Saturday, August 05, 2017

jalan-jalan ipoh

hai! *wave*

last weekend kitorang satu family ikut husband ke ipoh, perak.
asalnya atas urusan kerja husband, tapi sambil-sambil tu bercuti sekali.
yelah, AAs (ariana & anaqi) sukalah tu pergi jalan-jalan.
si bariana tak habis-habis nak pergi otel, pergi otel. lolx

since husband bekerja, tak dapatlah jalan ke banyak tempat iconic di ipoh.
setakat lepak kat hotel la kot.
i missed the street art, which i look forward to since forever.
tapi mungkin lain kalilah. hehe

perjalanan ke ipoh ambik masa yang agak lama.. sebab jam teruk.
i don't know either because it's friday's evening,
or because there were too many accidents kiri dan kanan highway.
kadang tak ada apa pun, accident kecil, tapi faham-faham je la sikap keprihatinan kita semua..
suka slow down nak tengok apa berlaku. ahaha

sampai ipoh dah malam macam tu.
husband ada dinner kat hotel, tapi dah lewat sebab jem,
sy ajak pergi kedai mee udang ketam sempoii diraja..
which is famous jugaklah kat ipoh ni.
kedai ni serba-serbi udang, ketam, lobster, segala-bala seafood galore. haha
dengarnya tukang masak adalah bekas tukang masak diraja.
may be that's where it gets its name.

kedainya kat area shoplots, corner.

boleh google kalau nak ke kedai ni.
pakai maps GPS pun sampai.
dalam blogs yang sy baca, katanya kalau nak order seafood, sila tanya harga dulu.
kot nanti terkejut bila dah sampai, harga mahal. seafood kan. hihi
sini tak ambil credit atau debit card ya, jadi sila sediakan cash cukup.


sy try ini; mi udang galah.

verdict sy, sedap.
kuah bukan jenis pekat, kuah cair je tapi sedap.
mi, portion dia tak banyak.
kalau yang jenis kuat makan, kena minta 2 pinggan la kot.
sepinggan macam kat atas, harga RM15. generous dengan bilangan udang.
kalau nak udang lagi besar pun ada, adik yang ambik order tu cakap bergantung kepada saiz..
boleh up to RM60 sepinggan.


husband ambik nasi putih dengan udang laut masak masam manis.

tu je kitorang order, sempoi jugak kan. haha


mi udang galah sy, close up. yums.

lepas tu barulah patah balik ke pusat bandar, check in hotel.
kitorang stay kat weil hotel untuk 2 malam.
bandar ipoh ni rupanya jalannya (pusat bandar) dah sehala, macam kat KTcity jugak.

weil hotel boleh dikatakan hotel yang baru jugaklah kat ipoh.
sy pernah terbaca review tentang hotel ni dalam blog yang biasa sy baca.

kesimpulannya hotel ni selesa, cantik, makanan sedap..
aircond je sejuk macam kat antartika. ahaha
kitorang tidur set suhu 30 degree, masih terasa sejuk.

bilik kitorang. yang purple tu abaikan, tu anaqi enter frame gambar. lolx



bilik air. design komtemp. nice.



bahagian bath tub dan shower. ada rain shower jugak.



tv pun ok la, ada few channels, termasuk channel disney untuk budak-budak.

ye, memanjanglah kitorang bukak channel disney tu je. HAHA


sofa. hujung tu buat tempat solat.

tak nampak pulak sejadah.
mungkin kena request.
so bolehlah bawak sejadah sendiri kalau datang sini.


ariana tengah betulkan kasut adiknya.

ariana memang suka betul bab nak pakaikan kasut anaqi ni.
kalau sampai taska, dia yang beria nak bukakan kasut anaqi.
i told her, biarlah, bagi anaqi buat sendiri.
anaqi eager nak pakai and bukak sendiri. biar dia belajar on his own.
tapi takk.. being a kakak mithali (lah sangatt HAHA), ariana tetap nak pakaikan anaqi kasut/sandalnya.



tetiba nak pegang-pegang tangan.. apa kes! biasanya bergaduh je budak berdua ni. hahah



breakfast pada pagi sabtu.

orang agak ramai time kami datang tu.
sebab ada event lain juga.
so meriah la.
tapi kat restoran hotel ni, walaupun orang ramai, mereka masih boleh manage.
sy pernah ke hotel-hotel mana ntah dah tak ingat,
orang terlalu, lalu, lalu ramai sampaikan makanan habis pun lambat nak refill. pengsan.
tapi di weil hotel, sy pujilah.
walaupun orang ramai, semua dapat seats, tak perlu menunggu dan semuanya selesa.
makanan sedap. itu salah satu yang penting jugak.


with em, my lovelies.

sabtu tu husband ada meeting.
so kitorang berjakari *berjalan atas kaki sendiri.. ahaks* ke ipoh parade shopping mall kat sebelahh je hotel ni.
ada laluan terus dari lobi hotel ke mall.
senanglah.
sy memang suka hotel yang sebelah-sebelah mall ni.
apa-apa hal, nak makan, beli barang, semua senang.
kalau datang sorang harus dah pergi tengok wayang ni. kahh.
tapi since bawak budak-budak, kita bawak ke tempat permainanlah, apa lagi.

i think these kids.. they grow up fast.
dah kurang berminat nak main lama-lama kat molly fantasy.
main tu mainlah, tapi disebabkan kat sebelah molly fantasy ada game arcade,
dua-dua si AAs ni tak habis-habis tarik sy suh pergi sana.
so tak sampai sejam main kat molly fantasy, dah kena ke arcade. *tepek dahi*





haha this photo! macam ninja ke apa ni.

mind you, my kids are very active.
both of them.
si anaqi ni kalau dapat tempat tinggi macam kerusi sofa ke apa, memang dia lompat.
lompat jenis terjunan tu.
memang kena tengok selalu. lolx

sampai kat arcade! game ni comel sebab siap ada air kat tepi bot tu. air betul. haha
tu anaqi dok kocak-kocak air.


konsentrasi. walaupun masih cuba memahirkan diri untuk menguasai game, tapi semangat tu harus dipuji. lolx



kemain suka dia main game ni. 3-4 kali jugaklah main.



anaqi asalkan nampak kereta je, mula la obses dia tu. hahaha "car! car!" katanya.



dia memang suka kereta. pergi kedai mana, kereta jugak yang dia capai. kadang robot. ikutlah.

lepas penat main (mama sebenarnya yang penat nak tunggu HAHA),
bawak diorang beli mainan.
lepas tu balik hotel.
ingat nak order in room dining je.. sebab husband dah siap-siap makan kat meeting dia.
petang pulak husband ada lawatan kat kapal korek ke kat mana.
lepak hotel je la kita.
kalau tak, ingat nak ajak husband buru makanan (food hunt) cari laksa telur bersarang.
tapi husband habis lawatan dah lewat.
kedai laksa pun dah tutup agaknya pukul 7 petang. lolx


view dari tingkap bilik hotel.



order ke bilik.. tiffin fried rice.

tiffin ni nama restoran dia.
agak meriah nasi goreng ni.
sy kalau ke hotel memang suka order nasi goreng, nak tengok keistimewaan nasi-nasi goreng di hotel-hotel berlainan.
so di weil hotel, dengan harga RM30 sepinggan *mahal jugak tu! tapi banyak sides jugak la*,
boleh dapat nasi goreng dengan udang yang banyak, ada ikan bilis juga dalam nasi goreng,
ada ketam lembut goreng,
ayam goreng berempah,
telur goyang, salad, papadom,
acar buah dan sambal belacan.


bilik air kat weil hotel ada bidai. so boleh buka kalau nak.

sesuai la tu kalau anak-anak mandi kat dalam, boleh nampak.
tapi biasanya kitorang tunggu je diorang mandi kat dalam tu.
tak pun untuk orang honeymoon kot.

malam tu pergi cari char kwey teow ketam berapi.
rupanya dah tutup kedai dia!
nak disewakan dah.
punyalah pusing-pusing sampai masuk kawasan kampung (kedai tu dalam kawasan kampung.. tapi meriahlah sebab banyak gile kedai makan dalam tu).
so we ended up tapau kwey teow kerang sebab budak-budak pun dah tertidur.

kwey teow yang dimasak dengan arang. rasa oklah. not wow, but ok.

esoknya ahad, breakfast dulu before nak balik.

lagi satu sy suka try kat hotel, adalah omelette.

omelette kat weil hotel adalah sedap!
dalamnya ditabur dengan serbuk cheese.
tapi time breakfast hari sabtu, omelette dia lagi sedap gile sebab chef tu buat tak dry sangat.
just nice la.
hari ahad ni chef lain, dia buat telurnya dry atau dah masak secukupnya.
tapi masih sedap.


tengok AAs buat apa! lolx



pemandangan yang jarang dilihat.. makan dengan tenang. bahaha

sy memang nak ucap terima kasih la.
and kudos to my husband.
sebab most of the time, bila makan,
dia yang banyak tolong jaga and pegangkan budak-budak.
kalau tak, memang sy tak boleh makan dengan tenang. hahah
ada time memang sy pegang anaqi, just tengok time jugaklah.


lepas tu jalan-jalan ke rooftop tengok infinity pool dia.



ada tempat lepak-lepak macam ni. kalau tak nak mandi, lepak pun best.



husband.



since tak banyak mana gambar berdua, snap sekali.



didatangi 'orang ketiga', kemudiannya 'orang keempat' pula. lolx



cantik kan view kat pool ni! walaupun pool tak besar mana, tetap nampak best.

sy suka pokok kat belakang tu!
haha. tu je nak cakap. :P


lepas tu gerak ke the lawn pulak. dia macam taman la.. outdoor. tempat buat event pun ye.



i love the greens!





did a few jumpshots.
tapi tak semua la letak dalam blog ni. haha








puas hati, beb.
lama tak jumpshot.
ni kalau dapat skating lagi ni mesti lagi best gile-gile.
tapi kite sedarlah diri ini sudah berusia. HAHA

(nanti la bila-bila nak pergi ice-skating pula)

balik tu nak makan durian, tak jumpa! haha
kata kat perak musim durian kan.
mana duriannn manaaaa *dramatik habis*

haha.
so balik putrajaya tu, singgah dengkil, beli durian.
ada durian tembaga.
tanya orang jual tu, durian dari mana.
"dari perak, bang." katanya kat husband sy.
LOL! kami pun dari perak ni.. tapi last-last jumpa durian perak kat dengkil! :P

dan entry ini diakhiri dengan gambar depa makan durian. haha










zomg semua hantu durian!
pesaing ai semua ni! haha




dalam gambar nampak kuning, sebenarnya isi durian tembaga tak kuning sangat.. ikut jenis-jenisnya.

ok, toodles!

No comments: