Tuesday, October 06, 2020

tupai dan anak-anak kucingnya

assalamualaikum and hi! :D

berhati-hati, komputer (or mobile) korang akan di-spam dengan gambar kucing kitorang yang sangat banyak. buahaha *gelak buah-buahan*


tupai and her kitties.


dalam sebulan yang lepas,
pada 8 september 2020 (hari selasa), pukul berapa tak tau,
tupai dah selamat melahirkan 3 ekor anak-anaknya. alhamdulillah.

tak tau pukul berapa tu,
sebab before subuh tu bila menjenguk kat bilik kucing,
tengok-tengok dah settle delivered. haha
malam sebelum tu, relax je lagi baring-baring atas sofa.
so kemungkinan awal pagi tu jugaklah tupai beranak.


anak-anaknya kali ini bersaiz agak besar, banding dulu.


kan dulu tupai pernah melahirkan 5 ekor anak-anak kucing,
tapi dah ajal, semua meninggal.
agak tragis jugaklah sebab diorang semua melekat berjemaah
and ada yang tertarik kat perut, lantas perutnya terkoyak siap keluar usus (tapi hidup lagi).
dengan yang patah kaki sebab melekat tu jugak.. 2 ekor kot.
means kalau besar, memang cacat kakinya.
but lepas tu one by one meninggal la.
saiz pun kecik-kecik je.
may be tak tahan kesejukan ataupun sebab melekat tu.. idk.
tapi better that way la daripada diorang membesar tak okey.

alhamdulillah, kelahiran kali ni sihat-sihat and besar anak-anaknya.
this time bapaknya seekor BSH (british short hair) yang agak besar badannya.
so mungkin menurun kat anak-anak,
lahir-lahir je sy tengok, saiz tak macam anak-anak kucing newborn.
macam dah usia berapa hari je.
memang besar.
paling besar, yang warna hitam belang.

oh ye.
warna diorang pun variasi.
hitam, kelabu dan oren.
hitam and oren tu ai suspek daripada kaler tupai.
kelabu tu daripada bapaknya.
hitam and kelabu are betina, oren is jantan.
kita doakan diorang sihat-sihat and mampu bertahan selepas 3 bulan.
(sebabnya kucing munchkin memiliki paru-paru lebih kecil dan ada potensi juga untuk meninggal sebelum dapat jadi besar).

ini namanya ciko (male). dia yang paling kecik and ringan antara tiga beradik.
kaki munchkin. so tiut.
tidur pun terawang-awang. hahaha



ni tupai dengan anaknya, kiko (female).
kiko ni paling besar and gems haha.
dia jugak memiliki suara paling bising.
kita angkat sikit, terus bising. geram je dia ni tau.



tupai and kiko yang mengada :P



tupai pun nak photoshoot jugak.


bagi yang tak kenal,
tupai ni adalah kucing kitorang selepas bin bun (seekor kucing eksotik muka garfield).
bin bun ni telah dipulangkan kepada tuan asal,
sebab mulanya kitorang ingat dia ni betina. masa ambik tu bin bun kecik lagi.
rupanya jantan dak bin bun ni.
bin bun manja and budak-budak pun sayang, tapi tak tau la sebab dia jantan ke ataupun sebab personaliti dia macam tu, dia ni agak pengotor suka berak atas lantai HAHA
harap bin bun happy di mana je dia berada lepas ni.

so tupai ni adalah seekor kucing munchkin (kaki pendek, badan panjang, muka bulat, jalan gedek-gedek :D)
i think she has a pretty face for a female cat too.

dia ni tak la berapa friendly kalau korang baru first time jumpa dia.
may be dia penakut dengan orang tak dikenali, idk.

tapi lepas dah kenal, dia okey je.
cuma manja sangat tu idok le :P (jangan harap dia nak gesel kaki kau. tak pernah sekali pun nampak dia gesel kaki kat sesapa dalam rumah ni. hahaha)


tiga beradik from left: kiko, miko, ciko.
bersusun menyusu. kuat rebut nipples jugak ni, walhal tempatnya banyak.



tupai berbantal-peluk-kan kiko.


fyi nama tupai ni adalah daripada nama asal kitorang dapat dia.
kitorang pun tak ubah nama,
so kekallah hingga ke hari ni.
punca nama dia tupai adalah sebab owner lama dia cakap, ekor dia macam tupai.


nah, saksikan kecomelan anak-anak si tupai.
pandai jugak diorang posing rupanya.


dah pandai main sesama diorang. ciko and kiko.



kucing ni punya perangai agaknya sama dengan manusia; tempat punya luas, tapi kawasan tu jugakklah nak dihimpitnya berjemaah.



kiko tidur menopang dagu.



kiko ambik mood nak nap.



ciko ajet-ajet cute.



miko yang memiliki suara paling kecik/tak didengari antara diorang semua.
miko jugak jenis blur tak kisah. haha
dia ni jugak yang paling last buka mata, lepas lahir.
(so i suspect dia ni adik bongsu)



guess ni paling eksyen sebab dia paling kuar jerit kalau orang angkat.. haha. kiko.



duduk berlonggok memang hobi diorang, lagi-lagi sekarang ni tengah musim hujan.



posing terkeluar lidah. lolx. miko.



ciko ni kalau kita angkat lama, dia bising jugak.
2nd bising selepas kiko.
tapi kikolah paling paling paling bising HAHA



ya Allah bila dia pandang atas ni.. i cannot :D supercute.



disebabkan sejuk, ai bagi diorang selimut.



dah pandai cakar-cakar kotak. miko.



pose gagah perkara. kiko.



maknya tengah mandikan. ciko.



if you smellllll... what the rock, is cookin'. LOLOL



si ciko ni tak de la gemuk mana. tapi dalam gambar ni nampak bulat kan.
eee geram.



saat bermain.



catwalk. miko.
comel yang tak boleh dibawa bincang.



ciko.

 

so tu lah koleksi gambar-gambar tupai dan anak-anaknya.

nanti kita snap lagi aight!

tata tutu!

No comments: