seems like we have a loooot of pending posts T_T
sorrylah tak tersempat.
maka dengan itu, kita dahulukan kejadian-kejadian terkini.
kejadian lampau, insyaAllah akan diupdate dari semasa ke semasa mengikut kerajinan tuan blog.. ahaks.
sooo hujung-hujung bulan ni adalah musim anak-anak darjah 1 berorientasi.
termasuklah anak kami, ariana bariana kariana dariana HAHAHA
next year insyaAllah sekolah 2 sessions;
sekolah agama pagi, sekolah rendah petang.
part preparation semua tu nanti kita cerita kemudianlah okek.
kita bagi laluan kat gambar-gambar orientasi dulu. lolx
ORIENTASI VOL. 1 - SEKOLAH AGAMA
Date : 23 disember 2019 (isnin)
alkisahnya kitorang semua tengah berholiday hu ha hu ha kat ipoh (tu pun nanti cerita. haha)
makanya pagi-pagi buta tu dalam pukul 5, gerak balik rumah.
ko bayangkannnn.
around 6.30am pun highway dah banyak kereta.
memang lambat la kitorang sampai.
kena ada kat sekolah jam 8.30pagi,
kitorang sampai pukul 9pagi.
cemerlang tak. hahaha
beg pink kalis air, beli kat pasar malam. ai love the pasar malam's product! haha |
seriuslah, walaupun made in pasar,
tapi kualiti tip top, harga bawah par. haha
jimat la daripada beli smiggle giggle :D
sebabnya pun budak-budak ni ada trend tukar-tukar beg atau beg senang lusuh sebab penggunaan optimum/lasak/ganas?? :P
so beli je lah beg yang tak cecah seratus.
kalau tak, menyesal kemudian hari agaknya kalau beg rosak.
oh beg di atas berharga RM35 sahaja.
kalau nak yang tak water proof, RM20, 25 pun ada.
ikut kegemaran masing-masing.
tapi ceritanya lagi,
all the girls memang pakai-pakat semua beli beg pink ke macam mana?? HAHAA
tema princess sangat masing-masing ni.
kan! majoriti beg pink. |
makanya nanti di beg ariana akan ada ribbon merah diikat di beg.
sebenarnya tu untuk pakcik van sekolah cam dia. HAHA
ariana seperti yang dibulatkan. |
dia kata pakai tudung panas.
dia kan lasak, cepat berpeluh. lolx
pakailah dikau tudung itu di sekolah agama ye.
tak pe pun, sekolah agama kan pagi.
nyaman sikit.
sekali lagi, dalam bulatan :P |
so hari tu.. mak pak semua dok dalam dewan.. dengar taklimat.
budak-budak naik kelas, kena mewarna macam tu.
sesi sekolah agama habis awal bak ang, dalam 11.30am.
tu yang kitorang memang kena cari van sekolah dan transit.
mana boleh keluar ofis awal sangat macam tu untuk ambik kan.
tapi untuk hari orientasi, lagi awal selesai.. dalam 11.00am.
so oklah.
balik tu kitorang ramai-ramai pi pekena roti canai seberang jalan, tepi masjid.
ok jugaklah roti canai dia, garing *tiber, cerita pasal roti canai pulak* :D
ORIENTASI VOL. 2 - SEKOLAH RENDAH
Date : 30 disember 2019 (isnin jugak, seminggu kemudian)
yang ni sy sampai lambat.
sebab pagi tu bangun siapkan breakfast bagai.
so diri sendiri tak tersiap.
babah la pergi bawak ariana dulu.
sy dan anaqi menyusul kemudian.
kereta banyak, so park depan 7E, seberang jalan.
jenuh sekolah-sekolah kat dengkil ni semua sebaris, semua dekat-dekat dengan kedai HAHAA
ok back to our story..
sampai-sampai, mak pak semua dah dok dengar ceramah guru besar.
guru besar dok cerita pasal kemandirian, penaakulan dsb.
ingat sy tak catch up ke.. sy catch up ye (walaupun sampai lambat) hahah
lepas guru besar, cikgu lain cakap pasal disiplin pulak.
mostly pakaian dan waktu la.
dia cakap kalau lambat sekalipun, datang je.
asalkan datang supaya tak tertinggal pelajaran.
bagus sekolah ni.
lepas tu ada ucapan penaja; bank rakyat dan TM.
rupanya ni sekolah angkat bank rakyat.
bank rakyat banyak bantu students yang memerlukan.. CSR diorang la.
TM pun sama kot.
ibu bapa yang khusyuk mendengar ucaptama guru besar :D |
ibu bapa yang nampaknya tak fokus sebab tengah khusyuk bergambar :P |
anaqi yang berpeluh nak kipas manjang. kena bawak bersenam, budak ni. lolx |
tapi anaqi ni memang pembersih sikit sy tengok.
hari-hari mostly tak skip mandi (petang, tengah hariiiii).
dia rasa tak selesa kot tak mandi.
habis makan yang mencomotkan tangan,
dia mesti datang dapur nak basuh tangan.
siap pakej lap tangan dengan mulut kat kain sink.
kalau keluar pi kedai and basuh tangan,
mesti dia tanya "mana kain nak lap tangan." adoilaaaa (kat kedai tak de kain lap!)
makan pun kalau tumpah sikit, mesti dia kutip balik.
nampak tak tahap pembersih dia tu.
ok sambung gambar orientasi!
ni kaunter pembayaran yuran pibg dll. semua total RM75 sahaja. |
lepas bayar yuran,
queue ambik buku teks sekolah.
alhamdulillah dapat pinjaman buku teks.
so tak perlu beli.
budak-budak pun setakat ni 235 murid je.
mungkin la akan bertambah lagi nanti.
ramai parents tengah queue by kelas. |
start tahun ni, dah tak de exam sampai darjah 3.
so rasanya campur kelas je kot.
ariana punya kelas last.. cikgu susun random je kot.
tapi yang bestnya kelas last ni dapat kelas kat blok baharu.
kelas 1-5 dok kat blok lama.. berdepan je dengan bok baharu. tapi yang best sebab kat ground level.
kelas ariana 1st level.
depan, dekat dengan kantin jugak.
alah tak pe je, ariana cakap ok je dia naik tangga.
kita orang tua ni je rasa semput kahh (sy takkkk - denial :DD)
sy awal-awal dah pesan dia supaya menjadi strategist :DDD
"nanti loceng bunyi waktu rehat, terus lari pi kantin. jangan dok borak lagi dengan kawan. kalau tak, nanti barisan panjang."
nasihat apakah itu. makan saja ko fikir. lolx
gambar kenang-kenangan dengan para ibu bapa. |
babah memantau cikgu-cikgu membuat kutipan yuran. lolx |
kaunter bayaran mengikut kelas. |
so far alhamdulillah so good.
ariana pun kata best sebab dia jumpa kawan-kawan.
tanya kat dia, kawan tadika dulu ke?
sebab ramai kawan-kawan dia ke chinese school.
tak, dia kata. kawan baharu.
so ok lah dia boleh mingle.
senang nanti nak pi makan etc (makan lagi difikirnya! :P)
ni ariana kat depan tangga blok baharu. anaqi posing apakah ituuuu. |
so lepas tu balik and bawak dia jalan ke cyberjaya.
sekian kisah ariana orientasi 2 sekolah.
bak kata pesanan cikgu-cikgu;
tengoklah pelajaran/progress anak-anak,
bantu anak-anak belajar,
tunggu anak balik, jangan anak tunggu kita (aaaaa semoga sy tak terlambattttt)
dan pelbagai lagi pesanan daripada lilin yang menerangi orang lain (guru la tu).
thank youuu cikgu!!
jumpa kat sekolah sok *wave*