Copyright © emp street©
Design by Dzignine
Friday, November 24, 2017

drama red velvet



(entry sambungan trip ke cameron highlands kita KIV kejap sebab belum transfer gambar. hahaa)


so drama red velvet officially habis dah semalammm.
dan sy tertidur towards the end! doink *orang tua macam ni la.. tidur awal je keje. kemain sengkang mata tu time iklan, tapi tewas jua. lolx*

so i watched the final eps on astro on the go.
sebbaik ada on the go kan. haha

novel red velvet pun sy dah habis baca.. twice.
dia jadi 2 x baca tu sebab sy beli novel baru yang tak best,
so baca balik novel lama yang best. kihkih

to those yang tak ikut,
red velvet ni kisah tentang a girl, helena and a guy, izzat.
helena ni mula-mula bercinta dengan suami orang. cinta mati la.
izzat baker. kepakaran dia.. bake red velvet.
somehow diorang berjumpa masa helena tengah frust kat atas bukit tempat izzat selalu lepak.
dia kira lari dari rumah la.. konon nak lari ke thailand dengan boyfriend dia.. tapi tak jadi.
the boyfie ditched her sebab wifenya mengandung.
tapi lepas-lepas tu masih dok kejar-kejar helena lagi.
and helena+izzat ni memang gila-gila gaduh la mula-mula.
then eventually become friends, fall in love.. tapi tak lama.
lepas tu bila izzat dapat tau rahsia helena, apakah yang akan berlaku?
sebab izzat ni benci gila kat homewrecker, since ibu dia dulu mangsa perceraian daripada orang ketiga jugak.

so kalau nak tau ending dia.. bolehlah baca novel + tengok drama kat website.
best gile weh.
novel dia la yang best gile.
drama oklah.. tapi tak 100% ikut scenes dalam novel.
cuma gistnya tu still ada.

komen sy tentang drama ni..
dah hujung tu macam drag sikit.
watak helena sy rasa lebih sesuai kalau fatin afeefa yang lakonkan (dalam drama ni, afeefa lakonkan watak sophie.. gadis yang menagih cinta izzat, tapi tak berjaya).
sebab sy nampak chemistry watak sophie and izzat tu lebih daripada izzat and helena. idk. just my 2 cents.
sebab bila sophie frust tu, betul sedih muka dia nampak her love towards izzat. aicewah.
lagipun dalam novel, watak helena ni digambarkan seksi, free hair etc.
bila tengok sophie, lagi berkenan kalau dia bawa watak helena. hahah
but oklah, happy ending, drama pun happy ending.
dalam novel, it ends kat bukit tempat diorang first time jumpa.
tapi dalam drama, ends kat melaka.. helena+izzat balik daripada naik river cruise. hihi
location jepun tempat helena dihantar jauh oleh parentsnya pun.. tukar ke melaka.
mungkin tak de bajet nak ke oversea untuk drama ni.

so overall,
i was having a lot of fun watching red velvet.
tak tau la drama apa pulak yang ganti minggu depan.

kbaiii.

2 comments:

MRG Ita & Izry says:
at: December 7, 2017 at 12:52 PM said...

hai wani gojess! kita singgah blog awak pulakk. hehe. nak follow awak! :D

wani ezryl * says:
at: July 13, 2018 at 11:26 AM said...

hai, ita! thanks for dropping by!
feel free untuk follow :)