Wednesday, June 08, 2016

the big bad wolf : the big bad box sale 2016 (mines 2)

salam ramadhan hari ketiga.
hai hai!

ni baru nak update hari tu pergi the big bad box sale.
time cuti sekolah hari tu.


bagi yang tak tau,
the big bad wolf (BBW) ni adalah acara jualan buku-buku dengan harga super murah, up to 90%.
banyak yang dijual adalah buku bahasa inggeris.
buku bahasa melayu pun ada, tapi kebanyakannya title yang tak berapa famous.

dan box sale pulak adalah salah satu acara BBW, di mana korang kena beli 1 kotak kosong, lepas tu isilah berapa banyak pun buku dalam tu.
yang penting kotak tu boleh tutup flat dan boleh di-sealed (tape belah atas).

this is my first time going to a box sale.
ambik cuti hari isnin semata-mata nak pergi.
sanggup tu. haha
demi tak nak meredah lautan manusia pada hujung minggu permulaan acara.

dan memang betul pun tekaan sy.
hari sabtu dan ahad menerima bad review pengunjung,
tentang keadaan tempat yang sempit dan sesak.
dah orang ramai kan.. what do you expect?
kalau sanggup pergi, sanggup la harung. kikiki


tiba di mines 2. ada satu je pintu masuk terbuka ke parking.

sampai sana around 10.30 pagi macam tu.
kat pintu masuk tu bayar 2 ringgit.
tu pun parking banyak penuh.
sebab ada ofis jugak kat bangunan mines 2 ni.
dan pagi-pagi kala tu kereta-kereta dah berderet masuk.
cuti sekolah kan.
mak bapak pun turut sama cuti nak bawak anak-anak ke BBW.
so datanglah awal kekdahnya.


ni je la seketul photo diri sendiri kat BBW. ai is sibuk pilih buku. haha

ada 2 jenis kotak;
kotak berharga RM99.90 (besar) dan RM79.90 (kecik sikit).
sy ambik yang kecik je.
sebab sale kali ni, buku-buku mana yang ada je.
tak ada buku baru sangat atau awesome sangat.
kalau koyak buku tu, koyaklah.
nak ambik, sila. tak nak, tak yah. begitu konsep dia.

from time to time,
krew BBW akan top up buku baru kat meja.
so kalau nak buku cantik, follow la mereka.
sebab once buku tu dah ada atas meja,
korang bayangkan super ramai orang yang belek-belek,
last-last buku tu boleh kemek dan sebagainya.
buku interaktif yang ada bateri pun boleh habis bateri.
buku sticker, ada sticker yang hilang.
tu yang orang komplen kenapa buku banyak rosak. banyak dent.
padahal buku rosak sebab dirosakkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.
ekeke. ayatt :P


kotak sy.

so far beli buku ni, memang cuku-cukup sy masukkan dalam kotak tu.
actually ada 1 buku resipi tak dapat dimasukkan sebab saiz dia besar melebihi kotak.
buku tu untuk kita tulis resipi, tapi organized la.
berkenan betul sy nak beli. tapi tak muat HAHA
so next sale la beli kalau jumpa lagi.


gambar rotate auto. tak tau camne nak adjust kat blogger ni. ini buku-buku yang berjaya dimuatkan di dalam kotak.


memang worth it la pembelian buku kali ni.
dengan hanya membayar RM79.90,
sy berjaya membeli 46 buah buku (sy pilih buku lawa-lawa je haha), termasuk yang kulit keras, kulit nipis.. banyaknya buku aktiviti la.
suka cari buku sticker untuk ariana main.
total harga RM113 yang berjaya dikenal pasti.
sebab ada dalam 6 buah buku tak de tanda harga.
so pembelian kali ni bernilai lebih daripada RM113.
memang menguntungkan.

the books.

tips kepada yang nak pergi lain kali:

1. kalau box sale, pi la masuk browse buku dulu.
kalau ada banyak buku berkenan, baru beli kotaknya.

2. sila bawak TROLI.

3. kalau tempat sempit macam kat mines 2, considerlah untuk tidak membawa budak kecik/stroller. kesian kot kat diorang. kalau buat kat MIECC tak pe. situ luas alam.


//

sy mencari buku pop-up sebenarnya.
sebab sy pencinta pop-up. haha
tapi tak ada di sale kali ini.
so kena tunggu sale hujung tahun la pulak.
tazabarrrrr. :P

k bai!

1 comment:

eyjalukman said...

spanjang adanya BBW kt malaysia ni, dua kali je prnh pergi. hahah ramai gile orang masa tu, nak pergi fikir dua tiga kali.