Thursday, April 07, 2022

makanan sedap di gelang patah / lebuh medini, johor

assalamualaikum and hi!

sebelum kita sambung entry legoland yang dah berkurun terjadi *ahaha*,
kita post dulu gambar makanan yang dimakan di B&B/homestay/vacay stay di afiniti suites, lebuh medini, iskandar, johor bahru.

sebab tempat ni kan macam kejauhan.
mana nak cari makanan local yang best?
ahha, food panda la kita, apa lagi :P


sedap teruk makan nasi goreng dengan tomyam niiii.
tomyam diaaaa sila tryyyyy.


plan asal malam tu nak ke restoran periuk kampung.
ahaa memang nama kedainya gitu.
sebab baca review, ramai orang.
ai punya teori, kalau kedai ramai orang, beratur, sedap le tu insyaAllah.

tapi babahnya kurang sihat malam tu,
so kita worder je la kat food panda.
memang sampai lambat sikit, sebab kedai tu kan full house. sedap punya pasal kan. haha

sampai-sampai je makanan,
order nugget for the kids,
sup daging (husband), tomyam ayam, nasi goreng biasa dan nasi goreng cina.
makan. fuhhhh sedap gils, lagi tomyam dia. recommended sangat2.

gambar makanan pun seketul je yang kat atas tu.
disebabkan sedap sangat, tak sempat nak berfotografi. lolx


esoknya untuk breakfast,
kita bawa siap2 pek kembara.
pek kembara ni just masukkan air je, nanti dia masak sendiri. tau2 dah siap.


mine, nasi tomato, ayam masak merah.



makan berlatarbelakangkan pemandangan legoland. alhamdulillah.



husband punya from pek kembara; nasi lemak rendang ayam.
nasi jenis beras panjang2. memang berkualiti. verdict, sedap semuanya.

 

lepas 'isi tangki' kita ke legoland!!

[bersambung...]

No comments: