Monday, October 12, 2020

gone

assalamualaikum and hi! :|

muka icon tu tarak sinyum hari ni, bersesuaian la dengan topik. haha
*sesambil feeling2 dengar lagu 'gone' by n'sync. apa khabar dak-dak n'sync skang*

tak de la gone apa,
tapi mengenangkan ramai jugak la yang bertukar keluar daripada ofis ni ha.
mana yang sempat tu, kita bloggingkan.
yang tak sempat, korang tetap dalam hati ni. aiceh.

yang pertama gone baby you're gone is my sisthor from another mother father,
erna nuridayu (saja letak nama penuh kot one day terlupa nama penuh. acik ni pelupa kronik jugak haha)
sy dah tak dok sebahagian dengan erna ni, sebab sy pun pindah bahagian.
tapi still la communicate sampai la ni.
dia ni bubbly-bubbly macam tu, suka buat pick up line dan anak-anak milenia. lolx
bergambar pun kat parking je masa dia last day haha
katanya 2 kali dia naik ofis cari sy, sy tak de.
memang minggu tu ai is busy tak bertepi, jalan ke sana ke sini.
alhamdulillah ada la rezeki jumpa kat parking pun jadi la.

erna bertukar ke KDN. jaga RELA katanya.
semoga hari-hari erna kat sana lebih happy okek.

sampai jumpa lagi, sis!


lepas tu agak ramai jugak geng-geng bahagian yang berlalu pergi.

contoh baru-baru ni, diana, naik pangkat. gi UKAS.
kak izan, ex-CC kitorang ke MOF.
en sany, ex-EO ke matic.
kak syimah, our PT (yang down to earth, beliau datin, tapi tak nak orang tau kot or panggil beliau datin. tapi beliau tak tau kot sy tau. hihi) ke MOF.
ramai la ke MOF.. lagi-lagi sekang JPA tengah reshuffle besar-besaran.
sesiapa lebih 7 tahun macam tu, kena tukar. PTs la ramai. EO and CC dah lepas.

dan yang latest dah pergi meninggalkan ofis, adalah our SUB dan PA beliau.

i.e datuk azmi dan syika.
tok mi naik jadi presiden ppj *tahniah, tok mi!* dan syika follow.
hari ni 12 oktober tok mi dan syika dah kat sana.
semoga dipermudahkan urusan kat PPj dan di mana saja.
tok mi ni bos yang baik & syika pun jenis yang happy2 macam tu.
we will miss them dearly.
harap dapat SUB yang baik jugak la macam tok mi.
bos-bos yang style jerit-jerit, baling-baling fail dah tak de, kan?
skang semua bos muda baik-baik, kan? hahaha. (harapnya :P)


satu bahagian sosio ekonomi (BSE) bergambar for our final moment with tok mi and syika as BSE's 'residents'.



"semua tunjuk kat tok mi!" ha gitu. :D



penjarakan fizikal sangat gambar ni. haha.
so long, datuk. semoga dalam rahmat Allah swt.



yang ni tak de penjarakan langsung.. hahah
bye, syikaaa. kalau rindukan tauhu anora, jangan lupa order untuk satu PPj. hihi


dannnn hari ni dapat pulak news.

our PT *yes, our PT yang baru berkhidmat 4 bulan macam tu selepas kak shimah bertukar*,
iaitu ina (fazlina),
punnn dapat surat tukar ke MOF.
ya Rabbi. kita baru nak berkenal-kenalan,
dah tarik gi tempat lain pulak.
tak pe la, ai is redo airways. hihi
memang begitulah manusia,
ada pertemuan dan perpisahan.
yang nyata, perpisahan ni seberang jalan je. haha (ofis MOF ni seberang ofis KWP)
katanya 27 oktober. so tak lama dah tu. sobs.

selain ina, ada sorang lagi warga bahagian dapat tukar; fie.
hah pindahlah korang ramai-ramai.
tinggalkan kitorang terkontang-kanting kat sini. hahah

apapun bersyukur sebab dekat-dekat je semuanya.
kitorang dulu sekali posting, 1 malaysia.
sabah sarawak pantai timur utara selatan semua ada.
hat pantai barat macam KL, putrajaya, selangor tu hot stuff la kan.
bukan semua dapat.

