Friday, December 11, 2020

december rant

assalamualaikum and hi! :)

tengah 'menikmati' suhu 19 degree kat ofis.
memang tak reti-reti nak naik suhu ni.. haha.

so! december is here.
adakah kita semua terkejut, tahun 2020 berlari begitu pantas?
yoshh it is indeed.
may be this is how 'akhir zaman' feels like.
time seems too fast. and suddenly it ends.
i should take this to account and lagha-less. teehee.

biasanya hujung-hujung tahun ni ada beberapa perkara annual yang sy buat. contohnya:

1. meletakkan memori-memori (biasanya gambar) best things or highlights of the year. yoshh benda ni ada secara auto-generate kat fb atau instagram, tapi biasanya sy akan post kat blog. dulu-dulu la.

2. book hotel dan pergi tengok festival LAMPU (lights and motions putrajaya) pada hujung-hujung disember.

3. book hotel dan tengok bunga api di ambang new year. paling-paling pun tengok bunga api kat tv HAHA atau luar tingkap rumah. HAHA

-------*

adakah sy akan buat lagi perkara-perkara annual ni?

highlights of the year; tak tahu nak highlights apa. haha. since almost this whole 2020, kita stay at home dan dilanda pandemik (which is benda ni adalah bukan highlight yang positif. lolx). yang menarik adalah macam mana kita menyesuaikan selebrasi dengan keadaan pandemik. contoh how kita sambut puasa (that was interesting), raya, even birthdays. semuanya secara sederhana but the happiness is still there.

festival LAMPU? bet insyaAllah tahun ni tak de. PPj bolehlah rest sikit tahun ni. kalau tak, busy bee diorang dengan macam-macam event sepanjang tahun.

tengok bunga api; yang ni masih do-able. haha. sebabnya jiran-jiranku rajin pasang bunga api. tak new year pun dah pasang, ok. tapi kalau nak book hotel bagai, tak tau la. kes covid naik turun macam ombak di orange county. kelmarin 900+, semalam 2000+. so. harga hotel pun dah naik sebenarnya lepas menteri dalam negeri announced hari tu yang tak de road block dan tak de had penumpang kenderaan.
i was thinking, kalau kes menurun, sah-sah pusat pelancongan sesak hujung-hujung tahun ni sebab semorang balas dendam selama ni tak dapat pergi bercuti. haha
kalau kes menaik pulak, rugi je la book hotel lepas tu tak dapat pergi. hence, i was in the mode of wait and see.

-------*

updates of my recent netflix series (kalau korang tengok, kita geng!)

1. my ID is gangnam beauty - settle tengok. best! feel good series.

2. she was pretty - settle tengok. sama, feel good!

3. my 100 days prince - baru nak start tengok.

4. love island USA - dah nak sampai ke penghujung episod. fyi sy suka jugak tengok cerita dating games ni haha walaupun apa-apa je la mat salleh ni, senang betul jatuh suka, senang betul kiss sana sini. mat salleh kan, biasa lah. kita yang tengok ni jangan terikut pulak. lagi satu, dating games ni biasanya ramai pretty faces. so it's good to look at beautiful stuff. haha

-------*

oh. PKPB skang ni kat selangor, KL ye. tapi putrajaya dah back to PKPP.
division kat ofis ni pulak dah tak de WFH.
certain bahagian masih WFH lagi. even my husb pun WFH 2 hari seminggu.

so ceritanya, mengangkutlah budak-budak ni ke ofis.
oh, selasa hari tu nenek yah datang dengkil.
melawat ariana yang post-hospital-discharged.
so nenek yah dah balik semula ke shah alam semalam.
rabu tu ada la nenek yah tengokkan AAs kat rumah dengkil *tq, nenek yah! leviuu*

on normal working days, bawak la budak-budak ni ke ofis.
dengan aircond macam kat alaska ni.
siapa nak tahan.
tengah hari je, balik rumah. huu
kesian budak-budak wuii.

-------*

oklah nanti kita sambung rant later.

so how's ur PKPP or PKPB so far?
dah ada yang gerak balik kampung ke?
stay safe to everyone!

No comments: