Friday, January 01, 2021

2021

assalamualaikum and hi! :)


 

happy 2021!

ramai cakap tak merindui langsung 2020.. lolx
sebab covidkah?

apapun barang yang lepas jangan dikenang,
buang yang keruh ambik yang jernih,
elok lenggang di tempat datar,
zaman beralih, musim bertukar,
haa sambunglah lagi peribahasa yang berkaitan :P

apapun, hujung tahun & tahun baru kali ni kita tak keluar ke mana-mana.
satu, yosh sebab covid.
dua, sebab tak dapat apply cuti rehat sama dengan husb. kami masing2 bagi laluan kepada KPSU masing2 yang bercuti pada waktu yang clash.
tiga, sebab pada hujung tahun yang lepas, sy banyak berehat disebabkan spotting (terms untuk berlakunya pendarahan semasa pregnancy), kemudian baru-baru ni miscarriage and now tengah dalam fasa pemulihan a.k.a pantang.
part yang tu nanti kita sambung di entry khusus ok.
entry ni nak cerita tentang y2k21 hahah.

kalau kata azam nak concentrate gaya hidup sihat,
nanti kena gelakan berjemaah pulak, sebab takut ke laut dalam HAHA
but yeah, i seriously want to at least try,
to eat (more) healthily dan bersenam sikit.
selama ni sy jaga makan jugak, tapi bersenam tu ntah ke mana. pemalas lipas. lolx

to those yang berazam nak upkan lagi amal ibadah tahun ni,
sy sokong hundred percent! *sambil tujah penumbuk ke udara.. ahaks*
buatlah secara slowly but surely, jangan drastik lepas tu stop.
contoh kalau sebelum ni tak pernah solat dhuha, tahun ni boleh try buat.
kalau sebelum ni dhuha 2 rakaat, tahun ni try 4.
kalau tak pernah ngaji, bolehlah try 1 muka lepas maghrib.
kalau sebelum ni hari-hari ngaji, trylah tambah surah rutin macam al-mulk, al-kahf etc.
yang penting amalan tu baik dan berterusan, walaupun sedikit.

i don't really expect anything for 2021,
rasanya nak go with the flow je.
alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di atas muka bumi ni.
masih sihat, masih ada insan2 tersayang dan kawan-kawan yang baik.
i will go on live my life to my utmost comfortness, insyaAllah.
will not do something that other people want me to do, but what I WANT TO DO.

and to become a better person.

happiest 2021 to all!

#tahunnitakdebungapi
#tahunnitidurawal

No comments: