ye, ariana ni masuk wad haritu.
macam biasa, nak rekodkan dalam blog untuk future reference.
ni gambar masa hari discharge. ye dah discharge. skang dah kat rumah. |
alkisahnya, sakit perut berlanjutan.
dah makan ubat daripada klinik siti pun, jumaat 4 disember 2020 tu still sakit perut.
malam dah guling-guling sakit, babahnya bawak terus ke emergency hospital putrajaya.
kat sana ada la xray, ambik urin dan darah tak silap.
sy and anaqi dok tunggu kat rumah.
so kena warded. wad 3B, katil 4.
wad surgical tu.
katanya patient paling muda kat wad.. hihi.
biasalah doktor suspect macam-macam.
gastrik, lepas tu appendiks.
guling tetap guling :P
doktor-doktor datang dan pergi.
pulak tu hari weekend, memang tak ramai doktor / pakar. (ada la, tapi datang sekejap2 pagi)
yang ada sampai malam, doktor-doktor houseman kot. sebab nampak muda-muda.
so kalau sakit perut, diorang datang tekan perut je la macam tu.
nak decide ubat pun kena tanya doktor pakar dulu.
kesian ariana ni, mengerekot sakit perut. |
so jumaat malam sabtu tu babah jaga kat wad.
pagi-pagi sabtu, sy datang pulak ke hospital.
bawak anaqi, tukar shift. anaqi ikut babahnya balik pulak.
babahnya kata, doktor suruh buat scan. so kena puasa.
nampak la papan tanda patient berpuasa kat atas katil ariana tu.
kesian jugak, sebab dah 2 hari sakit perut, tak de la dia makan sangat.
jadi perut dia kosong and pagi tu masa sy sampai, dia cakap dia lapar.
tak boleh nak buat apa la, tak dapat nak makan.
tunggu doktor pakar datang.
sebab diorang kata suspek appendiks.
doktor datang, check-check, semua ok pulak.
perut lembut and tak de tanda appendiks pun (biasa orang sakit belah kanan perut).
ariana ni sakit menyeluruh.
sy suspek dia angin tak keluar.
ada few times jugak la sy bitau doktor-doktor tu.
dia minum susu and tembikai. angin kot, angin kot.
tapi doktor biasa la, nak kena buat test-test macam matapelajaran sains tu untuk kenal pasti punca yang sampai sekarang tak dapat detect (still think it's angin. or worst case, gastric. tapi dia ni pernah dibagi ubat gastrik, macam tak de kesan pulak).
so doktor pakar (dr. vishnu) cakap tak yah buat ultrasound.
sebab tak de tanda appendiks pun.
so dapatlah makan balik.
bagi ariana makan roti kaya yang sy bawak, keropok keping.
sakit perut dia on off la.
tapi most of the time sy jaga kat wad, dia memang asyik sakit je.
terjerit-jerit dengan pelbagai amanat hahaa.
contoh amanat:
mana doktorrrr, mana doktorrrr. panggil doktor cepattttt. kakak tak tahannnn (sakit).
mamaaaa, doa kakakkkkk. *mujur dia ingat nak berdoa time-time ni hihi*
mana doktorrrr, kakak nak makan ubatttttt.
kakak nak balikkkk, nak main dengan mikooo (anak kucing kami)
sakiit, sakiit, sakiitt *ulang 100x*
biasalah bila sakit, macam-macam keluar haha.
doktor pulak time-time cuti tak de la datang sepantas kilat.
kita keluar cakap kat nurse,
setengah jam macam tu baru doc sampai.
tu pun dok tekan perut ariana la.
and dapat la makan ubat paracetamol.
truthfully, ubat tak de la bagi kesan sangat.
may be kurangkan sakit tu tak sure.
tapi dia masih nampak sakit perut.
tapi bagi je la makan.
petang sabtu tu, datang lagi doktor-doktor muda,
but this time ada sorang lagi doktor chinese perempuan.
doktor chinese tu tanya pasal membuang.
then dia kata bagi enema la untuk bagi senang berak.
then 2 doktor melayu muda, sorang girl and a guy datang bagi enema.
dapatlah ariana buang air besar sikit.
warna poo ok, warna normal, cuma keras la. lolx
macam biasa, malam babahnya ambik shift.
lepas berak tu baru la ada improvement dah kurang sakitnya.
babahnya kata dapatlah ariana tidur lena sampai pagi. alhamdulillah.
ni masa mama jaga ariana hari sabtu. banyak bergulingnya and sakit. kesian hui. |
pagi ahad mama datang lagi.
babah kata tak cukup tidur.
mama kat rumah pun sama je hahaa.
sy dok settle benda-benda kat rumah; baju, kemas-kemas, pulak tu terbangun pukul 3am memang tak tidurlah kita sampai ke pagi.
alhamdulilah pagi ahad tu tak sakit.
memang kena membuang kot budak ni.
tapi problem dia susah nak membuang, may be pun sebab dah berapa hari tak makan.
babahnya pun beritahu, doktor kata dah boleh discharge tengah hari kalau ok.
kitorang dah happy-happy la sebab dapat discharge.
ariana pun dok bitau dia dapat balik. haha
sebenarnya datang lagi rombongan doktor bersama doktor-doktor pelatih muda.
yang ramai-ramai datang bawak komputer, fail semua tu.
untuk belajar. doktor perempuan. garang. haha
tapi tak pe la, nak belajar, garang-garang, baru student senang ingat kot kalau ada mistake ke apa.
doktor ni tanya 'students' dia, ada tengok tekak tak?
housemans cakap tak de. agaknya ada kaitan kot perut dengan tekak semua ni, idk.
so pi check tekak pulakk.
student doktor tu cakap ada merah. nak terbelahak ariana kena masukkan macam kayu batang ais krim tu dalam mulut.
merah pulak, padahal tak batuk, tak sakit tekak pun.
terus doktor perempuan cakap tak boleh discharge lagi. pergi ENT (klinik pakar telinga, hidung tekak kat bawah).
haikk baru siap sedia nak balik.
dah siap pi kaunter hasil, pakai GL penjawat awam semua.
kira dah ready betul la nak keluar.
kitorang pun ikut nurse gi klinik ENT pulak. doktor on call la sebab hari ahad.
baik, doktor indian perempuan.
dia check tekak.
dia kata, aik mana ada merah. semua ok. tak de batuk, tak de selsema, tak de sakit tekak.
ai is macam... ehhh doktor houseman ni kannnn.
agaknya diorang gementar dengan cikgu doktor diorang yang garang tu.
tonyoh tekak dengan kayu.. lepas tu cakap merah. haha. macam-macam.
alhamdulillah so bolehlah balik.
terima kasih kepada semua doktor-doktor, housemans, nurses yang berada di wad 3B.
kitorang sempat la ucapkan terima kasih sebelum balik tu kat nurse.
tq sebab jaga ariana and all.
makanan semua cukup, siap penjaga pun dapat makanan lengkap.
makanan sedap-sedap pulak tu. alhamdulillah.
gelang pink hihi. |
nampak tu tangan ariana ada kesan cucuk.
masa kat emergency kot ni.. nak cucuk ambik darah, tak jumpa salur darah.
7, 8 babah kata kena cucuk.
so time nak discharge tu, cabut sekali jarum yang cucuk kat lengan untuk masukkan ubat, air tu.
kitorang pun gerak balik lepas zohor. pukul 2 lebih ke pukul 3 macam tu.
bahagian farmasi bagi ubat paracetamol.
katanya kalau sakit perut lagi, terus ke emergency.
tapi petang tu kat rumah, budak ariana ni sakit perut balik.
setakat ni kitorang masih pantau lagi.
dapatlah dia membuang lagi sekali semalam (isnin). sikit je tapi katanya.
kawan ai lin ckp, anaknya amanda pernah sakit perut macam ni.
sakit poo keras and tak boleh keluar.
alhamdulillah skang dah ok.
so adakah sama dengan si ariana ni?
ni kalau next time jumpa doktor, kena minta doktor check itu pulak.
kepada semua family and friends yang wish wellness dan doa kepada ariana,
terima kasih banyak-banyak. love you all.
doakan ariana cepat sembuh ye.
sekian.
No comments:
Post a Comment