haha
doodle kat atas ni dilukis untuk peringatan kepada diri sendiri yang suka membeli-belah makanan dengan jayanya :P
salam ramadhan, semua!
bersiaran lagi kita. ahax
today dah masuk hari kedua ramadhan.
macam mana ramadhan korang semua, okay?
this year sy berpuasa as a bf-mom.
dengarnya kalau berpuasa sambil menyusukan anak, kebiasannya sikit tak sikit, bf-milk akan drop (berkurangan).
yelah sebab tak makan tak minum separuh hari kan.
i wish all the good things for all bf-moms out there this fasting month.
semoga dipermudahkan.
and for myself, setakat ni lah setiap kali sahur, akan minum 1 mug horlicks dan 7 biji kurma YUTA.
kurma kering tak masuk ke tekak.. hahaha. kurma YUTA jugak yang sedap. :P
malam pulak makan kurma YUTA 3 biji saja (sebab dah full! lolx)
dan sebelum tidur, minum air tamar cocoa 1 mug. tu je lah.
lain semua, makan macam biasa.
so pada bulan puasa kali ini,
sy telah buat menu mingguan.. apa yang nak dimasak.
supaya tak pening-pening nanti fikir nak masak apa.
dan supaya senang ke pasar seminggu sekali; tahu apa nak beli.
untuk minggu ni, kami cuma spend RM50 untuk duit pasar.
hari pasar = hari jumaat.
dan dengan bahan-bahan yang dibeli, cukuplah untuk 1 minggu.
misi memasak di rumah adalah sebab, one; tak larat nak mengadap jam dan lautan manusia kat bazar putrajaya. kalau pergi seminggu sekali dua ok lah. kalau pergi hari-hari memang tabah sangat. hahaha
kiranya ni misi jimat tenaga la.
sebab tenaga nak ke pasar tu lagi meletihkan daripada tenaga masak kat dapur. iye, tarak tipu punya. :P
dan two; jimat pitih (duit). so pitih yang lebih tu nanti kita top up la untuk pergi buka puasa buffet ke.. akakaa.
*jangan contohi* :D
kalau rajin,
mungkin sy uploadlah (semua?) meals yang dimasak sepanjang bulan puasa ni.
untuk ramadhan day 1..
daging goreng kunyit. |
lepas tu marinate.
esoknya baru goreng.
sup kosong. |
hidangan sahur overall. |
haha ayam goreng dengan fries tu lebihan malam semalamnya punya.
untuk berbuka day 1 pulak :
ayam masak merah. |
dalam rancangan menu mingguan, letak lauk ayam masak merah & sayur kacang buncis goreng.
last-last acik penat/malas (potong mana yang berkenaan. haha),
so sekalikan aje. tak yah masak asing satu lauk ayam, satu lauk sayur.
semalam penat kot.
sebab taska tutup so bawak my kids ke ofis.
pergi ulang alik rumah tukar pampers, bagi makan semua.
ni sebab baru semalam pagi dapat tau taska tutup.
tu yang kelam kelibut sikit.
lauk overall berbuka day 1. ulam pegaga tu memang beli lebih untuk tampung kemalasan memasak sayur. hahaha hartamas. |
No comments:
Post a Comment