sepinggan bakwan jagung yang crunchy di luar, lembut di dalam. |
RESIPI BAKWAN JAGUNG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 tongkol jagung manis
10 sudu besar tepung gandum (boleh tambah)
5 sudu besar tepung beras
daun bawang (hiris)
daun sup (hiris)
1 biji cili besar (potong kecil)
2 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 sudu teh garam (nanti rasa2 jugak)
serbuk perasa (sy guna kiub ayam)
1/2 atau 1 sudu teh gula (sy xpakai)
serbuk lada sulah/hitam
1 cawan air
minyak untuk menggoreng
CARA-CARA:
1. masukkan semua bahan-bahan bakwan ke dalam mangkuk.
2. masukkan air dan kacau sebati. adunan tak boleh terlalu pekat. boleh tambah air sikit kalau pekat.
3. goreng dalam minyak panas. balikkan selepas sebelah dah garing.
4. sedia untuk dihidang.
sumber: https://youtu.be/LM1VwEeoGD4 (boleh tengok video cara-cara memasak kat link ni)
tadaa! ni la hasilnya. alhamdulillah. |
memang crunch dia tu.. fiuu~ |
makmur dengan chunk jagung. hihi |
time masak ni, sy ada tambah kobis sikit. kobis pun sedap. jadi bakwan sayur la pulaknya. haahaa |
No comments:
Post a Comment