Friday, November 20, 2020

makanan-makanan awesome semasa PKPB

assalamualaikum and hi! :)

alhamdulillah, bersiaran lagi kita.
sepanjang PKPB ni, aktiviti masak-memasak masih berjalan seperti biasa.. ahaha.
tapi as usual la, ikut kerajinan.
time rajin kita masak, time malas kita beli.
simple formula je macam tu. anda fikir sy ada masa utk sakit kepala? (sakit kepala fikir nak masak apa.. haha) *sambil baling panadol ke laut dalam* 

ni lah antara gambar makanan yang telah dimasak sepanjang PKPB.

nak resipi, PM me.
tapi resipi sy macam xde portion biasanya.. haha. tabahlah.

cucur ikan bilis + sayur. krup krap makan. crispy di luar, lembut di dalam.



ikan siakap stim limau dan kangkung goreng.


first time masak siakap stim.
biasanya masak deep fried je. sebab ai suka krup krap. haha
sesaja la try. tengok kat youtube.
kuah limau tu tak yah masak atas kuali pun.
simple rupanya masak stim limau ni, banding dengan 3 rasa.

oh, ikan siakap ni anggaran harga RM8 seekor.
so bayangkan jimat banyak kalau masak sendiri berbanding beli kat kedai harga puluh-puluh (kecuali ikan kat restoran serai la HAHA tu memang ai sanggup bayar sampai RM60 :P)


nah gambar ikan upclose untuk peminat-peminat ikan siakap stim limau :DD
rupa je macam tak semenggah, tapi rasa dia sampai ke cakerawala.. aicewah. hidangan sihat pulak lagi.
tq to tuan resipi. semoga murah rezeki share. (search je kat youtube, ada tu)



ni korang dah biasa makan kan. hidangan bajet yang sedap je makan 10 kali pun. haha
kangkunggggg.



new dishes in my cooking sketch.


yoshh sy treat makanan ni as a part of an art (sebab tu sy panggil cooking sketch. ahaha)
3 hidangan di atas ni kira baru-baru try masak jugak la.
-- kecuali blackpepper chicken. yang tu pernah masak, cuma lama gile tak masak.
nah, tengok gambar upclose jugak :


ayam masak tomato madu kot ni. budak-budak suka la.



ayam blackpepper. nak sedap, pakai serbuk perencah maggi je.
kalau pakai sos lada hitam dalam botol jenama life pun sedap jugak.
tapi ai is jenuh nak korek dalam botol sos tu.. asyik melekat je. hoho



sup tauhu bertelur namanya. total vegan. tapi sedap sampai ke galaksi.
(letak sayur lain jugak tu macam kobis, cendawan dan tomato)



gambar lauk berjemaah.



kwey teow goreng kering, telur. tak de daging dalam ni.
dah bertukar jadi vege ke ai ni?? ahaha tak de la. ni sebab ayam beku lagi dalam fridge.
nak cepat, pakai telur je. sedap jugak. eh silap. sedap sangat :P :DDD



menu sihat sekali sekala; ikan cencaru grill/bakar.
sedap ni, sebab pakai pes ikan bakar yang kawan bagi ^^



cooked this for husband, supporting his diet plan.
this is hearty plus healthy. hihi
ayam grill, scramble egg dan sauteed shrooms.



ayam goreng tepung adabi.


sy memang ada preference jenama untuk beberapa bahan-bahan masakan.
sila patrikan di dada:
(btw ni iklan selingan)

sos tiram - adabi lama. salam. ABC (sebab adabi lama dah xde. boo hoo).
kicap manis - kipas udang
kicap mee - tamin
sos cili - life (tak makan sos cili, tapi ni untuk masak-memasak)
sos tomato - kimball (sama la dengan cerita sos cili ni. ahahaa)
sos lada hitam - maggi serbuk. life botol.
sos cili thai - mae pranom.
pes tomyam - nang fah. + mae pranom roasted chilli.

pada sy, brand yang sy listkan ni semua sedap ikut selera tekak sy. ahaha
korang nak pakai brand lain, suka hati korang :P

dah. sambung! :D


ni lauk legend. ada di setiap isi rumah.. bahaha.
ikan bilis goreng kicap.



singgang ikan, ikan goreng garing (hitam sebab ai punya ikan pakai pupur bawang.. hahaha) & kobis goreng.



lauk-pauk inspired by kedai makan thai. lolx


sorrylah yang ni termasak meriah sikit.
padahal sebelum ni dah berazam nak masak 2 lauk je.
dasarr betul wani e. hihi.
tak pe la, sekali sekala.

kadang kalau sy masak 3 lauk.. maknanya makan 2 lauk je.
sebab lauk ketiga tu biasanya AAs punya. yang version tak pedas.


ni, ikan siakap goreng masak asam.



ayam goreng sos tiram. with sayur.



terung goreng garing.



egg-drop soup.



mi goreng daging basah.. sebab nak habiskan daging korban dalam fridge yang tak habis-habis.


hahaa lamanya kan, baru nak habis daging korban dalam fridge tu.
sebabnya kitorang jarang makan daging lembu.
alhamdulillah habis juga stok daging itu ^^


migoredagbas. lololx



tomyam ayam and cendawan. ayam sikit je, buat syarat nak bagi kuah ada texture lelemak ayam. korang nak tukar to udang or otak udang pun lagi sedap kot. sebab sy allergic udang sikit. ayam je la kita.



tomyam ni kena makan dengan nasi goreng kicap, baru heaven on earth.
(huii sy tak beli ni tahu, sy masak sendiri. kakaka)

 

dah, tu je kisah makan-makan PKPB kita.
nanti sambung lagiiiii.
toodles!

No comments: