Friday, December 15, 2017

hotel rosa passadena, brinchang, cameron highlands

hahah boleh tak.. dah sebulan pending cerita ke cameron highlands ni :P

apesal ntah, mood blogging tak sampai-sampai.
ikutkan hujung tahun ni kerja banyak dah settle,
so banyak free time pun nak blogging.
malas punya kes la ni. lolx

so here goes.
entry kali ni cerita pasal tempat penginapan je.

kitorang menginap selama 3 hari 2 malam di hotel rosa passadena, brinchang.
sebenarnya cari tempat yang selesa, bersih, tak mahal sangat and dekat dengan tempat makan.
dok google-google, jumpa la hotel ni :)


abaikan katil yang dah dirasmikan dulu oleh budak-budak. lolx

kitorang ambik bilik triplet;
means ada 1 katil queen dan 1 katil single.
ok sangat tu untuk kitorang berempat.
total harga 2 malam, around 400+.
ok sangat tu harga memandangkan lokasi yang super strategic dan stay sampai sabtu (weekend).
tau je la kalau weekend biasanya harga mesti mahal kan.
tapi ni kira ok sangat.


ada tv skrin rata.

hotel rosa passadena ni hotel lama, tapi memang sangat bersih.
banyak jugak hotel lain kat bandar brinchang, hotel bajet terutamanya.
tapi sila survey betul-betul sebab banyak hotel bajet tak ada lif.
so carilah yang ada lif. senang nak angkut beg.
hotel rosa passedena ada 2 lif.
part parking, boleh parking kat luar atau ke basement.
tapi basement terhad.
kalau datang hari biasa macam kitorang datang khamis, ada la parkingnya.
start weekend, susah sikit nak parking.
boleh parking tepi-tepi jalan kat luar hotel.

tv channels oklah, tak de la banyak mana.
tapi yang penting ada astro ria ye. haha
channel movie.. tak silap fox movies.

wifi free pun ada tapi tak cemerlang :P

ada mini baru (peti sejuk) dan juga kettle semua.


aircond dan kipas memang tak de ye, sebab kawasan ni dah sedia sejuk.
memang tak perlukan aircond pun haha.
tapi husband kata sekarang dah tak sesejuk dulu.
sangat betul, sebab kalau dulu kita ke cameron, bila bercakap tu hembus mulut pun keluar asap,
now mana ada lagi asap kabus-kabus tu.
cuaca dunia dah semakin panas.


dari tingkap bilik. nampak lama je dari luar, tapi kat dalam ok je.



dari tingkap bilik jugak, kat sekitar hotel ni ada kedai-kedai. bank pun kat sebelah je.



ni gambar second day kat cameron. nampak la kemas sikit katil :P abaikan model tengah menangis kenapa entah tu. haha

bab iron baju, seterika tak disediakan di dalam bilik hotel.
tapi kat luar bilik belah hujung ada tempat menggosok.
tapi convenient je sebab jarak antara bilik dengan tempat iron tu tak jauh mana.
5-6 langkah sampai dah.

tempat iron baju.



sepanjang koridor kat luar bilik hotel, banyak tempat duduk macam ni.

sarapan pagi adalah complimentary (percuma).
tapi choice tak ada la super banyak.
cukuplah buat kenyang perut. hee
selection seperti nasi lemak (husband kata sambal sedap), noodles (kadang mi, kadang kwey teow), bubur, cereals, sosej, kuih macam samosa, buah, etc etc.
tapi turun awal la, makanan cepat habis. air pun sama.




AAs tengah breakfast.





satu lagi as i mentioned, tempat ni strategik kan.
dekat dengan kedai makan.
next entry sy akan cerita pasal kedai makan berdekatan dengan hotel; nik tomyam.
tapi kawasan ni banyak anjing melepak-lepak kat jalan.
so kalau rasa tak selesa berjalan kaki kat luar, boleh naik kereta.

kedai, farmasi, restoran, semua dekat sangat.
asalnya dulu hotel ni dekat gile dengan tapak pasar malam brinchang.
now pasar tu dah pindah ke golden hills.. bawah sikit kat tanah rata.
nak elak jem menggila kat brinchang ni kot.
so now tempat ni lebih tenang la.
dulu-dulu super sesak ok.

oklah nanti sambung pasal kedai makan pulak.

till then!!

No comments: