assalamualaikum and hey! :)
rasanya durian ni satu group color je, shade yang lain-lain.. HAHAH
tapi sajalah tajuk blog kali ni nak menggambarkan warna-warni a.k.a kemeriahan musim durian tu sendiri.
ye sekarang ni tengah musim durian 2024.
macam menggila kami beli and makan durian. hahah
mana yang sempat tangkap gambar tu, sempatlah.
nak kena diabadikan jugak memori ni dalam blog, sebab musim durian bukan selalu.
dia start awal bulan jun haritu.. tapi belum meriah lagi.
pertengahan jun dah mula nampak kedai-kedai durian di sana sini.. which is heaven!!
durian black thorn (duri hitam) pertamaku! |
hahaa musim durian ni la nak merasa black thorn.
sebab harga dia tak semahal harga di luar musim.
boleh dapat RM50 sekilo. kalau tidak RM80 ke atas sekilo bak ang.
sy beli BT daripada delivery ezydurian.
sebenarnya sebelum ni ada issue durian isi tak cantik jugak bila order pek dengan ezy ni.
dah isi form bagai, tapi tak dapat refund pun. gambar bukti semua ada siap. so yang tu biarkan berlalu.
kita anggap kali ni harapnya isi durian ok la.
so awal jun haritu, try beli BT andd durian kampung kahwin.
BT was ok, kampung kahwin tu dia campur-campur.
Γ½ang sy kesalkan, isi durian lembik masam dah menjurus nak jadi tempoyak pun dia campur sekali dalam tu ππ
kite ni peminat durian tau, kalau dah repeat offense, memang pangkah dah la lepas ni. cari penjual lain je la. peniaga sah-sah dah tau durian tu dah lamaaa, dah kuning kulit agaknya, still nak masukkan dalam bekas kan. mentang-mentang kita order delivery dan tak boleh pilih.
durian kampung kahwin ezydurian. walaupun ada yang cakap ezydurian ok, for me ada ok, ada tak ok. may be kalau beli musang king, ok kot. for kampung kahwin, nope. |
jadi apa verdict sy selepas makan BT?
creamy, pahit-pahitan sikit, pekat, geng-geng musang king la pekat.
MK memang la sedap, tapi sy bukan fan MK. hahaha
so BT ni pun pada sy rasa premium pekat-pekat creamy, tapi buat makan sesekali boleh la.
bukan saja sebab harga, tapi terlalu dense untuk tekak sy.
tekak orang may be lain2.. hahah
kalau nak creamy, sy lagi prefer IOI atau udang merah.
batu kurau's also my fave.
di saat durian masih belum berlonggok di pasaran,
sy beli yang delivery lagi.
disebabkan sy dah pangkah ezydurian, sy cari lain.
sy terjumpa durian batu kurau dalam bekas. delivery dari sierra 16 ke putrajaya.
kos delivery sy tong-tong dengan peminat-peminat durian kat ofis.
ambik time-time nak balik, bawak masuk kereta. makan kat rumah. hahah
time tu, sebekas RM60. sy jual RM65 kat ofis untuk cover kos delivery. bolehlah buat lepas rindu kat durian batu kurau. |
nama kedai paimy durian. nombor telefon sy letak kat bawah ye. |
paimy durian.
dulu kedai kat sierra 16, sekarang dah pindah kat tapak bazar ramadan presint 11, putrajaya.
011-11959470.
for me durian batu kurau dia sedap.
cuma dalam bekas tu bercampur yang kedut padat and kedut lembik sikit.
tapi tak de la sampai masam macam ezydurian tu. HAHAH tak boleh move on lagi sis dengan durian isi masam tu π
barulahhh kedai durian batu kurau favourite sy memunculkan diri di shah alam.
port?
depan restoran taqwa, seksyen 19, shah alam.
sini je la port durian batu kurau tersedap di malaysia. HAHA
sila beli kat sini.
zaman dulu, beli RM10 sekilo.
la ni dah naik RM17, kadang RM18 sekilo.
batu kurau dah ada peminat tersendiri ya. sy la salah sorangnya π
jenis2 durian kampung, tapi sedapnya ya amatttt. creamy, ada manis, ada pahit. mostly pahit manis. nampak tu kedut and kilat at the same time. kualiti dia marvellous! durian batu kurau. |
durian batu kurau lagi. ish tengok gambar ni, macam nak beli lagi. HAHAHA |
selingan jap gambar yuki topokki. iklan. asyik gambar durian je, takut korang pening-pening lalat π |
yuki dah umur 3 tahun. beso dah dia. nanti la kita buat entry khas untuk yuki je. kikiki π» |
bila masuk hujung bulan jun, kemudian ke bulan julai,
makin rancak jualan durian.
makin banyak kedai-kedai durian di tepi jalan.
sy ni penduduk dengkil.
so sepanjang deretan tepi jalan, area kubur cina tu sure ramai nampak kedai/gerai durian kan.
tinggal pilih je.
tapi ada one time tu masa balik kampung MIL kat banting,
on the way tu depan-depan pusat serenti/AADK ada jual durian.
nama kedai tu shania. boleh check kat FB, shania durian II tak silap namanya.
kedai ni sebelum durian boundry.
durian boundry tu ramai sangat orang. queue panjang.
shania ni ok, durian johor yang sedap dan harga ok sangat-sangat.
durian shania. banyak jual durian udang merah, IOI dan musang king. pagi-pagi weekend pun dah jual jam 10. |
saja la nak bergambar. hahaha. durian shania. |
biasa beli yang ni. pilih sendiri. |
masih di durian shania. nampak tu durian dia fresh ye. kalau durian gred A, harga standard RM25 per kilo untuk IOI. musang king dia jual sebakul RM100. |
baby duriann. |
ada air sirap free. sedapp. bubur durian free pun ada kot, lupa dah. |
hasil π |
ye kitorang beli sikit-sikit tapi kerap.
makan tu memang tak sekali banyak.
ambik pengajaran la bila makan durian supaya tak bloating, tak lemau, panas overheat dan sebagainya.
tahun ni sy belajar cara makan durian yang betul supaya tak berlaku kejadian macam tu.
tips dia is makan nasi dulu supaya perut tak kosong.
then makan durian beberapa ulas, jangan terlalu banyak.
then nanti sambung lagi.
diakhiri dengan air kelapa.
alhamdulillah tak de angin teruk, tak de overheat badan.
atau mungkin durian dia sangat fresh, maka kurang gasnya? wallahu a'lam.
apapun musim durian tahun ni kita paling enjoy.
sekali lagi dengan batu kurau :) |
dann akhirnya kitorang ada jugak beli kat area depan kubur cina dengkil.
no wonder kedai ni ramai singgah berbanding kedai lain.
number 1 pekedai papar harga.
number 2 dia sangat mementingkan kualiti, dia bukak depan-depan.
dia cakap kalau mengkal, terus tukar.
sebab jual durian D24 dan seperti sedia maklum, D24 ni banyak isu mengkal.
so dia advice kalau beli, memang kena bukak satu-satu.
disebabkan kitorang datang dah rembang petang, tokei nak balik,
dia bagi harga rendah RM20 sekilo untuk D24 (harga asal 25) dan RM25 sekilo untuk musang king (harga asal 30). alhamdulillah. dapatlah merasa D24 dan MK pulakk. kihkih.
MK xde gambar, sebab beli kecik je buat rasa. sebab kita bukan peminat MK.
next time la snap kalau berkesempatan beli.
durian D24 kedai durian depan kubur cina, dengkil. first kedai ada abang ni jual. creamy, pepahit manis sikit, sedap. |
cuma durian balik pulau je la yang sy tak sempat merasa.
niat di hati tahun ni nak ke penang makan durian balik pulau.
tapi plan kita postponed la tahun depan hahaha
husb i ols bz nak g jauh-jauh ni. banyak event sekarang.
insyaAllah kalau ada rezeki, nanti kita makan. haha
sekian kisah durian kita musim ini.
dengarnya akan bersambung bulan ogos sampai september pulak.
selagi ada, kita beli dan makan.
tapi ingatlah, makan tu biar berpada. ok! ;)
No comments:
Post a Comment