Tuesday, June 14, 2022

ariana's 9th birthday

assalamualaikum and hi! :)

dah 10 hari baru sempat nak upload.
macam biasa la.. huahahaha.

ini cerita birthday ariana, 4 jun haritu (sabtu).
tu pun tak habis cerita kat sini.
ini cerita pasal kek birthday je :P

nah, ni la keknya. beli harga MYR35.


vatt? RM35 aje?
ye, sebab keknya saiz mini je hui. 4 inci je.
tu pun makan tak habis.
udah kubilang, acik wani tak makan kek sangat, orang kat rumah pun sama.
semua ala2 icip2 rasa2 je.
selebihnya kek ni untuk memeriahkan suasana *kang ariana tanya pulak mana kek. lolx*


demi penjimatan abadi, toppers semua buat sendiri. haha
ada satu tu beli kat mr DIY, harga 2 ringgit kot macam tu.



close up.


kartun apakah yang dicucuk2 di atas kek tu?
yee itu adalah lanky box.
entah le budak2 ni suka beno.
macam2 la karakter2 yang ai pun tak tahu nak sebut.
toppers tu ekonomikal sangat. just search, print dan tape pada lidi sate. siap!


nevertheless, budak ni suka je dapat kek. haha



baju birthday. cantik kan! pastel, rainbow-ish, glittery. so ariana.


gaun tutu skirt warna warni macam ni,
kalau cari kat aeon mall, ada yang cecah sampai RM300 ye. yang branded punya.. untuk majlis2 macam wedding kot *ala flower girl*
murah2, dapat RM100++ (satu tona warna).
kalau pasar malam, satu tona warna dah RM40++. *nampak, acik wani buat market research. haha*
tapi gaun ariana ni, harga dia RM30+ sahaja.
puas hati beli. dah le cantik, tak mahal. 10 kali ganda kot harga.


kita2 je. sama2 nyanyi lagu birthday, then potong kek.
simple celebration.


makanan special2 pun tak de.
baru balik pasar malam time tu sebenarnya, makan makanan enak yang dibeli daripada pasar malam seksyen 19. hihi
punn puas hati buat celebration macam ni.
masing-masing pun dah penat, sebab siang tu pi sunway lagoon.


nampak, tetamu kita pun pakai baju tido je. kekeke



brada sisterr. happy birthday, banano! eh. ariana!



ni sorang lagi tetamu pakai baju tido.
pajama party gamaknya :DDD




hadiah daripada aunty durra.
yang daripada aunty ain dia dah rasmi bukak dah. haha *tengkiuuuu!*



tang birthday budak2 ni memang biasanya dapat multiple prezzies daripada mama.


biasanya birthday ariana, anaqi pun dapat hadiah jugak.
dannn vice versa.
itu dapat hadiah bantal bulu angsa dengan mat bentuk kucing. bahaha


ini birthday card bentuk kek. gigih mama tampal gambar2 dalam tu.





ini hadiah yang datang kemudian and mama pun malas nak balut dah.
tuuu ariana pakai baju hadiah aunty ain.
yang kat tangan dia tu, 3d pen. dah lama mintak. yang kaler bergulung2 tu filamen dia. macam ink dia la.


nek yah bagi hadiah roller blade. tak snap gambar lagi sebab dok pulun main je.
dan last hadiah yang tiba lewat adalah slime ala pudding. macam2 warna, scent and 'perisa'.
fly dari indonesia. malaysia tak de slime macam tu.
bahagia budak2 ni hahaha.

gitu la celebration birthday ariana tahun ni.
simple, yet serba meriah dengan hadiah2. haha


gambar lama adik badik, dah serupa model bdk2 kat belakang :'DDD




time kamcing :P


semoga ariana anaqi membesar jadi anak yang sihat, pintar, terrer, cun, lawa, hensem, berjaya dunia akhirat. aamiin.
toodles!

No comments: