salam semua. helo delo!
sebelum entry diteruskan, marilah sama2 sedekahkan al-Fatihah kpd seorang sahabat, rizal rafdi yg telah pergi menemui Ilahi pada pagi 23.8.2017, sekitar midnight 12.15am selepas lebih 2 bulan di ICU kerana komplikasi denggi. al-Fatihah.
//
so semalam, 23 ogos 2017, kitorg memulakan our mini pengembaraan ke bandung, indonesia! xD
kami ambik grabcar service untuk kali pertama dgn caj RM13 dari rumah di putrajaya ke putrajaya sentral.
caj tiket ERL dari putrajaya sentral ke KLIA2 pulak adalah total RM27; iaitu RM9.50 utk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak (ariana 4 tahun, anaqi 1 tahun 10 bulan. caj memasing sama).
AAs (ariana & anaqi) enjoy sungguh la dengan perjalanan kali ni.
it was fun but tiring at the same time, disebabkan nak mengejar budak2 berdua ni lari sini sana. penat hoih!
sisthur telah bertukar menjadi monster berapi most of the time.. lolx.
nasib baik la last minute beli harness (dalam bentuk beg robot) untuk anaqi.
kalau tak, lagi la lepas lari budak tu.
ariana was like menyusup sana sini kat klia2.
berkejar-kejaran la kita sambil melaung2 kat tengah orang ramai, memanggil namanya. haha
spread the love! |
kamcing sangat. nampak tu harness yang anaqi pakai. kena tengok je selalu. |
ni kat dalam dah.. area nak gerak ke gate untuk departure. |
petang around 4 macam tu baru budak2 ni tidur. tenang sikit airport. bahaha |
our flight, QZ172. |
family snapshot di dalam kapal terbang. |
ye, snapshot sebelum anaqi panjat dan turun naik kerusi. huaa
disebabkan diorg berdua dah tidur sleep and sound kat airport sebelum ni,
jadi time kat dalam flight memang dah jana tenaga baliklah.
i bought em toys (esp to anaqi) to distract em.
ariana ok je duduk kt seat dia.
anaqi yang cepat boring kot. haha
orders mac & cheese DAN chicken lasagne. |
mac & cheese to preorder kt website.
chicken lasagne pulak beli on board.
boleh bayar dengan RM atau rupiah.
tapi lagi untung beli dgn rupiah.
sebab harga dia Rp.55,000 atau RM17.62 masa beli tu.
kalau guna RM, kena bayar RM22. kan banyak bezanya.
view yang superlawa dari tingkap. purple and blue ray. |
bukti budak tak nak duduk diam. lolx |
ariana duduk je kat tempat dia. |
ariana and i. |
ariana and babah. |
OTHER BANDUNG ENTRIES:
DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas
DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur
DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe
BANDUNG TRIP : Day 3 - Trans Studio Bandung, Wong Solo, Rumah MODE & Martabak Andir
BANDUNG TRIP : Day 4 - Farm House Lembang
Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk
Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo dan Airport
No comments:
Post a Comment