Monday, April 22, 2024

awin's wedding

assalamualaikum and hi! :)

ikutkan hati ni banyak benda nak update kat blog ni.
pelbagai events di sana sini.
tapi kita dahulukan mana yang sempat haha.

btw sy dah tukar saiz gambar jadi besar sikit.
kalau tak, nampak gambar macam pecah-pecah kan.
ni ha dah besarkan sikit 😁 amacam, ok tak?



haa kalau nampak gambar hantaran ni, tau kan majlis apa hihhii


20 april 2024, sabtu baru ni.

kitorang sefamili hadir ke majlis akad nikah dan kenduri kahwin awin & pasangan hatinya, rafid lokman.
bertempat dekat aje.. di masjid ubudiyah kejiranan kami.
masjid yang sama tempat ai nikah dulu-dulu. hihi. tetiba nak mengimbau pulak kan 😋

awin dan azreen adalah childhood neighboor kami.
sis and bro kami.
lain mak lain pak, tapi macam adik-beradik gitu laa.
la ni depa tinggal dua, paknya ada lagi. cuma mama mereka aunty safura dah kembali ke rahmatullah tak lama dulu. (al-Fatihah)

so azreen dah cakap sesiap,
pakai baju kaler pink.
baju pink tu tema untuk family side.
truly honored to be there as a family :)


tengah get ready nak akad nikah.


time ni pengantin lelaki tengah demam campak rupanyaa.
semoga cepat sembuh!
(yang pakai tanjak tu azreen)

skang ni masjid ubudiyah dah ada backgroud panel ye untuk majlis akad.
canggih dah skang. hihi


awin and bridesmaid. cousin dia kot kan.
mama kata time ni awin nampak macam rupa mama dia 100%.
mama teringat kat aunty le tu. moga dalam rahmat Allah selalu.



anaqi, tuah, ariana. budak-budak memang tak menghayati majlis-majlis ni. haha



durra.



ain & faliq.



wani & isz.


memang senang keje je kan buat caption nama je. hahaa

kite memang suka snap gambar orang, biar senang nak refer esok-esok.


harith.



nazrin. sorang lain childhood friend budak-budak ni.


alhamdulillah, awin selamat diijabkabul oleh ayahnya dengan sekali lafaz.

lepas tu, kitorang makan-makan kat dalam masjid tu jugak.
ada ayam masak merah, daging masak hitam, acar betik and etc.
air sirap sangat la sedap!


haa sempat pun bergambar dengan awin!



mama pun bergambar dengan awin.





hantaran.



anak-anakku dan cousin mereka seronok tengok gubahan duit.
materialistik! HAHA



family photo! :)



naim haikal tak de sebab dia 'melarikan diri' :P






doa sy untuk pasangan pengantin; till jannah ye, insyaAllah.


ariana and his baju raya. warna super soft pink.
kain brocade satin sebenarnya ni. beli kat jasmina.
ingat haritu nak beli sekali yang dewasa punya untuk diri sendiri, but so ketat! kebaya kan. so no thanks la though the design looks really nice.



dak-dak tak duduk diam 😂



ni naim haikal. suka lari-lari. susah nak snap gambar still dia. hahaha

 

oklah till then! :)

No comments: