Monday, October 12, 2020

octoberfest and september rant

assalamualaikum and hi! :)

how's everyone?
covid masih menggila.
3 digits, still. tapi menurun banding 3 hari lepas. alhamdulillah.

tapi hari ni bukan nak cerita pasal covid.

kita nak post gambar-gambar pending from last september. lolx
sy terperasan, kualiti lens phonecam dah tak crisp macam dulu.
yelah, phone ni kan 'phone awam'.
budak-budak ni dok main, sambil minum susu, makan ais krim, makan coklat.
habis berselepat bahan-bahan kat phone ni.
terasa macam nak beliiii je phone baharu.
tapi tak de la tahun ni.
walaupun screen protector (SP) dah retak2.
nak tukar SP pun dah malas, sebab harga RM90+ sekeping. haha
tak yah suggest beli yang murmur.
beli murr, lagi la kerap kena tukar. sama je.

anaqi ada jugak la projek-projek yang dibuat kat kindy dia.
hari tu tanam pepohon togeh *pepohon la sangat.. hahah*
bawak balik, dah siap tumbuh.
letak tepi tingkap dapur, lagi tinggi tumbuhnya.
tapi tak buat makan la.
sebab bila test makan, rasa pelik la pulak.
kaler pun hijau. haha
togeh hiasan gamaknya :D


anaqi dan togeh yang ditanam.



sajaa snap gambar togeh ni. ada la bukti yang dia ni pernah bercucuk-tanam. wahaha


wordings si anaqi ni ada la 2-3 lagi yang masih berbaur comel (yang layak masuk ke dalam 'kamus anaqi').

contoh:

stoking dipanggilnya TOSKIN.
sticker is TISKER.
and cakar, dia cakap KACA. kaca ni selalu, sebab the kitties or tupai suka kaca dia. kahh

ahhahaa. memang kita ada betulkan from time to time.
tapi comel pulak bila dengar dia cakap tu.


time ni, anaqi tidak di'kaca' kucing.


budak-budak AAs ni memang galok angkat anak-anak kucing tu. (3 ko's - kiko, miko, ciko)
babah diorang pun stress agaknya.. hihi


babahnya memakai pelitup anti-covid. lolx



KKM marah ni letak mask kat dagu. tapi ai is dah lipat ke dalam mask tu. tak de germs :P



time ni bawak ariana pi kaison, aeon nilai.

sebelum tu ada ke kaison mytown,
tapi anaqi je masuk.
ariana dok follow babah dia.
lepas tu balik rumah, stress out la dia sebab tengok mama beli barang-barang cute tak ajak dia HAHA.
so bila pergi aeon nilai tu, bawak la dia ni masuk.
kemain sana sini dicapainya.
nasib baik la barang-barang kat kaison ni sangat sangat affordable and cute cute pulak tu.
sesapa yang suka barang-barang comel macam unicorn, fluffly, glitter dan seumpamanya, baik korang datang kaison sekarang.
insyaAllah confirm tak menyesal :P


terduduk kat depan kedai buku popular.
nasiblah korang dapat mama yang gilakan buku.
tunggu la korang di luar tu dengan babah :P



gambar untuk simpanan - adik badik. ariana 7, anaqi 5.



gambar untuk simpanan - ariana and mama.

 

oktober ni bulan super banyak birthdays.
birthday babah, anaqi, harith tu ye.
dengan birthdays kawan-kawan lagi.

upcoming birthday husb, dia mintak sesiap hadiah.
dah beli online pun, mungkin tengah on the way nak sampai ke ofis beliau.. haha.

birthday anaqi, macam biasa dia nak mainan.
tapi haritu dia dah pow mama kasut baharu.
jenama BUM. harga RM70+.
ai cakap la kat dia, ni kira hadiah birthday la ye.
dia kata tak, dia nak mainan, hahahaaadoiyai :DD
tunggu la nanti kita gi toys' r us.
mama ada dapat voucher sempena bulan birthday anaqi. ekekek

nantilah mana-mana barang yang banyak kat rumah, kita kemas sikit-sikit
and sama ada bagi orang atau buang je kalau dah lusuh sangat.

oklah dah. tu je.

lain kali kita borak lagi. jaa!

No comments: