Assalamualaikum and hi! :)
Kembali lagi kita di blog ni,
Selepas hampir 4 bulan berlalu.. yah haha.
Kali ni sy nak mereport tentang birthday hubster,
tak lain tak bukan, Mr. Isz.
So memandangkan kami masing-masing tak berapa nak muda,
celebration kita pun yang simple-simple je, janji best.
Nampak ha, kek pun atas bekas keropok kita letak ๐ Function ye bekas keropok ni. (Lukisan kat belakang tu Ariana yang lukis) |
Tema kek kali ni ialah langit nan biru di malam hari.. aicewah. Bawah tu ombak-ombak di lautan (alam semulajadi sangat). |
Keknya sy book kat baker yang biasa buat..
This time choc moist cake. Bento je.. saiz kecik.
Tu pun kitorg berempat makan, tak habis ye.
Adalah kek birthday dah terlalu overrated zaman ni?
Mungkin sy kena gantikan dengan pizza lepas ni :P
Malam tu kita pi makan-makan kat Restoran Malee belah-belah Segi, Tealive Dengkil.
Sebab makan situ sedap je kan,
and dekat je dengan rumah. So let's.
Hidangan selebrasi hari lahir yang affordable dan sedap ^^ Birthday boylah belanja. hahaa |
Gambar bukti kehadiran ๐ |
Alhamdulillah. |
Didoakan Isz sihat sejahtera, happy dengan kitorang (hahah), happy dengan life, success and berbahagia dunia akhirat. HAPPY BIRTHDAY!! ๐
No comments:
Post a Comment