Thursday, September 03, 2020

tomyam homemade from scratch

assalamualaikum and hi! :)


seperti biasa, pending entry. bahaha

tapi tak pe kot, sebab nak share resipi je.
kot-kot ada yang tengah berdiet, atau tengah eat clean.

memang resipi ni tak de bahan perasa tiruan.
bila sebut bahan perasa ni,
teringat baru-baru ni dok tengok youtube video uncle roger. kenal ke? haha
dia dok buat ulasan yang lawak la pasal jamie oliver masak nasi goreng telur.
sebelum tu dia ada komen pasal sorang lagi tukang masak ni, memasak nasi goreng jugak.
yang basuh nasi dengan air, lepas tu toskan dalam sink. HAHA

may be pada orang-orang kat UK, US, benda tu macam biasa.
tapi orang asia tak boleh k terima nasi goreng basah-basah.
nasi bukannya risotto, nak lembab-lembab. kan.

apapun kalau ko nak masak masakan negara lain,
follow la youtube masakan dari negara tu jugak.

contoh kalau nak belajar masak spaghetti,
tengok cara penyediaan oleh orang italy.

kalau nak masak tomyam,
ha, tengoklah youtube orang thai masak tomyam. kikiki (tapi sy bukan orang thai :DD)


ini tomyam version sihat ye. jangan expect yang ada bahan perasa semua tu. HAHA


cara-cara terus:

1. rebus ayam dalam anggaran 3-4 cawan air.

2. blend cili kering dan tumis sekejap dalam minyak sesudu.

3. keluarkan ayam daripada sup rebusan. tuang sup rebusan ke dalam kuali tumisan cili kering.

4. masukkan hirisan (atau 'tumbukan' haha) serai dan lengkuas.

5. lepas seketika, masukkan pulak bawang besar/merah belah 4 dan bawang putih ketuk. masukkan jugak daun limau purut dalam 5 helai yang dah siap carik. cili api merah jangan dilupa.

6. masukkan tomato, cendawan dan ayam. (kalau nak masuk sayur lain yang keras macam carrot, cauliflower, masukkan lebih awal). nak tukar ayam kepada seafood pun boleh. ai is allergic dah tua-tua ni. ayam je la mampu. ahaks.

7. boil boil. masukkan garam gula. lasttt sekali baru perahkan separuh limau nipis (kalau tak cukup masam, tambah lagi dan rasa-rasa dulu. takut termasam sangat pulak). haa dah siap!


hari tu dok masak sekali dengan daging kunyit, sayur campur dan telur dadar.

 

sambung cerita pasal tomyam ni.

sy kadang suka jugak tengok cara penyediaan tomyam oleh orang thai.
kalau nak sedap lagi, kalau tak allergic,
boleh guna air rebusan kepala and kulit udang.
lepas tu picit otak udang yang macam krim-krim tu dalam sup.
tu yang bagi lagi sedappp HAHA

tapi buat yang mengembara (travel) ke thailand,
make sure kedai tu halal.
sebabnya, one thing i learn,
walaupun asal-usul sesuatu makanan tu tidak mengandungi babi,
tak semestinya halal or tiada babi.

contoh tomyam goong (tomyam udang).
nama tomyam udang.
tapi kat broth/air rebusan tu diorang pakai rebusan tulang ayam campur babi.
ayam tu pun tak semestinya halal, right.
kadang ingredient seafood, tapi side dishes ada masak non-halal.
peralatan semua share, pakai sama.
so cari kedai halal la, senang.

oh satu lagi contoh.
assam laksa. ingredients dia ikan.
tapi kalau chinese, ada yang masak letak darah babi.
so tengok-tengok je la before membeli.
atau baca review orang dulu ^^


tu je lah!
banyak pulak membebelnya HAHA
k till then :)

Wednesday, September 02, 2020

laungan merdeka!

gambar merdeka kat ofis hari tu.


assalamualaikum and hi! :)

hari kebangsaan malaysia tahun ni disambut serba sederhana.
ye lah, sebab covid kan.
jadi tak ada perarakan meriah-meriah macam selalu.
cuma ada perarakan berkuda je, tak silap.

kitorang pun dok pakai baju dan tudung merdeka tahun-tahun lepas punya.
apa yang ada, kita pakai semula.
tiada pembaziran di situ.
pergi hotel ke, mana ke, pun tak de.
duduk kat rumah je atau keluar dekat-dekat je macam tu.

memang serba sederhanalah konsepnya tahun ni.


bergambar untuk kenangan merdeka di musim covid. ni pada 30 ogos.


yoshh. 30 dan 31 ogos dua hari kita pakai tudung merdeka ye.
tudung lain-lain la, bukan tudung sama tak basuh. HAHA
tapi macam tak snap gambar diri sendiri pada 31 ogos.


dengan ariana di belakang.



anaqi dengan babahnya pun ada tu ha :P


30 ogos tu, kitorang berjalan ke IOI city mall.
manusia, meriah la jugak.
SOP masih diamalkan di setiap kedai.
cuma kalau tengok kat tempat lapang tu,
orang masih bersesak tak kira dekat ke jauh.
yang tu SOP ke laut jugaklah.
escalator pun sama.
yang berjarak, jaraklah.
yang tak berjarak pun ada.
ikut suka hati kau konsepnya gitu. haha *sabar je ye* :P


anaqi dan hasil buruannya daripada dunkin donuts.



dekat cermin toilet IOI pun boleh jadi tempat penggambaran. lololx
(apa boleh buat, cermin sebesar alam)



3 beranak, sorang nak kena rotan tu sebab lurut mask ke leher. KKM tak lepas tu!



laparunnah. brunch terus. tak tau nak makan apa, pergi ke food court tingkat atas je.



kiranya masing-masing nak berlagak dengan busana merdeka la ni. HAHA



memang nak spam gambar, sebab kitorang jarang snap gambar berdua. on general occasion. haha



depan sport's direct ada dinding yang dicat cantik ni.
gambar ni disnap oleh ariana.


seterusnyaaaa.

gambar pada 31 ogos! (tak banyak pun)
gambar budak-budak AAs ni je la.

kitorang gi makan sarapan pagi kat restoran makang, cyberjaya.

so pagi tu sempat bergambar.

anaqi. amboi sangat. geram tengok budak ni, banyak akal. haha



ariana pun berbaju merdeka. muat lagi ni dari tahun lepas.



anaqi yang sebati dengan kereta cooper merah di belakang beliau. haha.
sedondon, kan!


ok tu lah cerita merdeka 2020 kitorang.

tak de la pergi KLCC tengok bunga api ke apa *eh ada ke tahun ni?*

mostly duduk rumah, tengok tv je la.

dengar cerita yang pergi bercuti dll pun, jem sakan kat jalan raya.
itu pun kira meriah jugak kan. teehee.

 k bye!! sampai jumpa lagi, insyaAllah ^^

Wednesday, August 26, 2020

hari-hari yang meriah dengan lembu

assalamualaikum and hi! :)

post ni yek yek sikit *haha* tapi nak letak jugak
sebagai bahan bukti.

alkisahnya kat kawasan perumahan kitorang ni (termasuk taman-taman kat sebelah),
ada segerombolan lembu/kerbau yang rajin lalu-lalang kat jalan raya.
lepas tu rajin juga melepaskan sisa perkumuhan diorang kat atas jalan tu.

jadi memang kotor jalan tu jadinya.
kereta-kereta yang tak perasan, akan terus lenyek je.
lepas tu najis tu akan terseret sepanjang-panjangnya.
yang perasan, mengelaklah.
tapi bahaya la pulak kan kalau ada kenderaan lain.


kesan najis dan seretan yang berlaku.


dari mana datangnya lembu/kerbau tu semua?

hm, prolly dari kampung berhampiran?
sebab belakang-belakang ni ada area kampung.
and berdepan rumah kitorang, ada padang rumput.
selalu nampak kerbau atau lembu berkubang kat paya atau makan rumput kat situ.

then diorang ni memang ada tuannya.
kenapalahhh dok bawak masuk lembu/kerbau dalam kawasan perumahan ni T_T


gambar-gambar adalah pada masa yang berbeza.


maknanya,
memang kerap lembu-lembu ni lalu lalang dan buang najisnya kat atas jalan.
sedihlah, habis kotor jalan.
harap majlis perbandaran sepang boleh ambil tindakan menasihati dan sebagainya.

tapi orang-orang kat area dengkil ni,
some of them buat suka hati je.
atau buat macam kawasan kampung.
bela ayam, lepas tu lepaskan ayam kat tengah-tengah simpang besar untuk cari makan,
hari-hari bakar sampah, ada time tu sampai ke malam bau kebakaran sampah yang menyengat (tak tau la bakar apa),
lembu berjalan-jalan sana sini..
ya Rabbi.
memang suka hati mak nenek diorang je kan. lolx


nah tuuu dia setepek depan pintu masuk taman kitorang, dekat-dekat post guard. hahah



ni ada lagi.

 

ni kalau ada lagi,
mau kita pi kedai cari signboard gambar lembu berpalang,
lepas tu gantung kat sepanjang jalan.
HAHA

Wednesday, August 19, 2020

tryout masak nasi beriyani dengan pek nasi briyani gam sharifah

assalamualaikum and hi! :)

dah berkurun masak ni, baru sempat nak upload. hohho

kita ni memang tak pernah masak nasi beriyani.
nak buat sendiri dari scratch memang tak pandai.
jadinya ada la beli pek nasi briyani gam jenama sharifah.
sebab sebelum ni pernah beli yang pek ekspress, rendam dalam air panas je tu.
yang tu sedap!
so kali ni try untuk yang dimasak sendiri.
ada beras, rempah semua.
siap dengan rempah untuk ayam kerutub.
so let's try!

hidangan yang 'dimasak' hari tu. kenapa ada tanda apostrophe? :P sebabnya tak semua dimasak sendiri! kahh. yang sup ayam tu menumpang kasih di tepi set nasi beriyani. haha



ni lah dia bahan-bahan ekpress.. one untuk nasi beriyani and ayam kerutub. the other one sebelah dia tu, acar buah zaimah ke zainab tu.. tak nampak. haha. tapi memang sedap acar buahnya. beli kat shopee.



cangg! hasil masakan my first ever nasi beriyani gam. kismis, gajus dengan bawang goreng tu tabur sendiri.



kerutub ayam menggunakan rempah yang disediakan. portion ayam tak la banyak mana, cukup 2-3 orang makan. verdict rasa? sedap!!



acar buah ni memang sangat sedap.



panaskan semula acar dalam kuali.



tak lengkap nasi beriyani kalau tak de papadom. haha. ni papadom jenama taj mahal. beli cap ni je, sebab sedap.
 


kesimpulan, rasa sedap.
nasi beriyani banyak ya amat HAHA
mungkin portion sorang makan sepinggan penuh kot.
bolehlah dibawa untuk yang merantau ke luar negara.
kalau yang setakat travel melancong,
ai suggest untuk pakai yang paket eskpress je.
yang rendam air panas tu.

sekian.

selamat membeli dan mencuba! :)

Tuesday, August 18, 2020

birthday tuah 2020

assalamualaikum and hi! :)

pending post.. macam biasa la si wani ni, macam tak tau :P

so!
happy 4th birthday to tuahhhh.

tuah ni cousin kepada AAs.
haritu kitorang ke rumah tuah untuk celebrate birthdayyyyy.

ada kek PJ masks ^^ lawaaaa.



ariana, ultraman.. eh, tuah, anaqi.



budak bertiga ni lagi :D


sebenarnya ada berkeping-keping gambar budak bertiga ni *hahaha*
tapi kita post yang dua utama ni.
kang gambar lain ada yang bergerak la, pandang tepi kiri kanan, angkat peace tutup muka dan sebagainya. lolx


upacara makan-makan.
tu apa yang tersengih-sengih depan kamera tu :D

menu best untuk hari tu:
kek, cupcakes, kwey teow goreng, mac n cheese, ayam keepci, sate, kuih raya, buah-buahan dan air laici.
sedapppp.


semua pakat-pakat tengok kek.



haa tepukkk :P



blow em candles. happiest birthday to tuah! :)



gambar berjemaah. yang di luar frame; husb & i.



isz and i. isz dan ayam KFC yang sentiasa di hati. hihi



sesi unwrap prezzies. wahh tuah dapat laptop!!


and kitorang balik dengan kenyang & senang (hati). hahaha

and againnn

happy birthday, tuah!

semoga diberkati usia, dimurahkan rezeki,
berjaya dunia akhirat. and stay handsome! sampai oldies and pencen aight! haha

toodles!


Monday, August 17, 2020

resipi tauhu begedil super sedap



assalamualaikum and hi! :)

hari ni sy nak share pula resipi tauhu begedil yang telah diolah sendiri daripada resipi kat youtube.
sy dapati rasa tauhu begedil ini super sedap dan menepati selera, terutamanya bahagian isi kentang yang sangat sedap, juga salutan luar tauhu yang crispy.

since tauhu begedil masuk dalam hidup sy *haha* sejak makanan ni viral,
sy mula menyukai rasanya dan selalu membeli tauhu begedil sama ada di jualan-jualan flea market, pasar, mahupun yang ditempah daripada orang.
setiap version yang sy makan adalah berbeza.
ada yang sedap, ada yang mehh *jujur ni haha. tapi lain orang lain selera kot*
yang sedapnya tauhu begedil ni adalah pada isi kentangnya.
dia jadi sedap tu kalau isi kentangnya rich dengan rasa yang balance dan awesome.
yang isinya sesedap begedil soto yang sedap. lolx!
yang 'mehh' sy pernah makan, macam isi yang kosong rasa kentang semata, isi yang terlalu manis dan isi yang tertumpah lada hitam (rasa lada hitam melebihi segalanya lolx).

kos penyediaan tauhu begedil ni tak mahal.
jadi sy harap peniaga tauhu begedil mengekalkan richness bahan-bahan dalam isi kentangnya dan jangan kedekut bahan tau! haha *sambil tu buat juga muka serius*

antara tauhu begedil yang sedap sy pernah makan :
1. di jualan KPLB/dataran gemilang, putrajaya (hari khamis/jumaat) - akak pakai purdah. akak ni memang pemurah. tauhu begedil 8 ketul, dia jual RM5 je. patutlah selalu laku. sambal kicap jenis pedas-pedas.
2. di pasar tani putrajaya - kedai jual sup. baru-baru ni juga menjual begedil. ni musim PKP ni tak de la ye. yang ni pun sedap secukup rasa. sambal kicap diaaa sy terlupa rasanya haha. ampunnn.
3. tauhu anora - yang ini, powernya terletak pada kuah kicapnya (tak pedas, tapi sedapppp). isinya ok la, kentang bersama veggies. cuma sy ni sejenis yang prefer isi macam begedil. but no worries. tauhu anora tetap sedap as it is.

tu je yang sedap. kalau korang jumpa lagi mana-mana tauhu begedil yang sedap, boleh inform kat sy.. a.s.a.p! hihi


and no. 4 tauhu begedil sedap pernah dimakan, adalah yang dibuat sendiri.
nothing beats homecooked meal, right?
ni bukan masuk bakul ye.
kalau betul resipi tu sedap, sy akan cakap sedap.
kalau tak sedap, sy mengaku je tak sedap. ok :D

bawah ni adalah resipi untuk tauhu begedilnya sahaja.
resipi kuah kicap, sy tengah nak try kuah kicap macam tauhu anora (belum buat lagi).
kalau dah buat dan jadi, insyaAllah sy akan edit post ni dan letak resipi kuah kicapnya pulak.
ok. let's start!



bahan-bahan tauhu begedil :
  • 20 biji tauhu kering (saiz kecil) - potong X di bahagaian atas, keluarkan isi
  • 3 biji kentang - buang kulit, potong kecil, rebus isi bersama sedikit garam
  • setengah biji bawang holland - potong dadu
  • 200 gram ayam cincang (dalam segenggam tangan)
  • 1 batang cili merah - buang biji, potong dadu/cincang
  • 1/2 pokok daun sup
  • 1/2 pokok daun bawang
  • bawang goreng
  • sedikit madu (nak pakai gula pun boleh)
  • garam
  • lada sulah
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • minyak masak

cara penyediaan tauhu begedil :
  1. tumis bawang holland di dalam kuali (minyak secukupnya untuk tumis, dalam sesenduk).
  2. selepas bawang masak keperangan, masukkan ayam cincang. kacau sehingga masak.
  3. masukkan cili merah.
  4. perasakan dengan madu, garam dan lada sulah. lada sulah jangan banyak sangat dan jangan overpower rasa.
  5. dalam mangkuk berasingan, lenyekkan kentang yang sudah empuk dan masih panas.
  6. dalam mangkuk, masukkan tumisan ayam cincang tadi, isi tauhu (sy masukkan sebahagian saja sebab nak lebihkan kentang), daun sup, daun bawang dan bawang goreng. gaul rata dengan sudu atau sudip.
  7. perasakan dengan garam dan lada sulah.
  8. kepal-kepalkan adunan begedil dan sumbat ke dalam tauhu yang telah dibuang isi.
  9. pukul telur bersama tepung jagung, sedikit garam dan lada sulah.
  10. celup tauhu begedil dalam adunan telur dan goreng dalam minyak panas. terbalikkan dan masak sekata.
  11. angkat tauhu begedil setelah salutan luar berwarna keperangan dan crispy.



sos kicap ala tauhu anora. not 100% same, but almost there. still experimenting.

bahan-bahan sos:
2 ulas bawang putih
sedikit halia (super thin slice, stgh ke 1 inch lebar mcm tu)
3 sudu cili kering kisar (around 10 tangkai)
1/2 sb sos tomato
2 sb sos cili
1/2 sb pes asam jawa yg dilarutkan dlm suku cawan air
stgh keping gula kabung (yg nipis tu)
air (yg ni agak2 ikut kepekatan)
2 sb sos tiram
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat cap gajah
1 sb tepung jagung dilarutkan dlm sedikit air
beberapa titik minyak bijan
bijan yg disangai utk hiasan on top

cara penyediaan sos kicap ala tauhu anora :

tumis bawang putih dan halia yg diblend atau ditumbuk (kalau ada minyak lebihan goreng isi ayam tadi, gunakan yang tu).
masukkan cili kisar. kacau dan tunggu sampai masak.
masukkan sos tomato & sos cili.
masukkan air asam jawa.
masukkan gula kabung.
masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat. kacau rata.
masukkan air ikut kepekatan yg kita prefer.
let it boil kejap.
masukkan air tepung jagung utk kepekatan.
dekat-dekat nak tutup api tu, masukkan beberapa titik minyak bijan. kacau sikit dan tutup api.
hidangkan dan tabur bijan di atas sos.


selamat mencuba!

Wednesday, August 12, 2020

pusat kitar semula putrajaya

assalamualaikum and hi! :)

kepada korang-korang yang tinggal di sekitar putrajaya dan mencari pusat kitar semula..
untuk mengitarsemulakan (ada ke word ni??) barang-barang terpakai,
bolehlah ke pusat kitar semula di presint 9, putrajaya.

sepanjang recycling journey sy,
di sinilah tempat sy melupuskan minyak masak, plastik dan kertas.
baju, buku dll pun boleh jugak kalau nak hantar.

pusat kitar semula yang terletak di area flat hijau, presint 9 (kini tida hijau lagi :P)


musim-musim MCO ni,
bila sy sampai-sampai je, penimbang dah menunggu di luar. haha

biasanya sy akan kumpul 4 botol sekali, then baru hantar untuk dijual dan dikitar semula.


bagus jual minyak masak terpakai ni.
satu botol boleh dapat dalam RM5.
sekali jual dapat RM20, bolehlah buat beli minyak masak baharu.. jyeahh.
(tapi biasanya sy menabung je duit kitar semula ni)
yang penting dapat jaga alam sekitar dan jaga sistem perparitan daripada tercemar.


yang dalam plastik hitam tu.. 'koleksi' plastik sy HAHA


biasanya lepas korang beli barang yang dibalut plastik,
korang akan buang terus dalam tong sampah biasa, atau asingkan?

mengejutkan, sebab plastik yang kita pakai setiap hari ni SANGAT BANYAK sebenarnya.
kitorang mempunyai satu drawer khusus kat dapur,
untuk barang-barang kitar semula macam plastik, tutup botol, bateri.
next time insyaAllah kita akan share.
plastik bersih dan kering daripada belian barang-barang, kita simpan semula untuk dipakai.
manakala plastik pembalut macam yang balut vitagen lah, milo kotak lah,
plastik cover barang mainan dan macam-macam lagi,
sy kumpulkan untuk kitar semula.
memanglah masa mengumpul tu, rumah akan jadi penuh.
nasib baik la ada stor tempat simpan.. haha.
tapi worth it la, sebab dapat recycle balik.
jangan buang sesaja, tau. kesian kat bumi ni.

btw harga plastik tak la mahal mana,
satu plastik XL besar tu bolehlah dapat dalam seringgit lebih. haha




ni harga-harganya jualan bahan-bahan kitar semula. jangan risau kalau tak nampak, nanti sy listkan kat bawah ni.


harga penjualan bahan-bahan kitar semula

e-waste (harga per unit) :
CPU (desktop) = RM5
monitor = RM4.50
notebook = RM3.50
server = RM15
printer = RM3
scanner = RM1
fax = RM1
televisyen = RM4
peti sejuk = RM4.50
microwave = RM3
vacuum = RM1.50

yang ni nampak, kan? tak yah listkan balik. hihi


tin aluminium mahal ok.. RM2.50.
yang selalu minum air tin tu, bolehlah kumpul-kumpul.


biasanya hasil jualan yang sy dapat, RM20+ setiap kali datang ke pusat kitar semula. alhamdulillah.



simpan buat kenangan.
 

jadi kepada yang dah kumpul-kumpul and nak pergi ke pusat kitar semula presint 9 ni,
bolehlah google map atau wazekan aje.
insyaAllah sampai nanti.

kalau direction jalan pulak,
dari area pasar myfarm, straighttttt je ke depan
sampai nampak rumah flat cat kelabu di kiri,
masuk simpang kiri and ikutlah laluan tu sampai nampak pusat kitar semula di kanan anda :)
boleh parking kat dalam.
tengah hari jumaat diorang tutup solat jumaat je.
(sebab pernah pergi time tu, tetapi kuciwa. haha)
sabtu ahad bukak je.

ok till then and semoga bermanfaat!