Tuesday, March 06, 2018

KL and new year

salam.

hai hui! bertemu lagi kita. :D


again, a super throwback entry of last year's new year celebration. wah haha
biasanya sy memang suka bercuti di KL semasa ambang tahun baru.
2016-17, new year KL di furama hotel, bukit bintang.

tahun ni 2017-18, new year KL kat bukit bintang jugak, tapi kali ni di royal hotel.


bathroom dengan sentuhan moden.

royal hotel menjadi pilihan kali ni sebab location,
and view dari tingkap besar yang boleh nampak bunga api.

tapi nama pun KL,
bunga api kebanyakannya akan terhalang oleh high rise buildings. duhh

bilik boleh tahan luas. bolehlah untuk AAs berlari-lari. lolx



king-sized bed, tapi kitorang minta extra tilam untuk budak berdua ni.



dressing table cum multi-purpose top dengan tv flat screen.

channel tv oklah.
banyak pilihan jugak.

lemari di tepi toilet. ada peti besi and the usuals.



yang paling 'mahal' adalah view KL daripada tingkapnya yang besar.

rate bilik pun affordable, dalam RM500 untuk 2 malam.
okey sangat kalau nak banding dengan hotel-hotel lain kat bukit bintang ni,
nak-nak lagi time new year's eve.


mini fridge ada kat bawah tv.



generasi masa kini dan gadget ish ish.

(tapi jangan risau, phone kecik tu bateri dia tahan kejap je. taktik sangat. BAHAHA)


bathroom lagi. simple yet modern.



sabun, shampoo etc.



close up. thumbs up sebab serba-serbi ada.

sampai-sampai hotel tu (sabtu 30 disember 2017), laparunnah.
dahlah 3-4 kali pusing-pusing cari hotel sebab google map bawak pergi jalan yang sama. LOL

so kita order room service dulu.

masa ni tengah detox lagi,
so konon pesan sup broccoli.
turned out sup tu pun pakai bahan perisa.. hahah.
so skip makan yang ni.
husband pulak order nasi goreng.


sorrylah gambar terbalik. ai tak tau apa berlaku. lolx



hari sabtu tu tak keluar manapun. just berehat-rehat kat bilik hotel sebab esoknya nak keluar berjalan.

since tak makan lagi,
sy pun masak sup sayur dalam bilik hotel malam tu.
haha yes! ai is bawak kettle pot untuk travel dan segala sayur-mayur semua.
rasa bland habis sebab tak berperisa kan.
makan dengan mi hun brown rice.
kutelankan jua sebab tengah detox :P

esoknya.. hari 'cheat day' makan-makan menjelma!
ahaha. tak la cheat day mana,
just makan spaghetti kat coffee house je.
breakfast kat royal hotel sedap-sedap ok.


AAs mengadap coco crunch.



suasana dalam restaurant/coffee house. ramai jugak orang masa ni.



my plate. spaghetti was my cheat food of the day. menambah-nambah pulak tu sebab sedap sangat!

susah jugak bila ko vegetarian dan kena travel ni.
i mean tak semua tempat serve makanan untuk vegetarian, ataupun makanan organik.
tapi kat royal hotel ok la jugak, banyak pilihan makanan kalau nak veggie food.

so lepas breakfast,
kitorang gerak ke KLCC.
memang sajapun stay kat royal hotel,
sebab monorail bukit bintang dekat je hui.

pedestrian walk dari hotel ke monorail station. depan hotel ni pun ada kedai serbaneka. tapi mahal lah.



awal pagi kitorang keluar, nak elak kesesakan orang ramai. tengok, kedai pun ada yang tak bukak lagi!



husband on a monorail.

lepas monorail, kitorang tukar station naik LRT.
jauh jugak nak menapak masa transit station tu.
harus balik kang naik grabcar je. hahaha


anaqi terkagum-kagum dengan view kat bawah sana.



apa agaknya yang ariana tengah tengok tu :D



time ni dah tukat naik LRT pulak.


akhirnya..
cang!
sampailah kitorang ke KLCC.
tapi hajat asal nak ke aquaria.
aquaria ni bukan dalam mall,
tapi kat convention centre.
tapi ada jalan interconnected dari KLCC mall ke aquaria.
cuma kena bertabahlah sikit menapak kat dalam tu.
jauh woiiii

deco krismas KLCC. lawa gilleeee. holiday feeling sangat bile tengok banyak pokok-pokok pine macam ni.

pokok-pokok tu.. macam feel dalam hutan kat movie twilight pun ada :P
tapi cantik la.


AAs with lighted reindeers.



myself with lighted reindeers.

lepas bergambar sana sini kat concourse KLCC tu *bahaha*,
maka kitorang meneruskan 'pengembaraan' ke aquaria KLCC.
convention centre tak dekat sangat,
agak menapak jugak la.. lalu indoor pathway ke sana.

tiket aquaria pulak awal-awal dah book online.
beli dengan agen syarikat ni, dapat murah daripada yang dijual di aquaria.

now enjoy the sea creatures!




anaqi loves sharks, like any other typical kids at his age. HAHA (kadang takut juga dia.. kalau shark yang stok-stok menakutkan)



lalu ke terowong ni dan dapat tengok wide view aquarium. banyak gile ikan, turtle.. besar-besar pulak tu.

patutnya time kitorang pergi tu,
musim keluar salji kat terowong ni.
tapi mungkin masa kitorang lalu situ, belum masa dia keluar.
so tak dapat merasai turunnya salji di aquaria KLCC. *insert muka sedih minor* :P


wani and the little fish.



obor-obor yang nampak transparent dalam air. cantik wehhh. masha Allah.

lepas tu keletihan berjalan.
lapar pun ye.
menapak balik dari aquaria ke KLCC.. ikut laluan yang sama.
singgah ke food court, sebab tahu kat situ ada kedai makanan veggie organic.. simple life.
so order nasi goreng kat sana.
sedap weh, despite of makanan kesihatan (biasanya makanan kesihatan tak sedap HAHA).

my fried rice :)

untuk eating healthily awareness,
bila saya kat gerai simple life ni, tak de sorang malay pun membeli kat sana.
indian ada la sorang. yang lain ramai chinese.
nampak tak betapa tingginya awareness diorang untuk makan yang sihat-sihat?
so kudos to them!

lepas tu dah tak larat nak balik hotel naik tren.
kita naik grab je la wuii.

sampai hotel, rest kejap.
then petang tu angkut Ariana jalan-jalan.
tak pergi jauh pun, semua walking distance away.
ke sungei wang plaza, betul-betul seberang jalan dengan hotel.
lepas tu ke lot 10.. pun jalan kaki je dari hotel.
dekat gile.

sungei wang, pergi mr DIY beli toys.
nak cari mc d tapi mc d tak de.
so tapau KFC untuk husband.
then kat lot 10, buying myself a miso noodles.
sebbaik kat lot 10 pun ada kedai simple life.
senang hidup. lolx

deko-deko krismas kat lot 10. hot air balloons. nice!

belon-belon tu akan naik turun, so memang cun la.


kat kedai simple life, lot 10.

tapi kedai ni ada kt KL je weh.
kan best kalau tetiba muncul satu cawangan kat Putrajaya. hahah
(bukak satu kat alamanda, plz!)


miso noodles.

lepas tu lepak kat bilik hotel je.
tunggu midnight, nak tengok fireworks ikut tingkap.
tapi Ariana anaqi pulak dah tidoo.
tak sempat diorang nak tengok. haha




dua skrin besar kat bintang walk ni boleh nampak dari tingkap bilik hotel. so happy new year 2018 to you all!



husband dok main game tengah-tengah malam. bahaha



ni pagi esoknya. anaqi bangun-bangun main permainan dia.



morning view from our hotel room.



again, another lovely view.

lepas check out,
gerak ke ikea cheras on the way balik.
makannn. HAHA




memandangkan sy time ni tengah vegetarian mode, sy ambil vegetarian meatballs ni.

tapi pedasss.
bukan sy tak tahan pedas,
tapi sy tak boleh makan cili masa detox.
so rasa sebiji je meatballs ni.
kesian meatballs lain menangis tak dimakan. hua maafkan ai. :P


oklah tu je kisah kitorang sambut new year tahun ni.
memang KL tu destinasi yang best untuk new year.
not that we really celebrating, but just to see the fireworks and have a break lepas bekerja throughout the year.

so yeah.
may we all have a fantastic year!

bye! :)

No comments: