i will blog about some events that happened in the past.
salah satunya adalah festival LAMPU (light and motion putrajaya).
LAMPU diadakan setiap tahun pada hujung-hujung disember..
sekali dengan sambutan tahun baru. (29-31 dis 2017).
festival ni started at 7.30pm sampai nak dekat midnight.
tapi last year kitorang pergi awal, time 29 dis tu.
sebab 30 - 31 dis nak pergi ber-new year kat KL pulak :D
gerak dari rumah pun lepas maghrib,
supaya tak terlalu stress nak mengadap jam.
memang confirm jam kalau ada festival LAMPU ni.
tips dia; parking kat kawasan parking terbuka belakang imigresen.
situ super banyak parking space dan dekat je kalau nak jalan kaki ke festival LAMPU.
pertunjukan wayang kulit. |
ni first time sy ke LAMPU.
memang terkagum-kagum sendiri sebab super cantikkk.
kawasan pun luas, dari hujung ke hujung.
semuanya disimbah cahaya lampu.
sy pulak jenis suka lampu-lampu waktu malam.
lagi-lagi fairy lamps.
so bila nampak lampu-lampu semua ni, memang best la.
official stall yang jual produk-produk LAMPU dan berasaskan lampu. tapi gerai-gerai biasa pun banyak juga. |
suasana di sekitar festival LAMPU. boleh berjalan sepanjang-panjang jalan tu dan menikmati view yang cantik. |
beli lighted flower crown kat stall LAMPU. lawa kan! |
disarankan korang untuk beli dan pakai objek-objek berlampu macam yang sy pakai ni.
lagi-lagi kalau bawak anak-anak, belikan je la apa-apa yang berlampu.
harga tak mahal, dalam RM10 je.
sebab orang ramai gile ok.
jadi senang nak nampak anak-anak / family dalam gelap.
HAHA ye, itulah tujuannya. :P
ni ada satu area khusus untuk food trucks je. kepada perut-perut yang kelaparan minta diisi. aicewah. |
time ni sy tengah dalam detox lagi (makan veggie saja).
so tak terbeli la apa-apa daripada food truck tu.
tengok je la kita. hihi
food truck spot. |
bergambar dengan anaqi sikiiitt. |
kat sini banyak arca-arca berlampu macam ni. |
with hubster. |
highlight of the night adalah pertunjukan cahaya lampu yang menyimbah bangunan palace of justice dan perbadanan putrajaya.
so kena ke area tengah-tengah festival, kat dataran putrajaya untuk menonton persembahan ni.
boleh duduk je ramai-ramai dengan family / kawan-kawan, ala-ala tengah piknik atau tengok konsert.
just sit and enjoy :)
anaqi macam dah penat time ni. so kitorang tak lama la, lepas tu balik rumah dah kita :) |
twas a fun night.
sesiapa yang nak tengok lampu-lampu yang cantik, bolehlah datang setiap hujung tahun ke putrajaya.
furthermore, it's free!
No comments:
Post a Comment