assalamualaikum and selamat hari raya aidilfitri!
mohon kemaafan jika ada sebarang keterlanjuran dan kekhilafan daripada tuan empunya blog, wani ezryl 🙏
raya 2024 adalah raya express dan raya jem! HAHA
you all would agree with me, kan? ;)
kali ni kita sempat la buat 2 posters raya, 2 videos raya. bangga jap sebab sempat buat bahahaa 😂
*insert lagu raya lofi* -insert sendiri :P |
tahun ni first raya and ahead tu sengsara la sikit sebab dilanda ceri-beri, demam and berlanjutan sakit perut on off.
dah le pergi beraya ke hulu ke hilir.
makan tetap makan walaupun perut sakit ya amat. HAHA
telan la panadol actifast dengan pil chi ke te aun. syahduuu.
sempat masak kuah kacang sebelum hari raya. time masak ni belum sakit perut lagi. hihi |
daging masak merah, my raya food sketch untuk tahun ni. |
rendang ayam kampung wajibulghunnah. 2 ekor je ai masak. tak banyak macam orang len masak 200 ekor. kihkih |
tahun ni, kita beraya kat banting kampung husband, u ols.
bersyukur sangat ada husband yang tolerable, ada penggiliran every year kita.
and every year akan balik dua-dua sides insyaAllah.
ni ha menu di atas meja di banting, selangor. menu pagi raya adalah nasi lemak sambal sotong kembang dan daging dendeng/masak hitam dimasak oleh birasku, ina. |
kitorang bawak lemang periuk kera, ketupat palas, ketupat nasi dan kuah kacang.
daging masak merah boleh pulak tertinggal kat rumah hoiii. HAHA
nasib baik la rumah dekat, so later on kita singgah je rumah ambik daging tu 😋
meriah jugak menu. despite of orang side sini biasa keluar beraya kat rumah sedara, makan pun kat rumah sedara. |
sy goreng ketupat palas, sebab sedap and crispy dikk. |
theme baju biru-kelabu tahun ni. tahun lepas, kelabu-biru. hahahaa. ada beza tak?? :P sila check gambar raya tahun lepas camne.. hahaa. these are ariana and anaqi. |
mi amor on eid. lolx asalnya bukan nak warna biru, tapi sebab tak jumpa baju kaler yang kita nak tu HAHA next year boleh try lagi lah. |
this year, i donned a simple embraided shawl from shopee.. RM25 aje gaes.
beli pun last minute. sebbaik ada lagi.
earrings tu gantung kat shawl je, bukan kat telinga. aurat jaga weh walaupun raya. hihuu 😋
earrings from lovisa, tapi dapat harga mur harga sale RM15 je. kalau tak, harga RM30 ke atas jugak ni.
make up simple-simple je yang sedia ada. maleh den nak beli-beli baru.
so!
kitorang pun pergilah beraya sana sini.
dengan ai tengah sakit perut tu kan. namun berjaya menyembunyikannya 😂
with MIL 💕 husb, SIL kat kanan tu. |
rombongan kami ramai ye. family husb ai 5 beradik, now semua dah kahwin. and yang kahwin ada anak-anak lagi (kecuali pengantin baharu). so kira je la berapa ramai ni. hahaha |
memasing beratur untuk salam and dapat duit raya from nek sar. setiap rumah pun gini beraturnya. |
lepas tu kitorang memang plan nak beraya kat shah alam (rumah mama ku).
tetiba MIL cakap nak join jugak gi beraya. ayuh lah kita!
so lepas big fam beraya and gerak dulu, kitorang lepak shah alam lama sikit.
with mama 💕 baju raya sesama beli kat jakel. |
baju jakel ni ada insiden ye, terkoyak kat belah lipatan payung dia kat belakang.
besar pulak tu koyaknya. kena pin.
tak tau la time tu ai berlari ke lompat bintang ke. tapi koyak la.
sebbaik pakai seluar panjang ye kat belah dalam.
pakai seluar panjang tu pun sebab jakel ni buat kain lipat payung tak de lining.
gatal weh kaki kena tajam2 lipatan tu.. apoo.
kualiti out sikit la, harga mahei. adui.
jahitan tak kemas ye, even macam tali untuk gantung hanger kat kain bahagian dalam tu pun pelik.
biasa kan orang gantung tali kain kat hanger tu.. tali dia kiri kanan pinggang.
ni tak. tali sebelah kanan, sebelah lagi belah tengah. dah camne nak gantung hanger??
out memang out.
jangan tanya nape beli, time beli tak perasan pun.
design je la ai puji A+
tu kalau tetiba nampak kaki gemuk, sebab ada seluar panjang kat dalam. ko layankan je la. beauty is pain 😆 btw ni sy & hubster. |
ni naim haikal. tengah main playdoh. peluh tu ha, cuaca panas di luar. |
gambar formal raya dengan ibunda.. hajah zakiah. |
gambar dengan adik ai, harith and SIL, durra. faliq je la tak de sebab awal pagi raya dah gerak balik johor, kampung SIL, ain. |
lepas tu kitorang singgah bergambar official raya outdoor.
since cousin AAs si aulya ikut tumpang kereta,
kitorang angkut la dia sekali.
dengan dia2 kena bergambar, dengan dia2 kena jadi photographer jugak.
directornya tetap ai. HAHA
lepas tu bagi dak2 ni upah ais krim kat 7e.
gambar dengan tripod. si aulya tolong tekankan. ni kat taman empangan, putrajaya. habis fikir nak bergambar kat mana dah. berkicap dah time ni. |
aulya, anaqi, ariana. |
comey kan dak2 ni. ahax |
background jambatan. putrajaya ni banyak spot2 cantik. tinggal ko kena rajin explore je. |
gambar husb wife satuuu. |
gambar tangga satuuu. kat sini jugak buat penggambaran video raya kitorang. tengok kat IG and tiktok je ye. hahaa |
raya at the park. |
jambatan ni pun lawaa. ala london bridge, orang kata. |
nantikan kami dalam sinetron raya, episod 873. bertajuk kukunci cintamu di dalam kuali rendangku. |
next day!! gerak beraya lagi. kali ni rumah sedara mara sekeliling rumah MIL dan yang jauh2 sikit. |
tudung tetap baby blue ye. tapi ni tudung lain. simmer2 sikit. lolx |
*entah apa la trend simmer2 ni. ai main sebut je*
ehh ngam pulak tudung biru dengan baju lime green, walaupun ingatkan odd.
beg tangan comey drp coach. memang saja pilih design simple gitu. sy malas nak serabut2 design ni.
raya kedua dimulakan dengan breakfast kat rumah cik wok. cik wok masak memang sedappp. ai tengah layan sakit perut pun masih selera makan nasi goreng acik. haha |
rumah cik jun. kitorang datang je dah macam open house jadinya HAHA |
gambar ni ada unsur2 komersial. so sy letak sini. hihi |
ni gambar tengah beratur lagi ambik duit raya. rumah cik ina. |
sedara-mara belah husb ni macam ramai,
so ada jugak la rumah2 tak pergi lagi, macam belah2 nogori sano.
tengoklah nanti kalau pergi beraya lagi.
yang mana2 rumah family atau sahabat kami tak sempat singgah,
jangan kecik ati naa. rumahnya banyak sangat. pergi mana yang termampu je.
ni pun nak applause diri sendiri tengah sakit perut masih gigih beraya. hahaha
esoknya raya ketiga.
dari rumah sendiri kat dengkil, kitorang bertolak untuk raya pendek di terengganu.
nak raya panjang camne, cuti sekolah pun pendek je.
KPM sila kaji balik.
sebabkan cuti sekolah pendek ni, jadi jem teruk lebuhraya. *serious face*
pemandangan berkabus yang cantik di area selepas tol gombak. |
cik lek, pakcik yang tinggal dengan tok yam kat kampung. selain cik lek, ada cik mah dan cik long juga. cik mah cik long ada rumah kat KL, tapi biasanya kat kampung ni la jaga tok yam dengan cik lek. |
gambar cute sesama tido kat beranda. luar ni sejuk. skang kan musim panas. memang perpeluhan berganda lah. dok luar nyamannn. |
karipap inti ikan. sedappp. cik mah goreng. |
esoknya raya keempat, kitorang gerak ke kuala terengganu.
saja la nak beraya sambil jalan-jalan.
open house di rumah md duan. dulu kerja sekali dengan husb dan sy kat terengganu. terima kasih, md duan atas jemputan. |
reunion kita kejap dengan dak2 PPNT. lama tak jumpa diorang. |
ni my mom kat rumah mok jah (kat seberang takir). |
malam tu ada hidangan ikan patin masak tempoyak oleh cik mah. ada jugak daging masak halia. ikan selayang goreng. yums. |
esoknya sy bangun pepagi masak nasi goreng ikan for sahur. sekali la puasa syawal dan puasa ganti. time ni (ahad) baru hari kedua start puasa. |
hari raya kelima, yakni hari ahad, kitorang pun pulanglah kembali ke dengkil.
gerak awal pagi dah.. pukul 7.
tapi tetap jem 10, 11 jam ye HAHAHAA tak tau la nak ketawa ke nak menangis.
tapi macam ni la bila balik serentak.
banyak gile kan kereta! |
sampai KL, singgah kedai ayam penyet surabaya. sedap niii lama tak pi sini. |
disebabkan puasa, sy tapau nasi ayam penyet untuk berbuka di rumah.
husb & AAs yang makan kat situ.
solat pun tumpang surau area2 perumahan situ.
surau al-kautsar nama dia.. cozy je and nyaman ada aircond.
tapi lepas tu hujan lebat selebat2nya. haha.
we're drenching in rain.
sy sebenarnya prefer surau macam ni daripada RNR.
RNR semua nak kena queue. kurang selesa la.
so balik dari solat jamak, singgah beli lemang pulak.
lemang pak ajai. sedap la jugak. harga je la mahal.
sekarang ni semua mahalll. 20+ harga lemang. manade belas2. hihi
then dekat maghrib tu, kitorang sampai rumah in dengkil.
home sweet home.
itulah kisah raya kitorang.
penat, tapi best.
selamat hari raya, korang!
maaf zahir dan batin :)
No comments:
Post a Comment