Monday, January 23, 2017

workcation melaka

weekend baru-baru ni kitorang ke melaka.
yang work tu bukan sy, tapi husband.
kitorang ambik part yang 'cation' (vacation) tu je. hahaha

so jumaat tu ambik cuti.
gerak petang, tapi pagi tu nak kena hantar kereta ke pusat servis dulu..
ada problem overheat.
husband pun masuk ofis separuh hari.
dalam pukul 4 petang macam tu gerak ke melaka.

kitorang stay di straits hotel & suites, melaka.
memang satu ofis husband stay situ. diorang ada buat retreat.
masing-masing dapat upgrade bilik kepada suite.. which sy rasa harga dia memang affordable la untuk suite. RM282 je satu malam.
dengan lokasi yang sangat strategik, sepelaung je dari dataran pahlawan dan malls semua.

bilik pun bersih, kemas dan design baru. hotel agak baru jugaklah.



dia ada ruang tamu then ada bilik tidur.



di area bilik tidur.



bilik air. luas jugak, ada bath tub selain rain shower. budak-budak tu sukalah berendam. haha



ni baru sampai. nampak tu anaqi baru nak bukak selipar. lolx

sy suka laminate flooring yang kayu-kayu macam lantai bilik hotel ni.
lawa kan!
dulu masa dok apartment sewa pun, beli tikar getah design lantai kayu yang nampak macam ni. memang cantik.
tapi bila dah dok berlari-lari atas tu, solat atas lantai kayu, memang rasa kekerasannya.
kalau jatuh pun sakit woh.
best lagi karpet tebal. ahaha

melaka kan bandar teknologi hijau.
tak sangka pulak bila order makanan daripada room service,
dengan bekas-bekasnya semua jenis terurai.
tak ada pinggan pun! haha


pepperoni pizza. ni order malam, kot budak-budak lapar tengah malam.



order nasi goreng seafood dengan chicken wings, dapat dalam bekas macam ni. ohaha

macam tapau kat kedai kan? :D
memang bagus konsep ni,
tapi untuk improvement, better lah hidang dalam pinggan.
kalau nak guna yang pakai buang pun, ada pinggan jenis biodegradasi yang tekstur macam kertas kaler coklat-coklat tu. macam-macam bentuk ada.
pack macam ni ok, tapi macam tak sesuai untuk hotel.

so kitorang stay sana 3 hari 2 malam.
second day tu masa breakfast, turun pukul 8.15 pagi lepas budak-budak ni mandi semua.
kebetulan ada pelancong-pelancong dari china,
diorang terus check out then pergi makan kot.. sebab ada beg luggage berderet-deret depan restoran.
banyak makanan habis, ok.
tray nasi goreng kosong sekosongnya.
periuk bubur pun sama.. sampai ke sudah tak refill balik.
nasi goreng tu ada la refill, tapi ambik masa jugak.
husband turun awal sikit pukul 8, dapatlah dia sikit nasi goreng tu.
sy tunggu kejap, tapi sebab husband nak kena masuk meeting pukul 8.30, sy terkejar sikit nak makan.
so makan mana yang sempat.


ada staff husband ambik order berkumpulan untuk kuih keria antarabangsa kat limbungan.. yang famous itu.

husband beli sampai 20 biji kuih keria! ahaha
banyak kottt.
siapa nak habiskan tu.
sy ada lah makan beberapa biji.
just nice la rasa dia.. tak manis sangat.
dia pakai gula melaka.
berkerak gula di luar, lembut di dalam.


anaqi mengusung kotak air milo dalam bilik hotel.



dapat ke budak ni memang tunggang-langgang bilik! hahaha

so second day tu sementara husband pergi meeting,
ingat nak bawak AAs (ariana + anaqi) pergi main kat luar.
kat dataran pahlawan megamall ada tempat main.. kat mahkota parade pun ada.
tapi tengok kat mahkota parade ada kidzoona.
let's ke kidzoona.
tapi pukul 10+ pagi macam tu, AAs dah ketiduran. lolx
kena la tunggu diorang bangun balik nak dekat tengah hari.
sebenarnya anaqi tak bangun pun, ai is usung dia masuk kereta.
by the time sampai sana nanti, bangunlah dia tu.

anaqi di supermarket. spot anaqi yang paling kecik dalam tu. haha



ariana played doctor-doctor.

ya dia memang suka main doctor-doctor.
kalau kat rumah tu, habis picagari ubat selsema anaqi menjadi mangsa.
dia buat-buat inject kitorang sana sini.
last-last hilang. haha


kereta pun banyak. tak de rebut-rebut ke apa. pilih je mana yang nak.

kitorang sebenarnya gi makan dulu.
lepas tu baru naik ke kidzoona.
saja biar budak-budak ni cukup tidur, perut kenyang.. baru seronok nak main.
orang lain pi main dulu kot.. lepas tu kelaparan.
so dalam pukul 1 macam tu ramai dah beredar nak pergi makan.
tu yang tempat main nampak tak ramai budak-budak.


anaqi main kinetic sand.



ariana suka buat bentuk-bentuk kat pasir.

husband kata pukul 2.30 petang ada macam sukaneka kat hotel.
so dalam pukul 2.00 macam tu kitorang pun balik.
tak join sukan pun, bawak budak-budak ni main swimming pool.
sebab sukaneka tu buat kat area pool.
sini tak de pool budak-budak kecik.
ada yang tinggi 1.4 meter je dari hujung ke hujung.
so berbekalkan pelampung, kitoranglah ibu bapa ni yang bawak AAs ke hulu ke hilir dalam pool tu.

kemain seronok dapat swim. air sejuklah tapi :D

malamnya pulak ada dinner.. tema sedondon.
so kitorang satu family pakai baju kotak-kotak.
ada la makan-makan, bagi hadiah, majlis perpisahan, cabutan bertuah, tukar hadiah, karaoke dll.


snap dulu gambar dua beradik ni pakai sedondon.



our little family.


ahad tu dah check out.
tak menyinggah zoo ke mana, sebab AAs tidur dalam kereta.
penatlah pulak nak jalan kan.
so sampai putrajaya around noon..
unpacking beg dan terus basuh baju.
sy mmg tak suka tunggu lama-lama, memang nak kemas aje beg tu, tak boleh tengok terbongkang depan pintu rumah haha
basuh baju budak-budak dulu, sebab ada selimut anaqi nak kena dibawak ke taska minggu ni.
so biar yang tu kering dulu.
then keluar alamanda dengan ariana.. makan and beli barang.
husband recharge energy kat rumah lepas penat memandu. anaqi pun kat rumah.
balik dari alamanda, petang tu sambung basuh baju mama and babah pulak.

percutian yang pendek, tapi seronoklah.
ni nak tunggu redeem ada 2 baucer hotel beli haritu.
tunggu la weekend mana-mana pulak.
tunggu lepas hari wilayah dulu.
haha

kbai!

No comments: