, harap mak long.
sebab phone dekat anaqi, dia dok main tik tok ke apa tah tu hahaa.
i am not against them playing tik tok or whatsoever,
cuz they use it for artsy experimenting (from what i saw).
using effects, motions and stuff.
mujur tak buat tarian lembik2 dangdut bagai tu kan. haha
well hey sebenarnya kalau sesuatu benda tu kita pakai dengan baik,
baik la outcomenya insyaAllah.
ada orang guna tik tok untuk sampaikan mesej islamik pun ada,
or tunjuk cara-cara buat DIY dll.

so!
november is here!
this entry is more like a random rant from me.
nak mengkhabarkan apa yang dah berlaku kat muka bumi, setakat ni. lolx

CMCO or PKPB (if you come from the past, using time machine, and don't have any idea what CMCO is all about... CMCO is conditional movement control order, where us, the citizens are being ordered *hihi* to limit our activities outdoor, due to this deadly-to-some-people virus pandemic).
CMCO kali ni akan berlanjutan sehingga 6 disember, insyaAllah.
semua negeri kat malaysia terlibat, kecuali.. hm, lemme see. perlis, klate and pahang.
harap betul la. malas nak google balik. haha
CMCO ni berlarutan kerana kes-kes masih di angka 1k lebih.
and suddenly 2020 dah nak habis.
rasa macam tak berapa menghayati pun tahun ni, tau-tau dah nak disember. am i right??
am curious about 2021 too,
some people say this pandemic akan bersambung sampai tahun depan.
ya Allah, lindungilah kami.
i'm soo curious cuz i always received a sign about no. 21 (if i ever told you before).
dah lama i got this sign. sejak dulu-dulu lagi and i'm clueless about what it is.
tapi hari tu terbaca kat tweet siapa ntah,
dia kata jangan ikutkan sangat nombor ni, kadang tu it's no good at all.
i don't really want to trust the numerology,
i just believe everything comes from Allah and ada la reasonnya tu.
cuma kita je yang tak tahu apa.
whatever it is, if i and you and you,
sempat ke tahun 2021, alhamdulillah.
kalau tak, terima lah apa jua yang berlaku, sebaiknya. hihi (sebelum tu ai minta ampun dan maaf secara serius, ok!) :)
harap semuanya baik-baik.

working from home masih berjalan.
since at the office, unit kami ni ada 3 ketul je insan (now 2, idk why HR took our PT),
i come to office twice a week.
unit lain yang ramai tu boleh la datang ofis seminggu sekali.
sy okey je, sambil keluar pi ofis, bolehlah balik tu singgah beli barang keperluan jugak.
kalau dok rumah, jarang sekali nak keluar zaman-zaman pandemik ni.

kittens (kiko, miko, ciko) umur dah masuk 2 bulan lebih.
kiko (hitam stripe) watak si kucing hutan yang terlebih big size (ikut bapak dia BSH- british short hair),
miko (grey) watak si kucing bimbo, lag, blur, manja HAHA ala-ala kucing eropah sejati.
ciko (yellow) watak si kucing kampung based on his alertness on something and quite pleasent to be around him. bulu dia pun keras macam bulu kucing kampung. tapi kaki munchkin (pendek) la.
budak-budak AAs (my kids) love miko more.
biasalah manusia biasa ni rupalistik. bahaha. semua dok suka yang kelabu.
warna cantik, manja pulak lagi. katik lagi.
but i love ciko (i'm all on brain before beauty LOL) and also love to bully kiko (she' always reluctant, i was drawn to it :'DD)
miko tu blur melampau, malas nak layan dia. hahaa

i've read somewhere, shopee's 11.11 sale was a super success.
10x ganda pembelian, something like that. untunglahhh. haha
i took this opportunity to buy a cloud storage (WD my home cloud, betul ke nama dia camni?? malas nak google jugak :P), worth RM1.49k, siap dapat diskaun RM90.
sorry, i am a tech geek.
orang dok beli baju, vacuum, periuk, baucer makanan, ai dok beli cloud storage :DD
also bought myself an edifier speaker yang sangat la sleek dan cun melecun. ahaks.
tunggu sampai nanti tengok macam mana.
orang kata (orang kata ye) edifier punya speaker ni kualiti bagus.
i bought the aluminium one. kinda tiny, but hope powerful enough and don't have much white noise.
sebab beli pun, speaker PC ai rosak & tak dengar sangat bila video conferencing pakai laptop ni.
slow gilee. macam terpinga-pinga je meeting kat rumah hari tu.
kalau ada headphone, ok la. headphone tertinggal kat ofis. lolx
dok dekat-dekatkan telinga to laptop's speaker sebab nak dengar bebetul. dah la bunyi pecah.
so belilah 1 speaker untuk mengatasi masalah ni.
then i also bought youmee noodles (what else HAHA) and polly pocket (what else too).
dahlah, lepas ni boleh jimat cermat sampai bulan 12.

laparlah pulak.
dah la tu. nanti kita sambung lagi. ahaha

assalamualaikummmm.

Friday, November 06, 2020

anaqi's 5th birthday

happy birthday, anaqi!
backdrop simple-simple je hihi


assalamualaikum and hi, beautiful peeps! :D

CMCO/PKPB masih berlegar-legar.. lolx
extend lagi sampai 9 november.
jadinya birthday partayy pun macam birthday babahnya hari tu la,
berempat je sambil bayangkan yang hadir tu 100 orang. bahaha. JK

backdrop HAPPY BIRTHDAY, recycle daripada babah punya.
memang tak cabut-cabut pun dari haritu. haha
belon just beli yang 1 set RM5 kot, lupa dah harga.
tiup pakai pam letrik, settle.


alah kamcengnya dua orang ni. time gaduh, meja pun boleh terbalik :DD hahaha



birthday boy yang disayangi.



kek super kecil je. sebab makan berempat. tu pun tak habis jugak. haha



lepas nyanyi lagu birthday, kita potongggg.


happiest birthday, anaqi.
may Allah bless you dunia and akhirat.
masuk syurga tanpa hisab. aamiin.


geng berempat. haha. babah time-time party pun sibuk bekerja LOL



banana, banaqi, babah. lolx



hadiah-hadiah yang banyak gile :D



anaqi bersama salah satu hadiah birthday beliau.
hadiah lain macam spiderman, ultraman dan coklat kinder bueno.



kakak ariana pun dapat hadiah. hee.

 

dah, tu je. hahaha

have a great birthday, anaqiiiiiiii. xoxo.

Tuesday, October 13, 2020

PKPB/CMCO is back


assalamualaikum and hi! :)

semalam, kerajaan malaysia dah umumkan yang PKPB di area KL, selangor, putrajaya akan berkuatkuasa tengah malam ni (14 okt) sampai 27 okt, insyaAllah.

mula-mula ingatkan taska, tadika, daycare je tutup.
sekali rupanya dengan sekolah, institusi pendidikan dan seangkatan.
tengah tunggu-tunggu jugak pengumuman by our office ni.
JPA pun tak keluarkan lagi pengumuman terkini, or may be pakai pekeliling sedia ada. idk.
apapun knowing our office, kita layankan je.
kalau tak bagi wfh, kita angkut budak-budak tu semua mai ofis.

nanti apa-apa kita update balik, aight!

stay safe, peeps.

Monday, October 12, 2020

gone

assalamualaikum and hi! :|

muka icon tu tarak sinyum hari ni, bersesuaian la dengan topik. haha
*sesambil feeling2 dengar lagu 'gone' by n'sync. apa khabar dak-dak n'sync skang*

tak de la gone apa,
tapi mengenangkan ramai jugak la yang bertukar keluar daripada ofis ni ha.
mana yang sempat tu, kita bloggingkan.
yang tak sempat, korang tetap dalam hati ni. aiceh.

yang pertama gone baby you're gone is my sisthor from another mother father,
erna nuridayu (saja letak nama penuh kot one day terlupa nama penuh. acik ni pelupa kronik jugak haha)
sy dah tak dok sebahagian dengan erna ni, sebab sy pun pindah bahagian.
tapi still la communicate sampai la ni.
dia ni bubbly-bubbly macam tu, suka buat pick up line dan anak-anak milenia. lolx
bergambar pun kat parking je masa dia last day haha
katanya 2 kali dia naik ofis cari sy, sy tak de.
memang minggu tu ai is busy tak bertepi, jalan ke sana ke sini.
alhamdulillah ada la rezeki jumpa kat parking pun jadi la.

erna bertukar ke KDN. jaga RELA katanya.
semoga hari-hari erna kat sana lebih happy okek.

sampai jumpa lagi, sis!


lepas tu agak ramai jugak geng-geng bahagian yang berlalu pergi.

contoh baru-baru ni, diana, naik pangkat. gi UKAS.
kak izan, ex-CC kitorang ke MOF.
en sany, ex-EO ke matic.
kak syimah, our PT (yang down to earth, beliau datin, tapi tak nak orang tau kot or panggil beliau datin. tapi beliau tak tau kot sy tau. hihi) ke MOF.
ramai la ke MOF.. lagi-lagi sekang JPA tengah reshuffle besar-besaran.
sesiapa lebih 7 tahun macam tu, kena tukar. PTs la ramai. EO and CC dah lepas.

dan yang latest dah pergi meninggalkan ofis, adalah our SUB dan PA beliau.

i.e datuk azmi dan syika.
tok mi naik jadi presiden ppj *tahniah, tok mi!* dan syika follow.
hari ni 12 oktober tok mi dan syika dah kat sana.
semoga dipermudahkan urusan kat PPj dan di mana saja.
tok mi ni bos yang baik & syika pun jenis yang happy2 macam tu.
we will miss them dearly.
harap dapat SUB yang baik jugak la macam tok mi.
bos-bos yang style jerit-jerit, baling-baling fail dah tak de, kan?
skang semua bos muda baik-baik, kan? hahaha. (harapnya :P)


satu bahagian sosio ekonomi (BSE) bergambar for our final moment with tok mi and syika as BSE's 'residents'.



"semua tunjuk kat tok mi!" ha gitu. :D



penjarakan fizikal sangat gambar ni. haha.
so long, datuk. semoga dalam rahmat Allah swt.



yang ni tak de penjarakan langsung.. hahah
bye, syikaaa. kalau rindukan tauhu anora, jangan lupa order untuk satu PPj. hihi


dannnn hari ni dapat pulak news.

our PT *yes, our PT yang baru berkhidmat 4 bulan macam tu selepas kak shimah bertukar*,
iaitu ina (fazlina),
punnn dapat surat tukar ke MOF.
ya Rabbi. kita baru nak berkenal-kenalan,
dah tarik gi tempat lain pulak.
tak pe la, ai is redo airways. hihi
memang begitulah manusia,
ada pertemuan dan perpisahan.
yang nyata, perpisahan ni seberang jalan je. haha (ofis MOF ni seberang ofis KWP)
katanya 27 oktober. so tak lama dah tu. sobs.

selain ina, ada sorang lagi warga bahagian dapat tukar; fie.
hah pindahlah korang ramai-ramai.
tinggalkan kitorang terkontang-kanting kat sini. hahah

apapun bersyukur sebab dekat-dekat je semuanya.
kitorang dulu sekali posting, 1 malaysia.
sabah sarawak pantai timur utara selatan semua ada.
hat pantai barat macam KL, putrajaya, selangor tu hot stuff la kan.
bukan semua dapat.

cikgu2 pun sama kan.
teringat kawan ai timmy kat sabah tak balik-balik lagi ke selangor (semoga satu hari nanti ko dapat balik, timmy).

berhijrah ni ada kebaikannya,
macam dapat suasana baru, kawan baru, kerja baru tu kekadang.
yang consnya, kalau hantar jauh sangat (contoh sabah sarawak),
naya ke kawan tu setahun sekali kot baru dapat balik, tu pun time raya.
kalau kerap balik, habis duit atas tiket je. susah nak menabung.
kalau bertemu jodoh orang jauh, ntah tak balik-balik dah atau jarang balik jumpa keluarga.
harapnya tak la sampai lupakan keluarga kan. hihi

bcakap daripada pengalaman la,
time single dulu kan sy keje merantau.
ye memang best sebab kawan-kawan ramai,
kerja macam gila pun tak pe sebab boleh release stress dengan kawan-kawan.
family macam tok2 dan sedara pun ada berdekatan.
kerja merantau ni banyak belajar berdikari, semua buat sendiri.
masak sendiri, buat report polis kalau eksiden sendiri *haha*, beli barang sendiri (ye lah dengan kawan-kawan la, apa lagi. lolx)
jauh sikit la daripada family.
yang jenis berjimat tu, tak balik selalu kot sebab menabung.
tetapi tidaklah sy.. bahaha. family first ok.
tapi memang habis duit je la beli tiket balik.
so tak de la terfikir nak beli aset ke apa.
sebab hidup uncertainty, tak tau bila kita dapat transfer balik.
kang beli rumah kat selangor, bila pulak nak duduk kalau kerja jauh.
balik-balik selangor, harga rumah dah naik.
orang lain yang kerja lama kat klang valley, dah dapat beli rumah pada harga yang ok (before 2012), sebelum harga rumah naik gila-gila.
contoh CSRU (ni diskaun belian rumah utk kerajaan) before sy dapat tukar balik, RM400k landed putrajaya.
sy balik sini, naik jadi RM700k untuk teres.
so tu la cons dia. tapi rezeki semua dah tetap kan.
so ikut je perjalanan yang dah ditetapkan tu. kihkih

cumanya point-point ni bolehlah diconsider oleh JPA atau mana-mana badan yang terlibat dalam sumber manusia atau pertukaran pekerja.
boleh survey tanya diorang nak ke mana.
kalau ada yang dekat and diorang nak, utamakan.
jangan dipisah-pisahkan husband and wife atau mak/bapak dengan anak-anak,
dengan pindahkan family jauh-jauh.
berapa banyakkah kes husband/wife gaduh atau bercerai-berai sebab dok jauh.
ada orang ok LDR, ada orang tak boleh.
kalau kes macam sy dulu single, keje jauh di rantauan pun okey lagi.
ataupun kalau orang tu dah 5 years ke kat sabah/sarawak, atau mana-mana yang jauh,
rotate la walaupun orang tu single.
rotate dengan batch baru ke.
orang single pun nak balik jugak jumpa keluarga.
dicampak jauh-jauh tu, kalau mak pak dia sakit mengejut, kecemasan ke,
kesian kan kalau tak sempat jumpa ke apa, nauzubillah.

cakap senang kan. haha. sylah tu :P
tapi kalau kita jaga HR,
ada kosongnya, insyaAllah kita nak mudahkan orang.
semoga Allah mudahkan kita pula.
jangan orang minta pindah ke negeri A, A ada kosong, kita sesaja je bagi negeri Z.
naya tu.
ada la sebabnya tu dia nak ke A. jangan tuduh dia manja ke apa.
everyone has their own story and reason.

okey.
tu je la :D
apapun sy nak cakap,
bergantung pada kabel manusia ni takkan realiable.
bergantung la pada 'kabel' yang Maha Esa dan boleh memakbulkan doa-doa kita.
hihi. panjang pulak rant ni.
padahal nak cerita pasal kengkawan yang meninggalkan ofis je :P

you guys will be missed.
good luck! :)

octoberfest and september rant

assalamualaikum and hi! :)

how's everyone?
covid masih menggila.
3 digits, still. tapi menurun banding 3 hari lepas. alhamdulillah.

tapi hari ni bukan nak cerita pasal covid.

kita nak post gambar-gambar pending from last september. lolx
sy terperasan, kualiti lens phonecam dah tak crisp macam dulu.
yelah, phone ni kan 'phone awam'.
budak-budak ni dok main, sambil minum susu, makan ais krim, makan coklat.
habis berselepat bahan-bahan kat phone ni.
terasa macam nak beliiii je phone baharu.
tapi tak de la tahun ni.
walaupun screen protector (SP) dah retak2.
nak tukar SP pun dah malas, sebab harga RM90+ sekeping. haha
tak yah suggest beli yang murmur.
beli murr, lagi la kerap kena tukar. sama je.

anaqi ada jugak la projek-projek yang dibuat kat kindy dia.
hari tu tanam pepohon togeh *pepohon la sangat.. hahah*
bawak balik, dah siap tumbuh.
letak tepi tingkap dapur, lagi tinggi tumbuhnya.
tapi tak buat makan la.
sebab bila test makan, rasa pelik la pulak.
kaler pun hijau. haha
togeh hiasan gamaknya :D


anaqi dan togeh yang ditanam.



sajaa snap gambar togeh ni. ada la bukti yang dia ni pernah bercucuk-tanam. wahaha


wordings si anaqi ni ada la 2-3 lagi yang masih berbaur comel (yang layak masuk ke dalam 'kamus anaqi').

contoh:

stoking dipanggilnya TOSKIN.
sticker is TISKER.
and cakar, dia cakap KACA. kaca ni selalu, sebab the kitties or tupai suka kaca dia. kahh

ahhahaa. memang kita ada betulkan from time to time.
tapi comel pulak bila dengar dia cakap tu.


time ni, anaqi tidak di'kaca' kucing.


budak-budak AAs ni memang galok angkat anak-anak kucing tu. (3 ko's - kiko, miko, ciko)
babah diorang pun stress agaknya.. hihi


babahnya memakai pelitup anti-covid. lolx



KKM marah ni letak mask kat dagu. tapi ai is dah lipat ke dalam mask tu. tak de germs :P



time ni bawak ariana pi kaison, aeon nilai.

sebelum tu ada ke kaison mytown,
tapi anaqi je masuk.
ariana dok follow babah dia.
lepas tu balik rumah, stress out la dia sebab tengok mama beli barang-barang cute tak ajak dia HAHA.
so bila pergi aeon nilai tu, bawak la dia ni masuk.
kemain sana sini dicapainya.
nasib baik la barang-barang kat kaison ni sangat sangat affordable and cute cute pulak tu.
sesapa yang suka barang-barang comel macam unicorn, fluffly, glitter dan seumpamanya, baik korang datang kaison sekarang.
insyaAllah confirm tak menyesal :P


terduduk kat depan kedai buku popular.
nasiblah korang dapat mama yang gilakan buku.
tunggu la korang di luar tu dengan babah :P



gambar untuk simpanan - adik badik. ariana 7, anaqi 5.



gambar untuk simpanan - ariana and mama.

 

oktober ni bulan super banyak birthdays.
birthday babah, anaqi, harith tu ye.
dengan birthdays kawan-kawan lagi.

upcoming birthday husb, dia mintak sesiap hadiah.
dah beli online pun, mungkin tengah on the way nak sampai ke ofis beliau.. haha.

birthday anaqi, macam biasa dia nak mainan.
tapi haritu dia dah pow mama kasut baharu.
jenama BUM. harga RM70+.
ai cakap la kat dia, ni kira hadiah birthday la ye.
dia kata tak, dia nak mainan, hahahaaadoiyai :DD
tunggu la nanti kita gi toys' r us.
mama ada dapat voucher sempena bulan birthday anaqi. ekekek

nantilah mana-mana barang yang banyak kat rumah, kita kemas sikit-sikit
and sama ada bagi orang atau buang je kalau dah lusuh sangat.

oklah dah. tu je.

lain kali kita borak lagi. jaa!