Wednesday, March 29, 2017

makanan atas meja dining - edisi mac 2017

kahkah siap ada 'edition' lagi koleksi gambar makanan ni :P
sy letakkan kat sini pun as a food sketch,
selain untuk memberi idea kalau ada yang tak tau nak masak apa hari ni.

hah ambik, kemain banyak entries sy upload hari ni.
dah midnight ni, sempatlah nak blogging.
sebab tadi dah nap awal.. tak mengantuk sangat sekarang.

oklah tak nak banyak cerita, here goes food photos kita kali ini :


menu agak sihat; ikan kembung grill dan sayur grill untuk husband.



cucur ikan bilis dengan kentang; garing di luar, lembut di dalam. dengan sos thai mae pranom brand, my favourite.



ayam kampung masak merah.

memang banyak beli ayam kampung je kat pasar sekarang ni.
pasar putrajaya ayam kampungnya murah.
tapi macam dah lama tak nampak adik-adik yang biasa jual ayam kampung dengan burung puyuh tu.
so harini beli ayam kampung dengan orang lain.
tak ada yang timbang kilo, ada jual ikut harga seekor je... RM12 (biasa macam ni, saiz kecik sikit).
kalau dengan adik-adik tu, diorang jual RM11 seekor. murah seringgit.
yang timbang diorang jual RM13 sekilo (ayam besar sikit).
tapi belilah jugak daripada tak de stok ayam.. hahah.

ok sambung! :P


kangkung goreng.



sambal ketuk ikan bilis.

goreng semua ni, lepas tu tumbuk sekali dalam lesung.
(refer gambar atas)


singgang ikan aya/tongkol.



sup ayam.



mi hun goreng deging cincang kecik-kecik.. tu yang tak nampak dagingnya tu :D wah haha.



ayam kampung goreng berempah.



kari udang.



overall.



bendi goreng kering.

sy lagi suka goreng kering.
kalau basah sangat, ada lendir-lendir gluey macam tu.
me not like. haha


ayam kampung masak merah dengan daun kari. sedap ni. ni ayam kampung besar sikit. drumsticknya panjang.



daging goreng kunyit,



kuah padprik untuk ikan bawal.

kuah letak asing dengan ikan,
sebab tak nak kegaringan ikan itu hilang.


overall. tu ayam stir fry+grill dengan carrot untuk budak-budak.



sambal terung cili api kering. sedap gils.

setakat ni dah few times buat sambal terung ni.
memang sedap, bawang and cili tu sy tumis sampai betul-betul garing dan kering.
tu yang kaler macam dah gelap tu.
rasa manis bawangnya keluar.


sup ayam berkicap dengan kentang.


ok jumpa lagi! xD

No comments: