Sunday, March 04, 2018

percutian di cameron highlands (sambungan) haha

kenapa ada 'haha' tu ye?

sebab dah masuk tahun baru pun, baru nak sambung balik! lolx!

ok la ok. so kali ni sy sambung balik cerita ke cameron highlands yang tahun lepas tu :P
tapi since dah cerita lama,
sy habiskan semua dalam satu entry ya.

recap;
kitorang ke sana 3 hari untuk elak kesesakan tipikal waktu hujung minggu.
kitorang pi khamis - sabtu.

so jumaat tu mula berjalan-jalan ke taman kaktus, taman bunga, taman strawberi semua.

our first check point is.. *drum rolls*

CACTUS POINT!

sini ada bunga-bungaan, pokok dan kaktus. husband and anaqi.



since namanya kaktus point, memang banyaklah kaktus kat sini. semua cantik-cantik and harga pun sangat-sangat ok.



ada jugak tempat main untuk budak-budak.

barangan cenderahati macam keychain, magnet etc pun ada kat cactus point.


next kita singgah ke RAJU'S HILL STRAWBERRY FARM.

memang dah siap-siap rancang, perjalanan ni akan menaik ke atas bukit tu.
dan ikut turn tempat dia.. maknanya lepas cactus point memang raju's hill.
terus je singgah tak yah patah-patah balik sana sini.
itulah gunanya google maps! haha.
kita survey lokasi tempat dulu, baru gerak ke tempat kejadian :D


ariana seronok petik strawberi.

kat sini, macam kat ladang-ladang strawberi lain,
kita akan diberikan bakul dan pemotong untuk petik strawberi.
hasil petikan akan ditimbang nanti.
tak silap, setengah kilo dalam RM30 macam tu.
(kalau salah sila betulkan sebab dah lama kan.. dah lupa HAHA)


cantik-cantik strawberi kat sini.

memandangkan kitorang keluar awal pagi, memang clear la tak ramai orang.
petik strawberi pun dengan hati yang tenang. lolx

kat raju's hill ni pun ada kafe.
kafe dia ada view terus ke gunung.
so sesiapa yang nak ferfeeling tengok view pergunungan,
bolehlah lepak-lepak kat kafe dia nanti. :)

next stop.
BUTTERFLY FARM!!

tempatnya tak besar mana, tapi best la.
sebab banyak rama-rama.
cantik-cantik pulak tu.




lepas tu ke EE FENG GU BEE FARM.
tempat dia macam berbukit ke bawah.
means kalau nak tengok taman lebah,
kena turun tangga ke bawah.
kat atas tempat dia jual-jual madu dan makanan lain.
eh tak upload photo la pulak.
tak pe lah, malas nak godek phone balik :P

balik dari ee feng gu, terus ke KEA FARM MARKET.
tempat wajib singgah sebab ni adalah pasar yang famous kat cameron.
ada jual sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.
semua segar.
paling best ada jual street food panas-panas!
goreng-goreng, rebus-rebus, bakar-bakar.
sedapnyaaa.

bunga sepuluh ringgit je sejambak. lawaaaa.



enterframe sikit gambar strawberi yang ariana petik tadi :P



ni bunga yang sy beli kat kea.

selain daripada tu,
sy beli ubi keledek rebus, cendawan goreng, ayam goreng bob dan sayur-sayurrrrr.

malam tu pulak,
ke pasar malam brinchang (yang dah bertukar lokasi akibat kesesakan kat area brinchang).
lokasi baharu adalah kat golden hills.
dia ke bawah sikit dari brinchang.. tapi dekat je.

petang tu hujan.
but don't worry,
sebab kat pasar ada banyak jual payung dan baju hujan.
payung semua corak strawberi.. ahaha.
nak beli keychain pun boleh beli kat pasar malam.
murah-murah je.





pasar malam ni panjang jugak and ada dua lorong.



salah satu gerai kat pasar malam.









me and ariana.. kat pasar malam.



sate pun ada kat sini.



hasil tangkapan kat pasar.. ketam goreng sebekas.. haha. RM10 je. ada la dalam 4 ke 5 ekor kecil.


lepas tu balik hotel.. tidur. haha
esoknya nak balik dah.
tapi sempatlah singgah kat big strawberry farm dengan cactus valley yang dekat je dengan hotel.

ni kat cactus valley.









gotta put this pic because he looked pretty funny HAHA
(nak buat 'peace' tapi jadi ikrar or something :DD)



lovely flowers.



bunga raya ni besar gile!







then odw balik rumah..

tido berdiri anaqi ni! wah haha



singgah beli durian dengan adik-adik orang asli. makan kat situ jugak. RM25 sekilo rasanya.


so tamatlah kisah CH kitorang.
next time kita jalan-jalan tempat lain pulak!

toodles! :)

No comments: