Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Thursday, August 16, 2018

presint diplomatik banyak kedai makan, wui!



assalamualaikum and hi!

ni photo time pergi makan kat restoran mohd chan yang baru bukak kat p15, putrajaya.
bolehlah nak hilangkan rasa rindu kat haji sharin low yang dah tutup kat belakang putrajaya tu.. huu.
restorannya luas, pencahayaan bagus.
nampak terang-benderang bila snap gambar. haha
orang pun ramai jugak malam tu (despite of malam weekday).
siap ada sambutan birthday kot.
kira meriah la.


amboi sangat si anaqi ni. gila kamera masing-masing. haha! 



familia potreto. memang silap la bahasa spanish ni. kena rotan dengan cikgu spanish. :DD

kat mohd chan, kita order yang biasa-biasa je. kihkih
macam..

ketam lembut masak telur masin.



mi wantan dengan ayam bakar untuk budak-budak.



ikan siakap tiga rasa. harga beza banyak kalau ambik kerapu. ni dalam RM50+, kerapu pulak RM80+. kenapa ntah. kerapu spesis terancamkah.



on the table.

verdict, oklah sedap.
tapi yang kat haji sharin low lagi sedap.
pilihan sayur-sayuran pun kena tambah lagi.
sebab ai suka sayur.
tengok dalam menu, tak banyak choice la sayur.
langsung tak order sayur sebab tak ada yang menarik (kangkung pun tak ada).


kemudian pada hari yang lain,
masih kat presint diplomatik.

kitorang try restoran baru jugak..
sukee sukii tak silap namanya.
kedai steamboat, grill & shell out malay style.
kedainya besar, tapi orang tak la ramai sangat.
may be sebab kedai baru.
choice makanan untuk buffet tu ada, tapi boleh dibanyakkan lagi.
may be tak berbaloi pun kalau diorang nak tambahkan banyak-banyak sebab orang tak ramai lagi.
yang best tu ada tempat untuk anak-anak bermain.
so seronoklah budak-budak kan.

boleh pilih sama ada nak steamboat & grill buffet,
ataupun nak pilih set.
tak snap gambar sangat, sebab tengah khusyuk makan. hahah


time ni AAs tengah main kat belakang, jadilah kitorang dating berdua. lolx



ambik sup ayam. ada 2 choice untuk sup; tomyam atau sup ayam.

sup ayam ni rasa sup yang letak kiub pati ayam tu.. i call it as sup perencah.
tak sama dengan sup ayam ori yang kita buat sendiri.
jadi sy buat celur je, tak hirup.
but what do you expect, kedai memang akan pakai bahan perisa/MSG/ajinomoto.
nak yang ori, pi buat sendiri, wani. HAHA *malas ai* :P
ayam marinate dia was good. sedap.
then ada ais krim, gula, jajan, biskut for the kids.
seafood semua ada cuma tak nampak ketam.
sayur hijau ada sawi pak choy, kangkung, salad kot.. dan bayam yang dah lebam.
so tak ambik bayam. 
ambik sawi je.


sebenarnya bagi lagi kedai-kedai baru bukak kat p15 ni.
lenkali boleh try kedai lain pulak haha.

till then!eatery

0 comments: