Tuesday, June 07, 2016

happy 3rd birthday, ariana!

memandangkan 4 jun hari tu dok rushing sana sini,
nak buat special entry untuk birthday ariana pun tak sempat. ekkiki *horrible mother sungguh :P*

tapi hari ni sempat.
maka marilah buat entry :)

birthday ariana yang ketiga tahun jatuh pada hari sabtu lepas; 4 jun 2016.
fikir-fikir minggu depannya (minggu ni) dah puasa,
so kita awalkan celebration kat taska. buat hari jumaat 3 jun.

plannya nak beli kek bentuk minion,
tapi yang bakernya tak available untuk buat kek.
pergi kedai kek pulak, nak kena tempah 4 hari sebelum. tak sempat.
so last resort, kita tempah kek secret recipe aje lah.
ada pada bila-bila masa dan sedap.
sedap tu yang penting. haha

tapi tau lah kek secret recipe mana nak ada design fancy-fancy kartun-kartun ke apa.
so awal-awal dah pesan kat budak yang ambik order tu;
ni kek birthday untuk budak tiga tahun.
nanti hiaslah apa-apa pun, yang penting colourful. lolx

so ni lah the best design yang SR berjaya hasilkan ;P


bolehlah tu. ada smarties. ekeke

so jumaat tu kitorang para ibu bapa ariana ni (haha) datanglah kejap ke taska untuk celebrate.
pagi tu dah siap-siap hantar goodies untuk cikgu dan kawan-kawan,
jugak ada spaghetti aglio olio kosong untuk makan-makan.
patutnya ada meatballs.
spaghetti masak sendiri, meatballs tempah.
tapi yang jual meatballs tu hantar lambat.
dah selesai majlis semua baru sampai orangnya. lolx
so makanlah korang meatballs tu petang karang ye :P

sampai-sampai taska,
tengok cikgu dah siap hias-hias ariana dengan butterfly crown punya besar hihi

ariana bila nampak ramai-ramai nak celebrate,
keras je dia. muka ketat. hahaha
nervous ke apa tu :P
lepas-lepas tu baru dia ok sikit.

kitorang berempat. haa anaqi pun ada tau! xD



with the birthday girl. time ni musim muka ketat. haha



kawan-kawan ariana dah excited nyanyi-nyanyi.

lepas tu potong kek and makan kek.
budak-budak ni memang suka kek chocholate indulgence.
ada yang siap menambah.
husband pun nampaknya menambah. ambuiambui. hahaha


ni lah goodies yang dipek sendiri untuk kawan-kawan ariana.



ni pulak goodies untuk cikgu. bagi scarf dan makanan/minuman.

keesokan harinya (jumaat) baru birthdate ariana yang betul.
nak bawak dia main-main kat kidzoonia, aeon mall shah alam.
dia kan suka main kat tempat-tempat macam tu.
plan nak pergi petang.
pagi tu pergi rumah faliq dulu melawat baby tuah.
sebab ain dah nak balik johor dah, berpantang kat sana.
nanti nak tunggu sebulan lebih baru dapat jumpa balik.
so drive ke shah alam dengan the kids.
husband pun tak de pagi tu, dia ada meeting kat KL.
habis meeting baru dia datang shah alam.

petang tu kat kidzoonia, aeon mall shah alam..


anaqi tak boleh main lagi, jadi duduk baik-baik dalam stroller haa.

tapi anaqi ni sejenis baby yang berperasaan ye.
dia kalau nampak tempat main, budak sebaya, kakak dia *ultimately kakak dia*, mesti excited lebih.
dia pun nak main sama. tapi tak dapeklah.
tunggu boleh berdiri berlari dulu. hihi


nampak tu objek yang tengah melompat tu. amboinyepun!



happiness on her face.

sampaikan nak balik pun tak nak ye.
siap menangis light-light babahnya ajak balik.
last sekali umpan beli mainan (hadiah birthday).
ajak dia pergi tempat toys tu, pilih mainan apa yang nak.
terus lupa dah kat kidzoonia. lolx


ibu bapa dan adik duduk di tepi ye. buat hal masing-masing. membunuh masa? (kill the time) dengan berselfie. lolx


lepas tu beli kek pulak kat kedai sydney cake house mak' cik.
ye nama kedai tu mak' cik. harap maklum.
beli yang kecik aje,
buat makan-makan kat rumah atuk nenek shah alam.
malam tu potong kek.
tapi tak de dress up ke apa.
masing-masing baju tidur je. hahaha

the cake. tak de tulis apa sebab tak muat pun.



anaqi melompat laju.. hiyahh!



ariana potong kek dengan mama. mama dipurplekan. hahaha

HAPPY 3rd BIRTHDAY, DEARIE ARIANA!
semoga menjadi insan yang awesome.
membesar dengan sihat & gembira.
kaya, berjaya; dunia & akhirat.

aamiin.

1 comment:

Anonymous said...

Happy Belated Birthday ariana! ;) May u grow healthy and happy!