Sunday, January 15, 2017
INAYAH aku ingin pulang - review
salam & hi hi!
most recently, sy baca sebuah novel horror (seram) yang bertajuk 'INAYAH aku ingin pulang'.
terasa nak buat review sebab pada sy, novel ni agak menarik *untuk dibaca dan untuk direview. ahah*
SINOPSIS DI BELAKANG:
setelah tinggal lama di new york, muhammad dan aisya memutuskan untuk berpindah balik ke malaysia dan memulakan hidup baharu. mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.
"i don't like this house. it's scary. penny hates this house. right, penny?" - adam
muhammad dan aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.
"papa! you dah dah melampau! you just refuse to see it." - aisya
"see what?" - muhammad
"something is wrong with your son!" - aisya
campur tangan daripada suraya, ibu kepada muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk 'memagar' rumah anaknya itu. namun, perkara itu mendapat tentangan daripada aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.
"dia tengah pagar rumah kamu ni. biar tak masuk hantu. biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin." - suraya
"ini semua khurafat, mak. tak boleh ni." - aisya
apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? berjayakah muhammad dan aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? adakah sebenarnya mereka sudah terlambat?
"siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-mu, Allah Ar Rahman. pulanglah kami pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! pulanglah kamu pada tanahmu, Allahuakbar!" - imam ali
sinopsis?
the synopsis itself telah menarik minat sy untuk membeli dan membaca buku ni.
daripada sinopsis, kita dah dapat tau secara ringkas, ini kisah family moves to a haunted house; and get haunted.
tapi apa yang berlaku di dalam rumah, tiada di dalam sinopsis.. menyebabkan kita tertanya-tanya dan nak tau lebih lanjut.
cover buku?
manakala cover buku adalah awesome, eerie feeling dengan grafik rumah tinggal nampaknya.
walaupun grafik tu tak compliment fizikal asal rumah dalam novel, iaitu rumah teres corner lot (yang kat cover novel tu macam rumah banglo sebuah),
tapi masih menarik dan ada mood cerita seram tu.
pokok pun ada dalam tu (pokok ni objek penting jugak dalam cerita ni.. iaitu pokok tunjuk langit)
so how was it?
inayah AIP tak membosankan langsung, dari mula bab, sampai akhir.
setiap kali tu ada je kejadian-kejadian berlaku; either gangguan kat dalam rumah tu, konflik aisya dengan suraya the MIL yang percaya benda-benda tahyul, konflik aisya dan muhammad the husband yang tak percayakan aisya bila aisya ceritakan pasal benda pelik yang berlaku dalam rumah, kisah jiran-jiran yang sedikit sebanyak terlibat sama, sampailah ke kisah inayah, the so-called watak perempuan berbaju kebaya putih dalam novel ni.
bila sy baca novel ni, adalah jugak rasa macam gambaran some movie plots yang pernah sy tengok sebelum ni.
mostly plots daripada filem-filem seram inggeris.
but i enjoyed it much, sebab filem-filem macam the conjuring, insidious, sinister, amityville etc kan best-best! (kisah keluarga dan rumah yang ada entiti. lebih kuranglah)
overall, thumbs up kepada penulis!
kisah yang menarik, thrill dan tak sabar nak habiskan bacaan sampai ke muka surat terakhir! :)
spoiler kepada yang nak tau cerita. *SPOILER ALERT!*
seperti dalam sinopsis,
kisahnya bila this muhammad family (muhammad, wife aisya, twins adam dan umar.. umur tadika) dari new york, balik ke malaysia.
diorang ni tinggal dengan suraya, ibu kepada muhammad.
lepas tu beli rumah corner lot ni yang dah lama tak diduduki.
rumah ni di lamannya ada sebatang pokok dengan buaian.. dekat dengan masjid.
rumahnya dekat aje dengan rumah suraya.
so from time to time, suraya suka datang bawak bomohlah, bawak air jampilah, macam-macam.
sebab dia fikir rumah tu ada something.
si aisya ni pulak tak percaya benda tahyul tu semua.
and dia dah lama berniat bila rumah dah dekat dengan masjid, nak bawak satu family pergi solat kat masjid.
tapi muhammad ni (kerja edit filem seram), asyik la dok sibuk and ignorant sikit bab-bab agama.
bila ajak ke masjid, dia akan kata nantilah, sibuk kerja dll.
so nak dijadikan cerita, adam menarik minat child ghost nama kuntum (yang dok main buai kat bawah pokok tu la).
adam ni juga ada imaginary friend nama penny.
so bila dah didampingi oleh kuntum, penny pun vanished la, or as in the novel said; 'killed' by adam.
lama-lama perangai adam berubah, sampai sanggup cederakan umar and all.
ibunya si aisya ni dah lama perasan perubahan adam, tapi muhammad langsung tak nak percaya.
tu yang aisya stress, pulak tu dengan hal suraya MIL dia yang asyik la dok menyibuk bawak bomoh la apa.
kat kejiranan ni ada watak nama jamal, dia duduk seberang jalan, depan rumah muhammad.
dia ni duda kematian anak isteri, dia boleh nampak entiti kat rumah muhammad tu.
tapi awal-awalnya dia tak cerita pun kat jirannya, sebab ingatkan nampak orang betul.
dia selalu nampak budak (kuntum) dengan perempuan baju kebaya putih tu la.
then ada imam ali ke namanya.. imam masjid di kejiranan tu.
12 tahun sebelum tu, dialah yang tolong bila ada kes gangguan kat rumah corner lot tu.
then si muhammad ni ada la few times terserempak dengan inayah, yang katanya jiran sebelah rumah.
tapi lepas-lepas tu baru dapat tau yang rumah sebelahnya dah 3 tahun tak de orang, sebab owner askar dah pindah jauh.
inayah ni la rupanya mak si kuntum, yang dok mengganggu kat rumah diorang.
gangguan demi gangguan la.
yang klimaks tu bila adam makin teruk, siap panjat atap la, bunuh kucing la, siap gali lubang nak kambus umar, kembar dia. time tu la imam ni datang tolong.
even muhammad pun koma sebelum tu sebab jatuh tangga lepas kena gangguan entiti.
sebelum koma tu muhammad dah sedar la, dan start nak solat semua.
suraya pun dah insaf lepas-lepas muhammad koma.
so imam datang tolong.
flashback kenapa jadi gangguan tu.
rupanya tahun 1940s dulu ada la inayah ni dengan 2 anak kembar dia; kuntum dan kembang.
husband ada, tapi lepas tu meninggal masa bertugas (askar kot).
inayah ni lawa la, ramai penduduk kampung suka kat dia.
so ada ketua kampung ni (lupa nama), jahat gile la, puja syaitan macam tu.
dia nakkan inayah. tapi inayah tolak baik-baik.
sebab tak boleh terima, tok ketua ni rape inayah, lepas tu bunuh inayah dan dua anaknya, then jadikan korban kepada syaitan yang dia puja tu.
inayah dengan kuntum dihumban dalam 1 lubang,
yang si kembang pulak lepas-lepas tu baru dibunuh la, tapi jasad dia elok lagi sampai ke zaman muhammad pindah rumah corner lot tu.
and rupanya selepas 12 tahun, gangguan kat rumah tu muncul kembali, mungkin la sebab si suraya tu jugak.. dia yang dok bawak masuk bomoh bagai tu.
imam tu cakap kalau syaitan ni diseru-seru dibagi 'makan', lagilah dia suka. dia muncul.
so may be tu salah satu sebab gangguan.
and satu lagi, rupanya suraya ni adalah cucu kepada tok ketua yang jahat tu.
tapi tak bersalah la kan sebab cucu cicit.. tapi tetap inayah tu dendam.
rupanya si inayah ni cari anak dia si kembang.
hujung-hujung cerita ni barulah jumpa balik jasad kembang dalam tanah kat rumah tu.
inayah tak sukalah orang lain hidup gembira atas tanah tempat dia mati katanya..
tu yang dia nak ambik adam dan bunuh umar tu.
tapi last-last ok la, imam dengan jamal tolong, and hilanglah gangguan tu semua.
in the end, muhammad jual rumah tu dan pindah rumah baru, dalam kawasan kejiranan tu jugak.
adam pun dah ok, dah sembuh.
tapi yang last sekali, diorang nak pindah tu, cari mana umar.
rupanya umar dok main buai kat laman rumah lama diorang.
lepas tu kuntum datang nak kawan dengan dia.
habis macam tu la.
maknanya si kuntum tu ada lagi menyebok. lolx
so that's how it goes.
kepada peminat cerita horror, thriller, bolehlah try baca novel ni.
insyaAllah best and worth money buy :D
ok till then!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment