Friday, July 10, 2020

tragedi kunci dalam bonet

assalamualaikum and salam jumaat! ^^

biasanya kita akan update blog ni bila ada benda-benda WOW berlaku.
ye, ada benda WOW berlaku semalam.
hahaha
tak tau la nak ketawa ke nak meratap sayu. ketawa la kot :'D

alkisahnya.
bila balik dari ofis semalam,
singgah la kedai depan-depan rumah tu beli barang..
before pergi ambik anaqi kat tadika dia.
so barang semua letak dalam shopping bag.
sebab nak mudah, kunci kereta kita masukkan sekali dalam beg tu.

so dah habis membeli tu,
kita letaklah beg dalam bonet.
sila ambik peduli, yang kereta myvi baru ni auto lock ye.
bila kita picit butang kat bonet, bonet akan terbuka.
lepas bonet tutup, kereta akan auto lock balik.
yesssss. you can guess. kereta tu pun terus auto lock lepas tutup bonet.
dan-dan ai terus teringatkan kunci dalam beg tadi.
kelam-kelibut nak buka bonet balik.
but noooooo bonet dah tertutup.
kunci kereta dalam beg tu pun dia tak detectttt.
tak tau apa masalah kunci tu. lolx

lepas tu, konon nak balik rumah ye ambik kunci spare.
call la grab.
so grab bawak balik rumah.
dah siap buat perjanjian dgn grab driver tu.. untuk dia patah balik ke kereta nanti.
just bayar dia cash je.
so fine la.
sampai-sampai depan pintu rumah,
baru teringat.
laaaa kunci gate auto pun dalam kereta! *tepek dahi sekuatnya*
dah, kunci rumah pun melekat sekali dgn kunci kereta yang terkunci dalam bonet! *tepek dahi dua kali*
tetiba keadaan dalam kereta grab tu senyap sunyi (sebab ai is tengah mode berfikir).
yang driver grab tu pun tumpang cemas,
tapi dia pun rush nak balik seremban rumah dia lepas ni.
so cakap, tak pe la drop je kitorang (ariana and i) kat depan rumah ni.
nanti kita settlekan.

so grab tu berlalu pergi.
dok call sana sini.
call servis perodua, dah tak berangkat.
call hadi, orang kedai perodua yang kita beli kereta dengan dia dulu.
dia cakap tekan je lama-lama bonet tu, nanti dia detect kunci dalam bonet.

nak jadikan cerita ni lagi lawak,
husb pun tak de ye.
dia outstation kursus 3 hari kat genting.
dia pun tak dapat balik sebab pi sana tumpang kereta orang.
hambikk.

so kita call grab la.
sorang pakcik dari putrajaya.
dia tolong hantarkan balik ke kereta.
so sampai kat kereta, try la lagi nak bukak bonet, macam encik hadi tu cakap.
memang tak boleh ye.
so how?

lepas tu terus whatsapp harith (my bro) yang kerja kat putrajaya.
nasib baik laa dia baik hati nak datang. haha
me and ariana jalan kaki ke KFC, tunggu dia kat situ.
so lepas tu dia sampai, kitorang pi ambik anaqi kat tadika,
then balik shah alam.

now tengah menaip kat shah alam le ni sambil work from home.

apa-apa kita tunggu la babahnya balik dulu untuk dapatkan kunci spare kat dalam rumah. haha

pengajaran kat diri sendiri, jangan letak kunci kereta, yang melekat dengan kunci rumah, dalam shopping beg :PP

nak husnuzon, kita fikirlah yang mungkin ada benda tak elok nak dielakkan.. tapi tak tau apa.
atau just saja ujian atau nak bagi pengajaran.
atau ada la tu benda-benda tak juruh yang kita ada buat. haha
apapun, lesson learnt and lepas ni kena lebih hati-hati la.
may be letak spare keys rumah kat mana-mana, di luar rumah.

tapi tak de la call tukang kunci.
lasttt time pernah kunci kereta tercicir kat kompleks JPM.
spare keys tak de sebab hilang, then tak buat baru.
panggil la tukang kunci kereta datang bukak.
RM600+ melayang (which is sebenarnya lagi murah daripada panggil perodua untuk buat set kunci baru  yang beribu kot time tu.. dah tak ingat sebab lama dah).
so yang tukang kunci tu last option la.
this time kita tak panggil la tukang kunci.


kadang teknologi ni memudahkan.
kadang bila kita lalai macam ni, dia jadi mengharukan pulak.
ahahaa

so bayangkan balik shah alam ni pakai baju mengulang,
sebab tak de baju HAHA
budak-budak lagi la.
si anaqi pembersih tu, mana dia nak pakai baju sama.
last-last dia tidur pakai seluar tak pakai baju semalam. lolx

tu la kisahnyaaa.

nanti my mom nak hantarkan balik dengkil bila husb dah sampai nanti.
thanks, ma.
jasamu dikenang.
ahaks.

No comments: