Wednesday, March 29, 2017

kedai mainan murah di nilai 3 - lotus century

hari tu masa on the way balik ke putrajaya dari port dickson,
kitorang singgah ke nilai 3 kejap.
nilai 3 ni bukan setakat ada kedai baju, kedai kain, kedai barang kahwin, kedai karpet..
tapi juga ada kedai mainan murah-murah :D

kedai mainan yang kitorang singgah ni namanya kedai lotus century.

memang banyak mainan dalam ni,
jauh lebih murah daripada kedai-kedai mainan kat tempat lain.

ariana pun rambang matalah tengok banyak 'car' dan 'motor' hahaha.
nak beli basikal, skuter basikal pun ada sini.
ada yang harganya on sale.



sy dok pusing-pusing tengok mainan lain,
ariana dok mengekor sambil tak putus-putus sebut,
"nak motor, nak motor."
selagi tak dapat, dia tak berhenti ok! lolx

akhirnya babahnya decide, oklah belilah satu untuk dia.
tengok muka penuh pengharapan kan. haha
tapi beli yang on sale je lah.
yang motor panda tu harga RM200 lebih..
yang minion dengan mickey mouse (2 warna pilihan).. ada sale harga RM119.
tu pun masa bayar dapat diskaun lagi.


"berapa yang ni?" tanya husband.



mana tak rambang mata si ariana ni!

nasib baik la anaqi tak mengerti sangat benda-benda material macam ni.. bahaha.
tu pun dia dok tunjuk-tunjuk nak mainan itu ini.
cuma choice dia tak lah nak motor letrik la, nak kereta letrik la.
choice dia lebih affordable.. kihkih.


haaaa comel sangat semua ni!!

tapi ariana tak heran sebab dia dok sibuk sebut motor, motor kan.
kita tanya nak tak ni, nak tak tu (mainan lain).. dia tak nak ye.
dia determined sungguh nak motor.


comelllllll

banyak pilihan la.
kalau nak beli mainan untuk anak-anak,
atau nak belikan hadiah birthday ke, boleh singgah sini.
harga pun ok.

kalau set macam ni pun tak silap sy below RM50.



bahagian mainan untuk baby.

tapi janganlah expect nak mainan jenama macam leapfrog ke, fisher price ke, lamaze ke.. macam kat toys r us yang agak mahal nun.
memang tak de la kat sini.
walaupun begitu, masih best dan banyak choice seperti yang sy bitau tadi.

nak lego (bricks jenama lain), kereta remote, robot, ultraman, drone pun ada.
roller blade ada, playmat ada, kids' tent, safety gate untuk baby, few barang baby ada jugak.
yang berdekatan tu bolehlah datang check it out :D
kalau dok putrajaya, kira dekat dah tu.


sy snap ni sebab tengokkan rocking horse/animals kat belakang tu.

harga rocking horse tu seratus lebih jugak.. RM119 rasanya.
oklah harga tu.
lenkali boleh datang beli. haha
(anaqi suka naik ni)


wajah keceriaan lepas dapat motor. aicehh. haha

3 comments:

Anonymous said...

Hey very interesting blog!

Unknown said...

Miss mau tanya kereta Remote Control jenis 4x4 nya ada ka atau jenis Off Road Teacher.

wani ezryl * said...

minta maaf, dah lama saya tak pergi ke sana, jadi tak dapat nak jawab.
boleh cuba call kalau ada nombornya.