kitorang sampai aiport bandung around 8.30 malam macam tu. |
plannya nak makan malam, lepas tu balik hotel rehat-rehat and tidur.
esoknya baru nak jalan-jalan.
konsep vacation kali ni adalah tak nak rushing sebab bawak budak-budak kan.. pergi pun 5 hari.
jadi mari ambik own sweet time untuk berjalan sana sini.. haha.
husein sastranegara international airport, bandung. |
untuk ke bandung dari malaysia, just sediakan passport saja.
biasanya di airport KLIA2 & bandung, diorang hanya check passport.. tak check IC mykad, mykid mahupun surat beranak. (tapi jangan tak bawak pulak IC tu.. haha.
surat beranak sila tinggal rumah, sebab kitorang bawak sekali tapi tak pakai pun).
sampai kat airport bandung, just isi satu borang ni then submit kat petugas sana *sila bawak pen dalam beg.. senang*
borang ni adalah maklumat pelawat yang datang.
seorang pun cukup isi 1 borang bagi pihak 1 family.
beratur nak keluar. |
airport bandung ruangnya kecil saja, so situ je lah tempatnya ko nak ambik bagasi and everything.
lepas tu terus pintu keluar.
jangan ada plan nak tidur kat airport ke apa.
sebab tak de ruang ko nak tidur pun. hihi
tengah tunggi bagasi. |
keluar dari airport, kitorang disambut oleh pak agoes (camne eja namanya.. nanti ai tanya kat husband. haha)
so sebarang urusan kitorang kat bandung kali ni iaitu hiring supir (pemandu), pak agoes yang uruskan.
hotel kitorang beli sendiri je kat agoda.
itenerary pun banyak sendiri yang susun.
just beritahu je supir nak ke mana.
oh supir kami kali ni namanya iwan suwianto (tak tau eja jugak sy ni). panggil pak iweng saja.
dinner malam tu kitorang ke dapur sangkuriang.
suka konsepnya yang makan bersila dalam pondok ni.
plus pondoknya ada dinding tepi-tepi..
jadi agak selamat untuk budak-budak yang suka lompat sana sini *macam AAs. bahaha*
tak ada la diorang nak terjun sewenang-wenangnya dari pondok tu kan :P
kat luar pondok (tepi tu je pun) ada sink basuh tangan. senang.
kalau yang tak suka duduk kat pondok, belah dalam pun ada kerusi meja biasa.
budak berdua ni dah start main kereta dahh.. lolx |
sementara tunggu makanan sampai. kejap je. service pantas. |
macam ni lah rupa pondok dari luar. tepi tu ada sink basuh tangan. |
kat luar pondok tu adalah taman dengan kolam. |
ikan gurame bakar berasap-asap. fuh *asap tiada di dalam gambar* :P |
ikan gurame ni is ikan kaloi.
time sampai tu waitress dia tuangkan kuah kicap yang manis. tak pedas pun.
sedaplah. sebab tak pedas, anak-anak boleh makan.
nasinya diisi di dalam bekas anyam macam ni. nice. cuma senduk je pink. kena tukar senduk kayu, baru nampak asli. hihi |
air pun dah sampai! kitorang order jus oren dan jus tembikai x2. |
ikan gurame bakar, kangkung goreng dengan telur dadar. pun kenyang makan berdua plus two (budak2 tak makan banyak pun) |
lepas makan, terus shoot ke hotel.
ada lah snap gambar di perjalanan.
meriah jugak malam-malam weekday macam ni.
kedai ni kat depan hotel kitorang. |
kali ni kitorang stay di hotel serela cihampelas, bandung.
betul-betul kat cihampelas walk (mall and kedai)
cuma tak sempat berjalan lagi.
ambik bilik king deluxe, 1 night dalam RM120 macam tu.
orang berpengalaman cakap, kalau ke bandung tak payah book bilik mahal or mewah, sebab ko akan keluar jalan or shopping the whole day,
and akan ada kat hotel time noon untuk rehat kejap/solat and time malam je untuk tidur.
rugi pitih if ko nak ferfeeling suite bagai hahaha
(tapi kalau jenis yang mampu and mementingkan keselesaan, apa salahnya nak dok hotel 5 star ke. tak de hal lah)
laluan masuk ke hotel. |
our humble room. aicewah :D |
cantik biliknya.
cuma tak de lah super besar untuk ko nak lumba lari berpalang dalam tu.. lolx
bilik simple macam ni TAK ADA fridge, wardrobe bertutup (just ada tempat untuk gantung baju yang terbuka) dan iron.
edited: sini tak ada iron, cuma ada ironing service. korang kena call operator dan house keeping akan datang ambil baju. caj untuk sehelai baju is Rp.10,000 (sekitar RM3) untuk baju dewasa dam Rp.7,000 (RM1+) untuk baju kanak-kanak.
so sila bawak baju yang tak perlu iron.. lebih mudah :D
sy just bawak sehelai baju yang perlu iron.
and sehelai baju ariana.
lain semua tahan renyuk, termasuk tudung.
setakat ni house keeping diorang memang pantaslah.
pagi tu nak keluar breakfast, dah nampak troli diorang lalu untuk bersihkan bilik.
by the time tengah hari balik dari berjalan, bilik dah siap kemas.
towel pun tukar walaupun kita tak letak atas lantai (ada hotel yang suka galakkan visitor diorang untuk recycle towel).
tapi makanan dia sedap ok.
tu nanti cerita next entry pulak.
bersambung...
OTHER BANDUNG ENTRIES:
DAY 1 - KLIA
DAY 1 - dapur sangkuriang, hotel serela cihampelas
DAY 2 - pasar baru, restoran mitra sederhana pasteur
DAY 2 - anakecil, yoghurt cisangkuy, factory outlet, sierra lounge and cafe
DAY 3 - trans studio bandung, wong solo, rumah mode, martabak andir
DAY 4 - Farm House Lembang
Day 4 - Strawberry Farm, Kopi Luwak Cikole, Floating Market Lembang, Kampung Daun dan Cihampelas Walk
Day 5 - Kartika Sari, Amanda, Durian, Wong Solo dan Airport
No comments:
Post a Comment