Saturday, November 11, 2017

cuti-cuti ke cameron highlands

minggu ni sy dan husband ambik cuti 2 hari (khamis dan jumaat) untuk bercuti.
saja kami pilih the 'unweekend' sebab nak elakkan jem menggila kat cameron highlands.

cameron memang akan jem pada peak season macam cuti sekolah.
satu lagi, on weekends. any weekends memang jem.
so kami gerak pagi khamis ke sana.
memang tak jem.
jalan pun clear je.
kejap dah sampai.

ada sikit je kenderaan time ni.


lepas tu dalam perjalanan, kami singgah ke lata iskandar.
tak de mandi-manda pun,
just snap gambar view yang lawa.


lata iskandar.



us four.



best kan air terjun tu!

macam dah lamaaaa superlama tak ke sungai/air terjun.
kalau mandi-manda pun setakat kat pool kejiranan. hahah
bolehlah tu kan.
duduk kat bandar mana nak jumpa air terjun woih.
untung orang yang duduk kat cameron ni.
time datang tu ada nampak rumah yang betul-betul tepi air terjun kecik.
ko bukak tingkap rumah je, nampak air terjun.
tak ke majestic tu.


lepas tu kami teruskan perjalanan.
singgah pulak ke bharat tea plantation.
bharat ni memang laluan nak naik ke atas cameron.
alang-alang, kita singgah.
orang tak ramai. mungkin sebab hari khamis.
parking pun depan kedai tu je.

kat cameron ni ada beberapa ladang teh.
bolehlah google.
ada few places selain di bharat.
contohnya kat ringlet, kat sungai palas..

ordered kek chocolate indulgence dan teh hazelnut. husband minum ni. sy jarang minum teh.



menengokkan view ladang teh yang menghijau dan lawaa.

suhu memang sejuk,
tapi dah tak sejuk macam dulu.
akibat kesan pembangunan dan green house effects.
kalau dulu, stay kat tanah rata pun boleh berasap mulut pada waktu malam.
now, no more.
duduk kat brinchang atas nun pun tak de maknanya mulut keluar asap haha.
tapi masih terasa sejuknya.
macam bukak aircond light light :D


nampak tu anaqi tengah enjoyed his cornetto ice cream.

memang selesa la pergi time tak ramai orang.
jadinya silakan bertolak hari khamis macam ni.
boleh enjoy everything di cameron dengan kesesakan yang minimum.
(untuk yang tak ada anak-anak bersekolah la. yang ada anak-anak bersekolah, memang terpaksa pergi masa peak season).


by the bharat tea plantation's wide view.



ariana and mama.


aight.
nanti kita sambung pulak next entry pasal hotel dan lain-lain.

cya around!

2 comments:

Yasmin Aris said...

Seronok kat sanaa. Musim hujan ni mesti bertambah sejukkkk


Jemput join ;)
https://mimintalk.blogspot.com/2017/11/blog-hop-giveaway-by-yasmin-aris_51.html

wani ezryl * said...

salam yasmin. sorryyy baru terbuka komen ni sebab dashboard blogger lain daripada dulu, selalu terlupa nak check komen. hope you're having a good day there! thanks for dropping by!