cikgu2 pun sama kan.
teringat kawan ai timmy kat sabah tak balik-balik lagi ke selangor (semoga satu hari nanti ko dapat balik, timmy).

berhijrah ni ada kebaikannya,
macam dapat suasana baru, kawan baru, kerja baru tu kekadang.
yang consnya, kalau hantar jauh sangat (contoh sabah sarawak),
naya ke kawan tu setahun sekali kot baru dapat balik, tu pun time raya.
kalau kerap balik, habis duit atas tiket je. susah nak menabung.
kalau bertemu jodoh orang jauh, ntah tak balik-balik dah atau jarang balik jumpa keluarga.
harapnya tak la sampai lupakan keluarga kan. hihi

bcakap daripada pengalaman la,
time single dulu kan sy keje merantau.
ye memang best sebab kawan-kawan ramai,
kerja macam gila pun tak pe sebab boleh release stress dengan kawan-kawan.
family macam tok2 dan sedara pun ada berdekatan.
kerja merantau ni banyak belajar berdikari, semua buat sendiri.
masak sendiri, buat report polis kalau eksiden sendiri *haha*, beli barang sendiri (ye lah dengan kawan-kawan la, apa lagi. lolx)
jauh sikit la daripada family.
yang jenis berjimat tu, tak balik selalu kot sebab menabung.
tetapi tidaklah sy.. bahaha. family first ok.
tapi memang habis duit je la beli tiket balik.
so tak de la terfikir nak beli aset ke apa.
sebab hidup uncertainty, tak tau bila kita dapat transfer balik.
kang beli rumah kat selangor, bila pulak nak duduk kalau kerja jauh.
balik-balik selangor, harga rumah dah naik.
orang lain yang kerja lama kat klang valley, dah dapat beli rumah pada harga yang ok (before 2012), sebelum harga rumah naik gila-gila.
contoh CSRU (ni diskaun belian rumah utk kerajaan) before sy dapat tukar balik, RM400k landed putrajaya.
sy balik sini, naik jadi RM700k untuk teres.
so tu la cons dia. tapi rezeki semua dah tetap kan.
so ikut je perjalanan yang dah ditetapkan tu. kihkih

cumanya point-point ni bolehlah diconsider oleh JPA atau mana-mana badan yang terlibat dalam sumber manusia atau pertukaran pekerja.
boleh survey tanya diorang nak ke mana.
kalau ada yang dekat and diorang nak, utamakan.
jangan dipisah-pisahkan husband and wife atau mak/bapak dengan anak-anak,
dengan pindahkan family jauh-jauh.
berapa banyakkah kes husband/wife gaduh atau bercerai-berai sebab dok jauh.
ada orang ok LDR, ada orang tak boleh.
kalau kes macam sy dulu single, keje jauh di rantauan pun okey lagi.
ataupun kalau orang tu dah 5 years ke kat sabah/sarawak, atau mana-mana yang jauh,
rotate la walaupun orang tu single.
rotate dengan batch baru ke.
orang single pun nak balik jugak jumpa keluarga.
dicampak jauh-jauh tu, kalau mak pak dia sakit mengejut, kecemasan ke,
kesian kan kalau tak sempat jumpa ke apa, nauzubillah.

cakap senang kan. haha. sylah tu :P
tapi kalau kita jaga HR,
ada kosongnya, insyaAllah kita nak mudahkan orang.
semoga Allah mudahkan kita pula.
jangan orang minta pindah ke negeri A, A ada kosong, kita sesaja je bagi negeri Z.
naya tu.
ada la sebabnya tu dia nak ke A. jangan tuduh dia manja ke apa.
everyone has their own story and reason.

okey.
tu je la :D
apapun sy nak cakap,
bergantung pada kabel manusia ni takkan realiable.
bergantung la pada 'kabel' yang Maha Esa dan boleh memakbulkan doa-doa kita.
hihi. panjang pulak rant ni.
padahal nak cerita pasal kengkawan yang meninggalkan ofis je :P

you guys will be missed.
good luck! :)

No comments: