Friday, June 17, 2022

ke pesta buku antarabangsa KL, PWTC

assalamualaikum and hi! :)

baru-baru ni sepanjang minggu cuti sekolah,
pesta buku antarabangsa KL (PBAKL) dianjurkan kembali secara fizikal.
yoshh lepas 2 tahun pesta buku tak de, sy expect pesta buku yang meriah dan ramaaaii pengunjung.

bet it was.

sy join lawatan ofis ke PBAKL pada 10 jun 2022 (jumaat).
manalah tak sayang ofis ni ha, macam-macam ada. lolx



dekat salah satu photo booth.
cumanya tahun ni tak de free printed photos and merchs pun tak de. *doink!*



kredit kepada amy yang tolong snap gambar.



kat area booth karangkraf di level 3.


kalau nak jumpa ramai penulis,
kena pergi on weekend.
tapi jumaat tu pun ada ramai penulis dan celebs jugak.
ada yang kukenal, ada yang tidak.

antara yang ada hari tu dan sy nampak macam ustazah asma harun, hilal asyraf, izzue islam dan ippo hafiz.

lepas sy balik drp pesta buku ni, baru tau isu.. ada few publishers yang tak yakin nak mempamer di PBAKL kali ni. takut dah tak de orang, tak de peminat buku. semua digital kan sekarang.

silap besar ye.
sebab pengunjung datang tak putus-putus, alhamdulillah,
jalan berlaga bahu siap. betapa ramainya. tu baru hari jumaat.
weekend sy tak pasti la camne keramaiannya.


sy tak snap banyak pun, sebab dok sibuk booths hopping.
tu pun macam tak sempat je nak explore semua.



ada banyak tempat duduk kalau korang dah penat.
tengah2 duduk boleh pulak ada ejen jual insurans datang. adui nak rehat pun tara senang :P




tak beli banyak, tapi beli yang berbaloi.
almaklum la kita ni tak banyak peruntukan. beli ikut mampu je.



jumpa pulak buku dirgahayu helmi effendy ni.
sebelum ni beli e-book dia je. tak sangka jumpa yang printed.



kesimpulannya ai tried to explore semua floor, i did.
tapi macam tak 'dan' nak membelek semua buku. tak satisfy hahaha.
sebab ikut rombongan kan, pukul 2.30 petang dah kena naik bas.
nak kena tunggu surau PWTC lagi sebab orang pakai untuk solat jumaat. so terkejar.
mana yang sempat je la.

next time kena pergi sendiri jugak.
baru puas hati.
biasanya kalau sy pergi mana2 pesta buku, kena dari pagi sampai petang berkampung, at least. haha

meriah, but ada yang sy cari tak jumpa. cari online je la atau ke kedai buku lepas ni.
tapi for sure harga tak sama.

apapun, i did enjoy my time
dan harapnya berkesempatan lagi untuk join tahun depan, Allah's will.

tatah!

No comments: